Ulya membuka mata perlahan-lahan. Kelihatan semuanya samar-samar. Dia berada di suatu tempat yang terlalu indah. Tempat yang nyaman sekali.
Walaupun dia tidak tahu akan keberadaan dirinya itu. Ulya seakan selesa dan tidak mahu ke mana-mana.
Tempat itu begitu cantik. Terdapat banyak bunga yang indah-indah serta terdapat sebatang sungai yang airnya jernih mengalir deras.
Kejernihan sungai itu sangat menenangkan jiwa Ulya. Kekusutan dan segala masalah yang berada di benaknya kian pudar dan tidak muncul lagi.
Ulya mengukir senyuman. Dia yakin ini adalah tempat yang sesuai buat dirinya. Dia tidak mahu kembali ke rumah Aryan Haikal. Dia tidak mahu bertemu dengan manusia yang bernama Aryan Haikal.
Ya! Nama itu! Nama yang begitu dibencinya!
"Ibu!"
Ulya pantas menoleh. Kelihatan seorang budak lelaki kecil sedang memandang ke arahnya. Budak lelaki itu begitu dia kenali. Dia.. Mikail! Cuma budak itu sudah sedikit besar.
Budak lelaki itu mendukung bayi. Bayi perempuan!
"Ibu! Mika rindu ibu." Ujar budak lelaki itu.
"Mika? Mikail anak ibu?"
"Ini Mikail ibu. Ibu baliklah. Mika rindu ibu. Abi pun rindu ibu." Mikail mula mendekati Ulya.
"Mika... ini siapa? Ulya mengusap ubun-ubun bayi yang didukung Ulya.
"Ini anak ibulah. Adik Mika." Jawab Mikail pendek.
"Anak ibu?"
"Ya ibu. Ibu kena balik kalau ibu tak balik nanti adik sakit."
Ulya bingung. Dia tidak dapat mencerna apa yang telah terjadi. Siapa bayi yang dikendong Mikail? Dia harus pulang ke mana? Ini adalah tempat tinggalnya!
Tempat indah ini adalah tempat yang tidak mungkin Ulya tinggalkan. Ulya begitu tenang di tempat ini. Sudah lama dirinya tidak setenang ini.
"Ibu Mika kena balik. Nanti Mika datang lagi ya. Nanti ibu ikut Mika balik tau!" Ujar Mikail yang kian sirna.
*****
"Ya Allah, apa aku dah buat ni? Syed apa aku dah buat ni?" Aryan Haikal menumbuk-numbuk dinding lobi hospital.
"Sabar Ryan. Sabar. Semua ni bukan salah kau seratus peratus. Aku pun tak jangka benda ni akan jadi seteruk ni." Syed Mukhris cuba untuk menenangkan Aryan Haikal.
"Aku lambat bertindak Syed. Kalau aku cepat kalau aku dapat kawal keadaan dengan cepat benda takkan jadi macam ni." Aryan Haikal masih lagi menyalahkan dirinya.
"Tak weh. Tak ada siapa yang nak benda ni berlaku. Mungkin semua yang jadi ni ada hikmahnya. Kau kena redha." Syed mencuba lagi menenangkan Aryan Haikal.
Aryan Haikal hanya menekurkan kepalanya. Dia mengutuk dirinya. Tidak sepatutnya dia merancang sesuatu yang begitu melampau sebegini lebih-lebih lagi apabila menggetahui isterinya mengandung.
Sewaktu doktor memaklumkan keadaan kandungan Ulya sangat lemah. Terus lemah seluruh badannya. Nasib baik Syed Mukhris berada disebelahnya jika tidak sudah pasti dia mencium lantai.
"Ryan? Macam mana Ulya?" Soal Puan Dahlia yang baru saja sampai.
"Ulya masih tak sedarkan diri. Dia lemah." Ujar Aryan Haikal lemah.
"Macam mana boleh jadi macam ni Ryan?"
"Maafkan Ryan ma. Ryan salah. Ryan tak pandai jaga Ulya ma." Aryan Haikal terus melutut di hadapan Puan Dahlia dan Encik Rahman.
YOU ARE READING
Aku Bukan Isteri Sempurna
Romansa"Kalau kau sayang aku kenapa kau tolak aku dulu? Kau nak balas dendam je kan? Aku lebih rela tak kahwin lah daripada terima kau." -Ulya Kaisara- "Aku sayang kau, aku menyesal tolak kau dulu sebab ego aku." ...