Bab 22

8.5K 257 8
                                    

Mata Ulya meliar apabila memasuki restoran Chicken Rice Shop mencari Aqilah. "Mana pulak minah ni? Kata nak jumpa kat sini." Ulya tergaru-garu kepala lagak seperti beruk di zoo.

"Lah! Hujung betul dia duduk. Patutlah aku tak nampak." Ulya terus menuju ke arah Aqilah. Membebel sendirian dia kerana penat mencari Aqilah. Membazir masa betul!

"Babe! Lama dah ke tunggu aku?" Ulya terus menyapa Aqilah yang sedang termenung sambil bermain-bermain straw dengan jarinya.

"Opocot straw terbang!" Aqilah melatah terkejut dengan sapaan Ulya. Memang straw itu terbang betul ke muka Ulya.

"Eh! Kau ni, bukan setakat mulut je yang bergerak melatah ni dengan-dengan tangan sekali bergerak campak straw ni ke muka aku!" Ulya terus mengeluarkan tisu poket di dalam beg tangannya lalu mengesat mukanya.

"Kurang asam punya kawan. Melatah sampai muka aku yang cantik ni jadi mangsa!" Getus Ulya sendirian sambil membetulkan rambutnya.

"Ya Allah! Babe sorry aku ter... hah tulah kau sape suruh terperanjatkan aku kan dah mendapat. Hehe." Aqilah ketawa kecil sambil menunjuk peace.

"Kosong-kosong eh. Kira ni bayaran untuk kau lambat. Hee." Aqilah menyambung.

"Aku bukan lambat sebab apa tapi kau lah pergi duduk hujung dunia ni siapa suruh. Aku ni habis masa cari kau je tau tak." Ulya menjegilkan matanya kepada Aqilah.

Dia terus mengambil tempat duduk berhadapan dengan Aqilah. "Kau dah order makanan belum?" Ulya bertanya kepada Aqilah sambil tangannya lincah menyelak buku menu.

"Belum. Tunggu kau." Aqilah membalas pendek. Dia ralit bermain dengan Mikail. Rindu rasanya dengan si kecil itu.

"Kau orderkanlah. Kau tahukan selera aku macam mana?" Ulya dijeling sekilas lalu perhatiannya dialihkan semula kepada Mikail.

Ulya tanpa banyak komen terus memanggil waiter untuk memesan makanan.

*****

"Emm Ulya. Aku ada benda ni nak cakap." Aqilah memulakan perbualan. Dia memandang Ulya yang sedang menyuapkan Mikail makan.

"Hah cakap jela." Perhatian Ulya masih lagi diberikan kepada Mikail.

"Tadi Ryan chat aku. Dia tanya pasal kau." Aqilah mula beriak risau. Takut mood kawannya itu terganggu.

Suapan nasi ke mulut Mikail terus terhenti. Ulya terdiam. Dia tidak tahu mahu memberi reaksi yang bagaimana.

"Em, dia tanya pasal aku pasal apa?" Ulya cuba menenangkan hatinya. Perhatian masih lagi diberikan kepada Mikail.

"Dia tanya betul ke kau dah balik sini... Tapi aku bluetickkan dia." Aqilah cepat-cepat memberi penerangan. Risau Ulya salah faham.

"Oh! Hah, oklah tu. Tak payah jawab kalau dia tanya pasal aku." Ulya masih lagi memberikan reaksi tidak tertarik kepada topik perbualan mereka itu.

"Er... kau taknak jumpa dia ke?" Aqilah mencuba nasib bertanyakan soalan panas.

Ulya terus memandang Aqilah. Lama dia merenung temannya itu. Tidak mengerti kenapa soalan seperti itu perlu disuakan kepadanya.

"Aku rasa aku tak perlu jawab kot. Kau pun tahukan jawapannya?" Ulya menjawab dengan tenang namun sebuah senyuman sinis diberikan kepada Aqilah.

"Uish... tak payahlah nak senyum macam tu sekali. Seram kot. Alaa aku bukan apa. Aku pelik kenapalah kau benci sangat dekat Ryan tu. Dia bukannya buat salah besar sangat pon." Aqilah masih lagi tidak berputus asa.

"Apa maksud kau kesalahan dia bukan kesalahan yang besar?" Ulya meminta kepastian.

"Iyelah. Setakat dia rahsiakan tentang dia merisik kau tu je pon kau nak marah sampai sekarang. Dah tu siap bawak diri ke Kemboja pula tu." Aqilah menunggu respon daripada Ulya.

Aku Bukan Isteri SempurnaWhere stories live. Discover now