Bab 41

8.5K 225 6
                                    

"Ryan hati ibu manalah yang tak risau kalau tengok anak dia jadi macam ni. Perempuan memang kejam! Ada ke patut dia buat Ryan macam ni!" Turun naik dada Puan Munirah. Punggungnya juga tidak tetap tempat sedari tadi. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan.

Aryan Haikal diam membisu. Malas dia mahu membuka mulut.

"Abang! Awak tengoklah apa perempuan tu dah buat dekat anak kita!" En. Khalid pula menjadi sasarannya. Lengan suaminya itu digoncang-goncang.

"Ya Allah awak ni dah kenapa. Saya tengah baca surat khabar ni pun tak senang." Rimas En. Khalid dibuatnya. Dia bukan tidak acuh akan keadaannya anaknya. Tapi itu semua berpunca daripada sikap isterinya sendiri. Isterinya yang keras kepala. Sudah berbuih mulutnya menasihati namun isteri tetap saja begitu. Jadi perlu apa dia bersuara lagi.

"Kenapa dengan semua orang dalam rumahnya ha? Oh! Nak boikot saya ke? Kita ni dah naik gila sayangkan dia semua. Tapi kita ni tak ada siapa yang sayang, yang peduli!"

Diam~

"Baiklah... kalah mama ni tak penting lagi dalam rumah ni. Tak apalah. Mama faham." Suara Puan Munira mengendur. Setitik demi setitik air matanya jatuh. Langkah mula diatur untuk beredar dari ruang tamu itu.

"Mama... dah dah lah tu. Tak payah nak buat drama sedih. Ryan penatlah ma. Hari tu Ryan ikut saja kehendak mama pergi bercuti satu family. Tapi apa mama buat? Mama ajak perempuan murahan tu!"

"Watch out your mouth Ryan!" Berdesing telinga Puan Munirah mendengar perkataan 'murahan' itu.

"Betul apa Ryan cakap. Kalau tak murahan apa namanya tu? Kalau dah siap senyap-senyap masuk dalam bilik Ryan baring sebelah Ryan lepastu kata Ryan rogol dia? Apa semua tu ma? Dia fikir Ryan bodoh?" Akhirnya semuanya Aryan akan buktikan semuanya hari ini juga.

"Mama tak sangka anak mama ni seorang yang bacul! Dah buat salah lepastu senang-senang nak lari." Geram benar dia dengan sikap Aryan Haikal itu. Ya! Dia tahu apa yang telah Laila lakukan. Semuanya telah dirancang! Dirancang oleh dia dan Laila.

"Bacul? Mama tahu tak mamalah yang buat Ryan jadi macam tu! Ryan dah mengabaikan isteri Ryan ma mana lagi bacul?" Bergerak-gerak rahang Aryan Haikl menahan amarah. Barannya ditahan kerana dia masih menghormati wanita yang berada di hadapannya itu sebagai ibunya.

"Ya, saya pun tahu semua Mun. Saya tahu semua rancangan awak dengan Laila. Saya dengar semua perbualan awak dengan Laila seminggu sebelum kita pergi bercuti hari tu." Akhirnya Encik Khalid membuka mulut. Dia tahu isteri tidak akan mengakui kesalahannya jika hanya Aryan Haikal saja yang menentang.

"Abang!"

"Sudahlah tu. Abang bukan nak malukan awak depan anak kita. Tapi abang dah tak tahan tengok anak kita ni terseksa disebabkan mamanya sendiri."

"Kalau mama berkeras juga. Ryan tiada pilihan lain melainkan menyerahkan semua bahan bukti ke balai polis atas tuduhan ugutan ke atas Laila."

"Bukti?" Bagaikan terkena renjatan elektrik tubuh Puan Munirah. Kaku!

"Ya bukti ma. Segala rakaman perbualan mama dan rakaman Laila masuk ke dalam bilik Ryan pun ada." Aryan tersenyum sinis melihat ibunya bagai kehilangan kata-kata.

"Kalau mama berdegil Ryan tak jamin yang mama boleh terlepas juga dalam kes ni." Ya! Bunyinya agak kejam. Tetapi dia terpaksa berbuat demikian untuk menyedarkan mamanya itu.

"Bohong! Ryan tipu! Ryan tak ada buktu pun sebab mama tak merancang apa-apa pun. Laila juga. Dia tak bersalah!" Puan Munirah masih lagi berdegil. Setapak demi setapak dia ke belakang menjauhi Aryan Haikal.

"Tak! Tak! Ryan tipu! Mama tak bersalah!" Wajahnya diraup kasar. Lututnya terasa longgar. Semuanya sudah terbongkar.

Aryan Haikal mendekati Puan Munirah. Semakin didekati semakin Puan Munirah menjauh. Dia tahu mamanya sedang tertekan.

Aku Bukan Isteri SempurnaWhere stories live. Discover now