"Babe! Ingat tau pesan aku. Jangan ikutkan sangat ego kau, jangan buat keputusan terburu-buru." Pesan Aqilah berulang kali. Risau Ulya akan mengulangi kesilapan yang sama lagi kerana dia yakin Laila dan Puan Munira pasti ada menjaga Aryan Haikal.
"Iyelah. Aku tak lupa tu. Aku dah janji dengan diri aku ni aku takkan tinggalkan dia lagi."
Mereka berdua melangkah masuk ke dalam hospital dan bergegas menuju ke wad Aryan Haikal ditempatkan.
Tiba-tiba Ulya terdorong ke belakang apabila terlanggar seseorang. Lelaki!
"Aduh!" Dua-dua bersuara.
"Maaf saya tak terlanggar en...encik? Kau?" Suara Ulya meninggi. Terkjeut apabila orang yang dilanggar itu begitu dia kenali.
"Sara?"
Berombak dada Ulya ketika itu. Amarahnya datang kembali. Mencerlung matanya memandang lelaki itu.
"Sara buat apa kat sini?" Lelaki itu mengukir senyuman.
Ulya terus menarik lengan Aqilah yang juga terkejut dengan kejadian itu dan pergi dari situ. Aqilah juga tidak menyangka mereka akan terserempak dengan seseorang yang pernah menjadi penyebab Ulya menderita.
"Oh sombong? Sombong kau tu tak lari ke manalah Sara." Monolog lelaki itu sendirian.
*****
"Ulya, kau OK. tak ni?" Aqilah menarik tangan Ulya dan menyuruhnya duduk.
Sedari tadi Ulya tidak senang duduk. Perasaannya bercelaru. Marah, sedih dan takut bercampur baur.
"Kenapa aku mesti jumpa dia lagi? Kenapa?" Tangan Aqilah digenggamnya kuat.
Aqilah terkelu. Tidak terkeluar kata-kata untuk menenangkan temannya itu. Dia menarik Ulya dalam pelukannya.
Ulya menangis semahu-mahunya dalam dakapan Aqilah. Kenangan hitamnya kembali terbayang diingitannya. Begitu murah harga dirinya ketika itu. Begitu kejam dirinya ditinggalkan oleh lelaki yang bernama Aryan Danial itu.
"Ulya janganlah nangis. Babe! Aryan Danial tu masa silam kau. Perkara tu dah lama berlalu. Aku yakin dia tak akan kacau kau lagi." Akhirnya Aqilah bersuara untuk menenangnya Ulya.
"Aku tak boleh lupakan Qila semua tu. Aku jijik dengan diri aku ni. Baru aku sedar bukan Ryan yang tak layak untuk aku tapi aku yang tak layak untuk dia! Aku tak sempurna Qila." Semakin kuat tangisan Ulya.
Perit rasanya menanggung memori hitam yang tidak akan pernah padam dalam ingatannya. Jijik dengan diri sendiri kerana begitu murah memberikan mahkota seorang wanita kepada lelaki yang bukan suaminya.
"Ulya! Kau cakap apa ni? Benda tu dah lama lepas. Tak ada sesiapa pun yang kisah dengan kisah silam kau. Setiap orang tak akan lari dari berbuat kesilapan Ulya."
"Tapi kesilapan aku ni sangat besar Qila. Aku sebenarnya tak layak untuk sesiapapun. Aku kotor!"
"Ulya! Dah aku tak nak dengar kau cakap macam ni lagi. Jom ikut aku jumpa Ryan." Aqilah bingkas bangun dan menarik tangan Ulya.
Namun Ulya mengeraskan dirinya. Dia menggeleng. Kali ini dia merasakan tidak adil untuk Aryan Haikal menerima dirinya yang kotor itu.
"Kau dah janji dengan akukan tak nak buat keputusan terburu-buru. Ryan tu bukannya tak tahu pasal kisah hitam kau tu. Dia tahu then dia memang terang-terang dapat terima kau." Aqilah cuba mengembalikan semangat Ulya.
YOU ARE READING
Aku Bukan Isteri Sempurna
Romance"Kalau kau sayang aku kenapa kau tolak aku dulu? Kau nak balas dendam je kan? Aku lebih rela tak kahwin lah daripada terima kau." -Ulya Kaisara- "Aku sayang kau, aku menyesal tolak kau dulu sebab ego aku." ...