Bab 26

8.9K 252 6
                                    

Gambar Ulya Kaisara ditenung Aryan Haikal. Sayu hatinya mengenangkan hubungan mereka berdua yang sudah berakhir.

"Ulya kenapa kita kena lalui semua ini? Aku sayang kau Ulya." Aryan Haikal mengusap-ngusap gambar itu dan air matanya mula mengalir.

Tiba-tiba kedengaran bunyi ketukan pintu.

Tok! Tok!

Aryan Haikal cepat-cepat menyorokkan gambar Ulya di bawah bantalnya.

Pintu biliknya dibuka dari luar. Laila menjengah dan tersenyum miang
apabila melihat Aryan Haikal yang sedang baring tanpa berbaju.

Aryan Haikal yang menyangkakan mamanya yang menjengah terus terbangun kerana sangkaannya meleset.

Dia terus mengambil baju dan memakainya. Tak memasal Laila dapat tayangan free darinya.

Sayang!" Laila memanggil Aryan Haikal.

Tiada sahutan.

"Baby!" Dia mencuba lagi.

Juga tiada sahutan.

"Ryan! You ni kenapa? I panggil buat bodoh je." Laila mendekati Aryan Haikal. Masam mencuka mukanya.

"Yang you masuk bilik I ni kenapa?" Aryan Haikal menjeling Laila.

"I cari you kat bawah tadi tapi mama kata you kat atas dia suruh cari you kat atas. So..." Belum sempat Laila menghabiskan kata-katanya Aryan Haikal mencelah.

"So, you nak kata tu green light lah untuk suka-suka hati masuk bilik I?" Aryan Haikal bengang. Dia terus keluar dari biliknya meninggalkan Laila.

"Dia tinggalkan aku macam tu je? My God!" Laila mendengus geram.

"By the way. Cantik jugak bilik sayang I ni. Hmm, jom kita buat room tour." Laila mula tersenyum sendirian.

Dia mula menjelajah bilik Aryan Haikal sesuka hatinya. Bermula dari wardrobe, sudut bacaan, bilik air dan katil.

"Hmm, nice! Tak sabar nak tunggu malam pertama!" Laila mula merebahkan badannya di atas katil Aryan Haikal. Sungguh tidak malu!

Sedang asyik dia tergolek-golek dia melihat ada sekeping gambar di bawah bantal. Gambar itu diambil dan diamati.

"Ni, bukan ke Ulya Kaisara! Tak guna! He still love her!" Laila bengang. Panas hatinya melihat gambar itu disimpan oleh tunangnya.

"Tak guna! OK! Tak apa lagipun kau dah nak kahwin dengan aku. Tinggal lima hari je lagi. You'll be mine Ryan." Senyuman terukir di bibir Laila.

Setelah itu, Laila bingkas bangun dan membetul-betulkan cadar katil Aryan Haikal juga baju dan rambutnya. Dengan langkah ayu dia keluar dari bilik itu dan menuju ke tingkat bawah.

*****

"Ryan dah gila ke? Majlis tinggal lima hari je lagi sayang. Ryan nak mama sakit jantung ke?" Puan Munira memicit-micit kepalanya. Tidak dia menduga anak terunanya akan membuat keputusan yang gila itu.

"Ma, Ryan tak cintakan Laila ma. Hati Ryan ni tak boleh nak terima dia. Mama nak tengok Ryan menderita ke ma?" Aryan Haikal cuba mendekati Puan Munira. Tangan mamanya itu dicapai dan digenggam.

"Ma, Ryan minta ampun ma. Ryan tahu keputusan Ryan ni akan buat keluarga kita malu. Tapi ma apalah erti sebuah perkahwinan tu tanpa rasa cinta ma." Aryan Haikal meminta pengertian daripada mamanya.

Ditenung dalam-dalam mata Puan Munira. Dia mengharapkan wanita itu mengerti apa yang dia rasai.

"Cinta boleh dipupuk Ryan. Habis Ryan nak kahwin dengan siapa? Dengan Ulya? Betina yang lari tak balik-balik tu?" Puan Munira berang mengingatkan tentang Ulya. Tangan Aryan Haikal dilepaskan.

Aku Bukan Isteri SempurnaWhere stories live. Discover now