Bab 44

8.4K 170 5
                                    

"Dari mana Ziq? Ceria je muka mummy tengok." Puan Zaleha menyapa anaknya yang baru pulang ke rumah.

"Dari taman bungaaaaa.." Meleret senyuman Raziq. Mana tidaknya bagai mendapat nyawanya kembali apabila dia bertemu dengan Ulya setelah sekian lama gadis itu hilang dari pandangannya.

"Taman bunga? Buang tebiat apa Ziq ni. Cuba jawab tu jangan main-main." Mahunya Puan Zaleha tak hairan sudah lama Raziq tidak seceria ini. Kadang-kadang satu hari nak nampak dia senyum pun susah macam ais hatinya tu!

"Tak ada apalah mummy. Ziq nak ceria pun salah ke? Tak apalah kita tak payah senyum lagi dah lepas ni." Raziq pura-pura merajuk.

"Hah! Yela Ziq tu jelaa taktik yang Ziq ada nak lari dari soalan mummy kan?"

"Mana ada! Err Ziq naik atas dululah eh. Dah bau asyem!" Raziq menyuakan ketiaknya di hadapan Puan Zaleha.

Belum sempat ketam Puan Zaleha menyepit lengan Raziq cepat-cepat dia berlari naik ke atas.

"Raziq Raziq... dah ada mata ayaq lahh tu." Ujar Puan Zaleha sendirian sambil tersenyum. Teringat pula dia beberapa tahun lalu Raziq mengamuk besar apabila Rafiqah anak sulong Puan Zaleha mengaturkan blind date untuk Raziq tanpa pengetahuan tuan empunya badan. Hangin satu badan Raziq. Pulang saja dari blind date semua barang dicampaknya. Hairan benar dia dengan anaknya yang satu itu susah sangat untuk berkenalam dengan mana-mana gadis. Nak kata bengkok mintak simpanglahhh.

Pernah dulu ketika Puan Zaleha mengemas bilik Raziq dia terjumpa gambar seorang gadis yang disimpan rapi di dalam laci meja kerja Raziq. Dan beberapa minggu selepas itu Puan Zaleh terjumpa serpih-serpihan gambar itu yang telah dikoyakkan. Mungkin Raziq putus cinta teka Puan Zaleha. Tapi takkan sampai begitu besar penangan gadis itu dalam hidup Raziq? Nak dikenalkan dengan mana-mana perempuan pun dia reject mentah-mentah. Datanglah anak dato' tan sri, atau perempuan berkerjaya seperti doktor ke jurutera ke pandang sebelah mata pun dia tak mahu. Tidak tahulah apa yang membuatkan anaknya sampai jadi begitu.

"Apa yang digeleng-gelengkan tu Zal?" Encik Fakrul menyapa. Punggungnya dilabuhlan di sebelah isterinya.

"Eh! Abang ni. Terkejut saya. Tak ada apalah bang saya kenangkan anak teruna kitalah yang sorang tu."

"Hah. Kenapa dengan dia? Tak sihat ke?" Ujar Encik Fakrul sedikit kaget.

"Eh! Ke situ pula dia. Tak adalah Raziq tu bilalah nak kahwin bang. Umur dah berapa tapi calon pon tak ada lagi. Risau saya tau." Riak muka Puan Zaleha semakin keruh.

"Alaa apa yang nak dirisaukan. Dia tu dah besar tahulah dia nak urus pasal hidup dia." Balas Encik Fakrul acuh tak acuh. Biasalah orang lelaki jarang sekali fikir hal-hal begini serius.

"Tapi bang saya risaulah."

"Risau apa lagi?"

"Anak kita tu bengk.."

"Ziq lurus jee mummy. Cuma jodoh belum sampai nak buat macam mana." Belum sempat Puan Zaleha menghabiskan andaiannya Raziq terlebih dahulu memotong.

"Hah! Awak ni jauh betul fikirnya. Kan saya dah cakap pandailah Ziq ni nak urus hidup dia. Ni kamu siap-siap nak ke mana? Bukan ke kamu baru balik tadi?"

"Er.. Ziq nak keluar jumpa kawan jap. Ziq keluar dulu mummy daddy. Oh btw, daddy buku yang daddy minta Ziq carikan tu Ziq dah letak atas meja bilik daddy. Bye!" Selepas bersalaman dengan kedua orang tuanya Raziq terus mencapai kunci keretanya dan keluar.

*****

"Abang Ziq!" Dari jauh kelihatan seorang gadis genit melambai-lambai ke arah Raziq.

Raziq cepat-cepat menuju ke arah gadis itu. Beria-ria Raziq mengajak gadis itu keluar makan. Katanya ada berita gembira yang ingin dikongsikan.

Aku Bukan Isteri SempurnaWhere stories live. Discover now