Ulya mencapai cawan plastik yang berisi air oren itu lalu dia menyisipnya sedikit. Seusai itu dia membawa cawan dan mencari kerusi kosong untuk duduk.
"Aduhlah, penuh pulak semua kerusi. Mana aku nak duduk ni." Ulya menoleh-noleh kiri dan kanan kalau-kalau ada kerusi untuk dia duduki.
"Haah! Tu dia. Fuhh berejam aku diri lagi tadi baru sekarang dapat duduk. Aisyah-Aisyah lain kali buatlah makan-makan dekat dalam rumah je. Kat lantai pun aku boleh duduk." Omel Ulya sendirian sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
"Hai, cik adik masam je muka. Dari tadi saya perhati. Jangan masam-masam cuba senyum sikit barulah muka tu awet muda." Sengih seorang lelaki yang entah dari mana muncul pun tidak diketahui.
Melihat Ulya yang terpinga-pinga melihatnya lelaki itu cepat-cepat memperkenalkan dirinya. "Saya Hadif. Saya doktor sukarelawan kat sini sama-sama dengan Dr. Aisyah."
Ulya masih lagi terpinga-pinga. Matanya berkelip-kelip memandang Hadif.
"Hello, cik ok ke tak ni?" Hadif semakin tidak keruan. Pelik sungguh perempuan di hadapannya itu. Dia memetik jari di hadapan muka Ulya.
"Eh, em ehem! Ya, encik ada apa yang boleh saya bantu?" Merah muka Ulya apabila menyedari dirinya memerhatikan anak lelaki orang.
"Hensem!" Detik hati Ulya. Namun, masih belum mampu membuka pintu hatinya.
Hadif ketawa terbahak-bahak mendengar respon Ulya. "Ya, Allah! Perempuan ni berangan ke apa tadi? Tapi comel lah pulak tengok dia ni. Geram!" Puji Hadif dalam hatinya.
"Er, tolong bagi hati awak kat saya boleh?"
Pap!
Hadif menepuk-nepuk mulutnya. "Aku pulak yang macam sasau ni dah kenapa?"
"Hah?" Ulya terpinga-pinga. Lagi sekali!
"Eh, tak ada apa-apa. Saya Hadif, doktor sukarelawan kat sini merangkap kawan Aisyah." Salam perkenalan diberikan untuk kali kedua oleh Hadif.
"Oh, saya Ulya kawan Aisyah masa sekolah menengah dulu." Ulya menghadiahkan senyuman kepada Hadif.
Peng!
Bagai terkena tembakan cinta! Irama melodi degupan jantung Hadif mula berterabur. "Ini orang ke bidadari ni? Senyuman dia siap pakej lesung pipit tu!"
"Apa dia Dr. Hadif?" Ulya tidak dapat menangkap kata-kata Hadif.
"Er, tak ada apa-apa. Saya tanya awak dah makan?" Lauk dah nak habis dah tu. Kat sini jarang makanan tak habis. Kalau lambat meloponglah jawabnya."
"Belum, tapi saya kenyang lagi ni. Nanti saya makan. Kalau ada rezeki saya dapatlah saya makan nanti." Segan pula Ulya hendak makan di situ. Mungkin kerana ada Hadif di situ.
"Saya doakan awak ada rezekilah ye. Oh, ya! Awak lama ke duduk kat sini?" Hadif merancakkan lagi perbualan mereka.
***
Seusai mengemas pinggan mangkuk, kerusi dan meja, kelihatan rumah Aisyah kembali lengang. Orang ramai juga sudah beransur pulang ke rumah masing-masing.
Aisyah yang sedang menidurkan Mariam disapa Ulya.
"Bestnya weh buat kenduri kat sini. Ramai yang datang." Ulya memuji.
"Alaa, sama jela kat Malaysia pun ramai juga orang datang." Aisyah membalas.
"Tak samalah, kat Malaysia majlisnya sekarang dah terlampau mengikut gaya barat. Aku rimas tengok semua tu." Memang sedari dulu lagi Ulya tidak gemar akan kenduri kendara di Malaysia yang kian kebaratan.
"Ha yang itu aku setuju. Masyarakat kita terlampau nak kejar kemodenanlah kononnya. Sudahnya lupa adat budaya kita." Aisyah bersetuju dengan kata-kata Ulya. Terus tegak badannya.
"Nanti kalau aku nak balik Malaysia aku nak buat kendurilah kat sini."
"Buatlah. Jangan tak buat. Aku memang suka kenduri-kenduri ni. Makan freelah katakannnnn." Terburai ketawa Aisyah dan Ulya.
"Ulya, em siang tadi kau ada borak dengan Dr. Hadif kan? Dia kirim salam." Aisyah mula senyum dengan penuh makna.
"Dr. Hadif? Oh! Walaikumsalam." Tiada riak apa-apa yang diberikan Ulya.
Krik! Krik!
"Er, kau tak berkenan ke dengan dia? Hensem tuuuu." Panjang muncung Aisyah memuji Dr. Hadif. Almaklum nak menolong kawan dapatkan jodoh. Huhu!
"Tak kot." Ulya membalas pendek.
"Erk! Weh kau ni macam tak ada perasaanlah. Orang lain kalau si Dr. Hadif tu kirim salam dah lama pengsan takpun terus tersenyum-senyum macam orang gila tau. Ni kau tak ada respon apa-apa langsung!" Bebel Aisyah. Pelik benar dia dengan rakannya itu.
"Mungkin Ulya ni sudah berpunya kot. Tapi takkanlah dia nak duduk sini. Nak jauh-jauh dari kekasih diakan. Hmm."
Getus Aisyah dalam hatinya."Oi! Kau termenung apa tu? Tadi membebel ni senyap pulak!" Naik hairan Ulya dengan temannya itu.
"Eh, tapikan kau kena hati-hati sikit tau. Dr. Hadif tu ramai peminat. Aku takutlah nanti jadi apa-apa kat kau." Nasihat Aisyah. Risau dia jika peminat-peminat Hadif menyerang Ulya. Bukan apa mengikut pengalaman yang sudah.
"Er, yeke? Alaa, tapi bukan aku suka dia pun. Eh! Dahlah. Dah pukul berapa ni jom tidur. Mariam tu dah lama tidur. Kalau lambat kau letak dalam buai kang terjaga pulak dia." Ulya mula mengangkat punggungnya untuk masuk tidur.
"Ha, yelaa. Kau ni baru aku nak bukak cerita pasal Hadif lah. Dah jomlah kita beradu." Aisyah mengangkat punggungnya sambil mengangkat Mariam yang sedang nyenyak tidur di atas toto.
YOU ARE READING
Aku Bukan Isteri Sempurna
Romance"Kalau kau sayang aku kenapa kau tolak aku dulu? Kau nak balas dendam je kan? Aku lebih rela tak kahwin lah daripada terima kau." -Ulya Kaisara- "Aku sayang kau, aku menyesal tolak kau dulu sebab ego aku." ...