Bab 13

8.5K 228 0
                                    

"Masuklah Ulya, buat macam rumah sendiri." Aisyah menjemput Ulya masuk ke rumahnya.

Ulya hanya senyum dan melangkah masuk ke dalam rumah Aisyah. Kecil tapi kemas.

Tiba-tiba terdengar suara bayi menangis. Lekas-lekas Aisyah berlari menuju ke sebuah bilik. Belum sempat dia melangkah ke dalam bilik keluar seorang wanita berumur seperuh abad mengendong bayi.

Bayi itu diberikan kepada Aisyah. "Aisyah, Mariam menangis nak susu ni. Saya buatkan susu dia kejap ya." Wanita itu segera ke dapur.

Aisyah mendekati Ulya. "Ni anak angkat aku Ulya. Nama dia Nur Mariam."

"Alololo... comelnya Mariam ni. Mata sepet, kulit putih. Tengok tu ada lesung pipitlah. Sama macam acik Ya lah." Ulya mencubit-cubit pipi si kecil itu.

"Dia ni anak pada cucu keluarga angkat aku. Keluarga angkat aku orang Melayu Cham. Dorang duduk kat Battambang. Jauh dari sini. Eh, diri pulak kita ni. Meh duduk." Aisyah menarik tangan Ulya ke arah kerusi kayu yang tidak jauh dari mereka berdiri.

"Habis tu mana mak dia Aisyah?"

"Mak dia dah meninggal Ulya. Minggu lepas. Komplikasi masa melahirkan. Mariam ni lahir tak cukup bulan." Aisyah menunduk. Matanya mula bergenang.

"Sabar ya Aisyah. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. So, sekarang kaulah jadi mak angkat Mariam?" Ulya mengusap-ngusap rambut Mariam. Lembut dan halus.

"Dah cukur?" Soal Ulya pendek.

"Belum lagi. Ingat nak cukur Jumaat ni. Lepastu buat makan-makan sikit." Balas Aisyah.

"Oh, nanti bolehlah aku tolong apa-apa yang patut. Bolehlah aku kenal-kenal dengan orang kampung ni."

"Boleh Ulya."

"Oh ya, ni kenalkan Mak Cik Halimah. Dia fasih berbahasa Melayu. Mak Cik Limah je aku panggil dia. Malaysia style heheh."

Mak Cik Limah menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Ulya. Dia tersenyum malu. Lalu menghulurkan botol susu kepada Aisyah.

"Nama saya Ulya." Ucap Ulya sambil tersenyum.

"Mak Cik Limah ni pemalu sikit orangnya. Dia kurang bercakap." Terang Aisyah.

"Mak Cik Limah tolong tunjukkan bilik Ulya ya. Saya nak mandikan Mariam kejap." Arah Aisyah lembut.

Ulya bingkas bangun membontoti Mak Cik Limah. Bilik Ulya hanya bersebelahan dengan bilik Aisyah. Bilik yang ringkas. Ada katil bujang, almari baju yang bersaiz sederhana dan cermin muka yang digantung di sisi almari.

Bagasi diletakkan di tepi. Ulya merebahkam tubuhnya di atas katil. Penat yang teramat sangat dirasakannya kini. Keluhan berat dilepaskan.

"Aku harus kuat. Aku mesti kuat untuk lupakan semuanya." Ulya bangkit. Dia segera membuka bagasinya untuk mengambil baju dan telekung. Hampir saja terlupa maghrib sudah hampir tamat.

***

"Mama Dee. Air?" Aqilah melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Puan Dahlia setelah meletakkan mug berisi air teh panas di atas meja.

"Terima kasih Qila. Em, ada apa-apa khabar dari Ulya? Mama risau Qila." Kelihatan sugul wajah Puan Dahlia. Masih segar diingatannya pesanan ringkas daripada Ulya.

Sungguh dia tidak menyangka anaknya akan pergi tanpa pamit.

"Takda ada Mama Dee. Qila rasa dia takkan berhubung dengan kita buat masa sekarang. Qila pelik kenapa Ulya begitu nekad untuk larikan diri?" Balas Aqilah sambil menggosok-gosok belakang badan Puan Dahlia.

"Mama harap dia tak lah duduk sana lama-lama Qila. Aryan tu tunggu je dia. Kesian dia."

"Qila faham Mama Dee. Minum air Mama Dee. Lepastu rehat ya. Papa Man tu nampak penat sangat. Esok dah nak drive balik."

Puan Dahlia mengambil mug yang berisis air teh lalu menyisipnya sedikit. "Yela, mama naik atas dulu ya. Kamu dengan Syed jangam tidur lewat. Esok kerja."

Aqilah ditinggalkan berseorangan di meja kecil itu.

Aku Bukan Isteri SempurnaWhere stories live. Discover now