Ulya Kaisara merupakan seorang gadis biasa. Berpenampilan ayu menjadikan ramai jejaka tertarik kepada. Namun desakan keadaan membuatkannya membawa diri ke bumi Kemboja.
Dua jam perjalanan memberikan Ulya peluang yang cukup untuk menikmati pemandangan yang cukup indah dari dalam pesawat. Melihat awan yang begitu tenang membuatkan dia lupa akan masalah hatinya itu.
Gadis itu kini begitu kuat untuk menempuhi hari-hari yang mendatang di tempat orang. Mana tahu kebahagiaan yang dicarinya ada di bumi Kemboja.
Seusai tiba di Lapangan Terbang Siem Reap Ulya terus mengambil bagasinya dan mendail nombor telefon temannya yang menetap di Kemboja.
Setelah hampir satu jam menunggu akhirnya penantian Ulya berakhir. Aisyah datang menjemputnya. Aisyah merupakan doktor sukarelawan di Siem Reap. Menjadi doktor di negara seperti Kemboja sememangnya impian Aisyah sejak kecil lagi. Dapat membantu dan merawat orang susah adalah tujuan dia menjadi doktor.
"Ulya! Ya Allah rindunya aku kat kau. Sihat?" Aisyah meluru memeluk Ulya. Sudah hampir 10 tahun mereka tidak berjumpa. Hanya berhubung menerusi laman sesawang sahaja.
Pelukan dileraikan. Mereka berlaga pipi.
"Sihat. Aku pun rindu kau. Sebab tu lah aku datang dari jauh ni nak jumpa kau." Ulya menepuk bahu Aisyah.
"Aku rasa tu bukan tujuan utama kau datang sini. Kau ni macam tengah lari dari sesuatu." Aisyah meneka. Dari air muka Ulya yang kelihatan sugul itu sudah dapat dia teka kenapa temannya itu ke Kemboja.
Ulya hanya diam. Membiarkan persoalan Aisyah tidak berjawab. Dia mengukir senyuman.
"Eh, dah jomlah kita ke rumah aku! Tapi maaflah rumah kecil je." Aisyah merendah diri.
"Kau ni aku ni memilih ke? Janji ada tempat berteduh. Aku tak kisahlah." Ulya mengukirkan senyuman seikhlas mungkin. Dia bukanlah seorang yang memilih. Apa saja keadaan dia akan terima.
Aisyah membantu Ulya memasukan bagasi ke dalam bonet kereta. Seusai itu mereka sama-sama memboloskan diri ke dalam perut kereta.
Sepanjang perjalanan Ulya hanya mendiamkan diri. Dia hanya memandang ke luar tingkap kereta. Menikmati pemandangan bandar Siem Reap. Walaupun tidak semaju Kuala Lumpur namun Ulya masih bisa merasakan ketenangan.
Hampir setengah jam perjalanan mereka, mata Ulya tertancap pada sebuah kawasan yang dipenuhi dengan teratai. Indah sungguh kawasan dan sangat menenangkan.
Ulya meminta Aisyah memberhentikan keretanya. Aisyah menurut dan memakir keretanya di bahu jalan.
"Ya, Allah! Cantiknya tempat ni Aisyah. Tenang sangat." Bersinar-sinar mata Ulya begitu terpegun dengan keindaham ciptaan tuhan.
"Kalau kau nak tahu kat sini dorang memang tanam teratai ni. Biji dia dorang jual. Kau pernah makan biji teratai?" Aisyah memandang Ulya yang sedang asyik mengambil gambar pemandangan di hadapannya itu.
"Tak pernah lagi. Boleh ke aku nak cuba?" Ulya kelihatan seperti kanak-kanak yang sedang meminta izin daripada ibunya untuk membelikan gula-gula.
Aisyah hanya mengangguk lalu berjalan mendekati seorang makcik bersama seorang anak lelakinya. Mereka menjual biji teratai.
Setelah itu, Aisyah kembali mendekati Ulya dan menghulurkan bungkusan yang berisi biji teratai. Aisyah mengajar Ulya cari untuk makan biji teratai.
"Ni kau kopek dulu lepastu ambil biji yang bulat-bulat ni baru kau makan. Biji teratai ni bagus tau untuk limpa, ginjal dan jantung kita."
"Oh." Balas Ulya pendek. Pantas tangannya mencapai biji teratai yang dihulurkan Aisyah. Biji teratai itu disuapkan ke mulutnya.
Dalam beberapa saat...
Bluerk!
"Err, kelatnya. Tak sedap gila biji teratai ni eh." Ulya mengesat-ngesat mulutnya. Habis comot muka ayunya itu.
"Ubat memang biasanya tak sedap." Ringkas dan padat balasan Aisyah.
"Em ok. Eh dah jomlah kita le rumah kau. Dah gelap dah ni." Ulya mendongak ke arah langit.
"Jangan risau kat awal lagi baru pukul 6. Kat sini lewat sejam Ulya. Sebab tu pukul 6 dah macam pukul 7. Tapi kita memang kena balik sebab kejap lagi dah maghrib." Aisyah menarik tangan Ulya ke arah kereta.
Sekejap saja kereta Aisyah sudah hilang dari pandangan.
Banyak watak-watak baru kan? Puan Munirah, Encik Khalid, Laila dan Aisyah.
Mereka ni nanti akan menjadi watak penting dalam cerita ni.
Lepasni lagi banyak muncul watak-watak baru.
So kalau nak tahu apa akan jadi. Keep reading and vote k. :)
YOU ARE READING
Aku Bukan Isteri Sempurna
Romance"Kalau kau sayang aku kenapa kau tolak aku dulu? Kau nak balas dendam je kan? Aku lebih rela tak kahwin lah daripada terima kau." -Ulya Kaisara- "Aku sayang kau, aku menyesal tolak kau dulu sebab ego aku." ...