Bab 30

8.1K 203 2
                                    

"Sara! Sara! Tunggu dulu!" Aryan Danial berlari anak mendapatkan Ulya.

Ulya menoleh ke belakang. Apabila mendapati pemilik suara yang memanggilnya itu terus dia berpaling semula dan mempercepatkan langkahnya.

Tidak kuasa Ulya mahu melayan Aryan Danial. Nampak saja mukanya pun sudah cukup membuatkan hati Ulya sakit.

"Sara! Tunggulah kejap. Ryan ada benda nak cakap ni." Aryan Danial masih lagi tidak berputus asa mengejar Ulya.

Apakan daya tenaga lelaki melebihi tenaga wanita. Aryan Danial dapat mengejar Ulya. Lengan Ulya dicapai kuat.

"Eh! Apa kau ni! Lepaslah! Sakit tahu tak?" Ulya berang. Dia cuba menarik lengannya dari genggaman tangan sasa Aryan Danial itu.

Aryan Danial cepat-cepat melepaskan lengan Ulya. Bukan niatnya untuk menyakiti wanita di hadapannya itu tapi apakan daya dia terpaksa.

"OK, sorry. Ryan mintak maaf. Em.. sakit ke?" Aryan Danial mula beriak risau. Dia menarik lengan Ulya dengan niat untuk melihat keadaan lengan Ulya yang ditarik olehnya dengan kuat sebentar tadi.

"Apa kau buat ni? Pegang-pegang orang suka-suka hati je." Ulya segera menepis tangan Aryan Danial. Memang dia tidak gemar akan perangai Aryan Danial yang satu itu. Suka-suka mahu menyentuh orang yang bukan mahramnya.

"Aik, dulu boleh je pegang-pegang. Heh! Bukan setakat pegang tangan je boleh. Dulu semua Sara bagi pegang." Sinis! Sangat sinis kata-kata yang keluar dari mulut Aryan Danial itu.

"Setiap orang boleh berubah Encik Aryan Danial. Aku dah berubah kau bila lagi?" Selamba Ulya memerli Aryan Danial.

"Berubah? Kau dah berubah? Kau tu dah murah sampai bila-bila pun tetap murahlah." Aryan Danial mula menyetuh bahu Ulya.

"Apa kau ni?" Tangan Aryan Danial ditepis kuat.

"Kau dengar sini eh sekali lagi kau cuba nak sentuh aku, aku jerit kuat-kuat." Ulya memberi amaran.

"OK fine! Tapi kau ingat hari ni kau terlepas, hari ni je!" Aryan Danial berundur dan beredar dari situ.

Ulya melepaskan nafas kelegaan. Ulya segera mengeluarkan telefon dari beg tangannya dan mendail nombor telefon Aqilah.

"Hello, Qila! Boleh jumpa aku sekejap tak?"

"Jumpa? Ada apa ni? Macam hal penting je."

"Penting sangat. Kita jumpa kat tempat biasa ye. Aku tunggu kau kat sana." Talian terus dimatikan Ulya.

*****

"Ulya! Kau dengar nasihat aku ni. Kau kena kahwin dengan Ryan cepat. Selagi kau tak kahwin selagi tu lah si bangsat tu kacau kau." Aqilah menggenggam tangan Ulya. Memberi kekuatan dan keyakinan kepada temannya itu.

"Tak boleh! Aku tak nak Ryan terseret sekali dalam hal ni. Aku takut dia apa-apakan Ryan demi nak dapatkan aku. Dia tu psycho tahu tak? Dulu tak ada pula macam tu." Ulya beriak risau. Bukan dia tidak mahu menerima cadangan Aqilah tetapi dia tidak sanggup melihat dan membiarkan orang-orang yang berada disampingnya dalam bahaya.

"Jap! Ryan tak tahu lagi ke pasal ni?" Aqilah meneka. Dari cara percakapan Ulya dia dapat meneka yang Aryan Haikal masih tidak tahu apa yang dihadapi Ulya kini.

Ulya menunduk dan hanya menggeleng.

"Ya Allah! Ulya kenapa kau tak beritahu dia pasal Aryan Danial? Ulya kalau dia tahu at least dia boleh jaga kau. Kau nak ke Mika pun si bangsat tu apa-apakan? Kau perempuan Ulya apa yang kau boleh buat nak lawan dengan lelaki?"

"Tapi Qila aku tak nak bebankan dia. Kau tahukan dia tengah ada masalah dengan mama dia pasal Laila tu. Aku tak nak tambah lagi masalah dia." Ulya merenung anak mata Aqilah mengharapkan temannya itu memahami apa yang dia rasakan kini.

Aqilah menggeleng. Dia harus meyakinkan Ulya untuk memberitahu Aryan Haikal tentang Aryan Danial.

"Kau ingat kalau jadi apa-apa kat kau nanti Ryan tak rasa terbeban ke? Itu lagi buat keadaan lagi teruk Ulya. Ulya please kali ni tolong fikir untuk jangka masa panjang."

"Aku rasa aku kena hantar Mika duduk dengan parents akulah Qila. Aku risau kalau dia dapat tahu pasal Mika. Aku risau dia ugut aku dengan culik or apa-apakan Mika."

"Aku rasa itu yang sebaik-baiknya. Tapi ingat kau kena cerita tentang Aryan Danial ni kat Ryan tau. Jangan tangguh -tangguh lagi k."

Ulya mengangguk lemah. Dia dilemma.

*****

Pagi-pagi lagi Ulya sudah bersiap-siap untuk pulang ke rumah ibu bapanya. Dia tidak mahu bertangguh lagi untuk menghantar Mikail ke rumah ibu bapanya. Keselamatan anaknya itu adalah keutamaannya kini.

"Sayang ibu kita nak balik rumah tok ma tau. Nanti kat rumah tok ma jangan nakal-nakal tau. Jadi good boy ye." Ulya mencium ubun-ubun Mikail dengan penuh kasih sayang. Air matanya mula mengalir.

"Bu! Bu!" Mikail memanggil Ulya. Si kecil itu pun seolah-olah faham kesedihan ibunya.

"Ye sayang! Ibu tak nangislah. Mata ibu masuk habuk ni. Hmm macamlah anak ibu ni fahamkan apa yang ibu cakap ni." Ulya mengusap-ngusap rambut Mikail sambil tersenyum lalu mendukung Mikail.

Mikail di letakkan di kerusi penumpang. Setelah segalanya telah Ulya selesaikan termasuk beg-beg baju barulah Ulya menghidupkan enjin keretanya.

Sementara menunggu enjin keretanya panas Ulya mendail nombor telefon Aryan Haikal. Begitu rindu dia akan kekasih hatinya itu dan terasa seperti saat itu adalah kali terakhir dia dapat bercakap dan berbual dengan Aryan Haikal.

Tut!~

"Assalamualaikum Ulya."

"Walaikumsalam. Awak tengah buat apa tu?"

"Saya tengah rindu awak sayang." Kedengaran tawa kecil Aryan Haikal di hujung talian.

"Eh! Samalah. Emm... awak saya kejap lagi nak gerak balik rumah mama tau. Mungkin Isnin baru saya balik sini semula."

"Awak dah nak gerak balik baru nak beritahu saya? Ish! Awak ni kenapa tak beritahu saya awal-awal boleh saya hantarkan."

"Sebab itulah saya tak nak beritahu awak awal-awal saya tak nak menyusahkan awak."

"Sayang! Awak tak pernah and tak akan menyusahkan saya. Awak bagi saya masa 45 minit saya siap-siap kejap. Tunggu saya tau!"

"Awak tak ap..." Belum sempat Ulya menghabiskan kata-katanya tiba-tiba pintu keretanya dibuka dari luar.

Seseorang telah menekup mulutnya dengan kain.

Mikail juga telah dibawa keluar dari kereta. Mereka berdua di bawa masuk ke dalam sebuah kereta dan di bawa pergi dari situ.

*****

"Hello Ulya? Hello sayang?" Aryan Haikal berasa tidak sedap hati.

Dengan pantas dia mencapai kunci keretanya dan terus keluar dari bilik tidurnya.

Puan Munira baru saja mahu melangkah menaiki anak tangga terus terbehenti apabila melihat anaknnya dalam keadaan panik menuruni tangga.

"Ryan! Nak ke mana ni?" Soal Puan Munira.

"Ryan ada hal sikit kat luar. Nanti apa-apa hal Ryan call mama ye." Aryan Haikal terus berlalu ke luar dari rumah.

"Eh! Hal apa tu?" Puan Munira pelik melihat anaknya begitu panik seolah-olah ada sesuatu yang telah berlaku.

"Nanti Ryan cerita. Bye ma!" Tanpa berlengah lagi Aryan Haikal terus menghidupkan enjin keretanya dan memecut laju ke rumah Ulya.

"Ulya... Ulya... Ulya..." Itu saja yang keluar dari mulutnya kerana terlalu risau akan Ulya.

"Ya Allah Kau lindungilah Ulya Ya Allah."

Aku Bukan Isteri SempurnaWhere stories live. Discover now