TH-2

944 98 1
                                        

Waktu Malam

Di dalam rumah mereka terdapat tiga bilik. Jisoo dan Lisa satu bilik, Jennie dan Rosè satu bilik. Bilik satu lagi dijadikan tempat penyimpanan stor.

Bilik Jisoo dan Lisa bersebelahan dengan dapur dan tandas. Jadi senang la nak pergi bilik air kalau rushing sangat.

Jennie: Aih, penatnya aku. Baru pukul 8 malam tapi dah mengantuk

Jisoo: Kalau dah mengantuk, pergi lah tidur dulu. Esok kau bangun awal, kejut aku

Jennie: Haa yelah, aku masuk tidur dulu. Good night

All: Good night

Jisoo: Macam best duduk dekat sini, siap ada beranda lagi. Best lepak dekat beranda ni malam-malam

Lisa: Memang best, tapi jangan pulak ada yang sergah kau nanti

Jisoo: Hish kau ni Lisa aku cepuk mulut kau karang baru tau, suka sangat cakap benda camni malam-malam

Lisa: Ala, bukannya kau penakut pun

Jisoo: Ishh kau ni, aku nak feeling penakut sikit pun tak boleh. Tahulah kau pun bukan penakut. Lagi-lagi ada six sense. Lagilah seronok

Lisa: Six sense tak six sense, kau ingat best ke ada six sense ni?

Jisoo: Best lah, kau boleh tengok benda yang orang lain tak boleh tengok

Lisa: Banyak lah kau best, time nak mandi tu yang tak best, asyik pandang aku. Tahulah aku lawa. Tak payah lah nak usha. Segan saya

Jisoo: Ceh, perasan lawa. Haktuih!

Lisa: Aku memang dah sedia maklum aku lawa. Aku dah tahu sejak aku lahir lagi yang aku ni memang lawa

Jisoo: Aku malas nak dengar kau punya perasan tu. Rosé mana Rosé?

Lisa: Entah, tadi ada je dekat sini

Jisoo: Dekat dapur kot? Takkan melantak lagi budak ni?

Rosé: Ya saya? Ada apa? Kenapa panggil saya? (Mulut penuh dengan biskut)

Jisoo: Betullah sangkaan aku, dia tengah melantak

Lisa: Makan je kerja kau ni, tapi badan tak besar-besar pun

Rosé: Ini namanya keistimewaan, makan banyak tapi susah nak naik badan

Lisa: Yelah, tahu kau unik. Aku nak pergi masuk bilik, nak main game

Jisoo: Aku pun, aku ada date dengan ML ni

Rosé: Teman lah aku tengok tv

Lisa & Jisoo: Taknakk

Pintu bilik mereka berdua ditutup dengan kuat.

Rosé: Takpelah, aku tengok seorang je. Rugi diaorang. Dahlah movie best malam ni

≥>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Lisa P.O.V

Lisa mengelip-ngelipkan matanya, Lisa bangun dari tidurnya dan melihat ke kiri dan kanan.

"Eh dah pagi ke? rasanya baru je sekejap tadi aku tidur, kejap mana Jisoo? bukan dia tidur sebelah aku ke?"  Fikir Lisa.

"Eh? asal design dalam bilik ni lain macam je. Bukan warna hijau ke bilik ni? Asal jadi warna putih pulak ni? aku mamai ke apa? ke ni mimpi?"

Tiba-tiba Lisa mendengar bunyi riuh rendah di luar biliknya. Lisa membuka tombol pintu tetapi badannya tembus melalui pintu tersebut.

"Tembus? Dah agak ni mesti mimpi, bapak real dowh mimpi ni"

Lisa melihat seorang lelaki sedang memukul seorang gadis yang sudah terbaring di atas lantai akibat ditendang.

"Aku dah katakan kau tak boleh keluar dari rumah ni! Pahal kau degil hah!!"  kata lelaki itu dengan nada yang amat marah. Lalu memukul gadis itu dengan sekuat hati. Habis berbirat badan gadis tu dilibas oleh tali pinggang lelaki itu.

"Ayah sakit ayah, Seol janji tak buat lagi ayah, sakit!" Gadis itu merintih sambil menangis.

"Kenapa la aku ada anak macam kau ni hah?!  Menyusahkan orang! Baik kau mampus lagi bagus!!"  Jerkah si ayah dengan kuat.

Kemudian si ayah mengambil botol kaca dan menghempaskan di kepala anaknya itu, gadis itu pengsan sebaik sahaja botol kaca itu kena dikepalanya. Ayahnya terus keluar dari rumah.

Gadis itu berlumuran darah, habis bajunya dipenuhi dengan darah.

Lisa terjaga dari tidurnya. Habis berpeluh dibuatnya. "Apa maksud mimpi tu, asal aku mimpi benda camni?"

Lisa kemudian terlihat di suatu sudut di biliknya terdapat seorang perempuan yang berbaju putih bertompokan darah.  Lisa tak dapat melihat dengan jelas wajahnya kerana matanya masih kabur.

Lisa kemudiannya berasa mengantuk yang amat sangat dan terus tertidur.

END P.O.V

Whistle | BLACKPINK [COMPLETE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang