Tiga Hari Kemudian
Luka dikepala Lisa sudah beransur pulih. Hari ini, dia sudah dapat pergi ke sekolah semula untuk menyambung segala pelajarannya yang tergendala hampir seminggu itu.
Pada pagi itu di perkarangan sekolah, sekali lagi mereka berempat dikerumuni oleh pelajar-pelajar sekolah.
Ramai yang memberikan hadiah kepada mereka berempat. Yang mendapat hadiah paling banyak sekali tentu sekali Lisa kerana sudah seminggu dia tidak hadir ke sekolah.
Selepas itu mereka berempat masuk ke dalam kelas. Mereka meletakkan hadiah-hadiah itu di atas meja.
Lisa: Weh tak muat masuk dalam beg la, aku nak pergi cari plastik dekat stor
Jisoo: Tolong ambik untuk kitaorang sekali tau
Lisa: Okay sis
Lisa bergegas pergi ke bilik stor. Lisa memasuki bilik stor yang agak berhabuk seolah-olah bilik tersebut sudah lama tidak dimasuki.
Lisa ternampak beberapa beg plastik hitam yang besar. Lisa kemudian mengambil empat beg plastik tersebut.
Tiba-tiba Lisa terdengar bunyi bising seolah-olah ada benda yang jatuh. Lisa kemudiannya menoleh ke belakang.
Kelihatan Yuna sedang memegang kakinya.
Lisa: Wuih kau ok tak ni? Macam mana boleh terjatuh ni?
Yuna: Aku okay, tersadung besi sikit je ni
Lisa menolong Yuna untuk berdiri.
Yuna: Kau cari apa dalam bilik ni?
Lisa: Aku cari plastik ni hah. Kau pulak buat apa dalam bilik ni?
Yuna: Aku nak cari penyapu. Penyapu dalam kelas kena rembat dengan budak kelas lain lagi
Lisa: Penyapu kat hujung sana tu hah
Lisa menunding jari ke arah sudut bilik stor. Yuna pergi mengambil penyapu itu berserta penyodok sekali.
Ketika hendak keluar daripada bilik itu. Lisa tiba-tiba menutup pintu.
Yuna: Asal kau tutup pintu ni? Jangan apa-apakan aku..tolong lah aku takut!
Lisa: Kau tak payah lah nak over sangat
Yuna: Alah nak main-main pun tak boleh
Lisa: Kau yang disebalik semua pembunuhan berantai tu kan?
Lisa memerhati riak muka Yuna untuk melihat sama ada Yuna terkejut atau tidak tapi Yuna hanya membuat muka selamba. Kemudian Yuna tiba-tiba senyum dengan senyuman menyeringai.
Yuna: Jadi kau nampak aku lah malam tu? Patutlah aku tak dengar kau masuk dalam rumah malam tu
Lisa: Apa yang aku nyatakan ni betul lah?
Yuna: Yup aku yang buat semua tu
Lisa: Kenapa kau pergi bunuh mamat-mamat tu?
Yuna: Sebab ak-
Lisa: Kan aku dah kata aku nak cincang mamat-mamat tu yang kau pergi buat dulu tu kenapa?
Yuna: Hahh?! Kau nak bunuh diorang?!
Lisa: Yelah, siapa suruh hentam kepala aku. Kalau diorang tak buat takde maknanya aku nak bunuh diorang tapi malangnya kau dah buat dulu

ANDA SEDANG MEMBACA
Whistle | BLACKPINK [COMPLETE]
Mystère / ThrillerJisoo,Jennie,Rosè dan Lisa baru sahaja berpindah ke Apartment Mount di Seoul.Pelbagai kejadian yang menimpa mereka sejak berpindah ke Seoul.Semakin banyak misteri yang telah terungkai sejak mereka berpindah.Mereka turut diselubungi perasaan curiga. ...