TH-45

481 57 6
                                    

Jennie P.O.V

Sekarang ni aku dengan Rosè tengah berjalan pulang ke rumah .Kitaorang ikut jalan shortcut sebab Rosè kata dia dah lapar sangat. Pelik betul aku, tadi bukan main lagi dia melantak macam-macam takkan lapar lagi. Harap badan je kecik tapi selera besar bukan main lagi. Aku pun tak tau la jin mana rasuk dia ni boleh makan banyak-banyak.

"Jennie bulan depan birthday Jisoo. Kita buat suprise nak tak?" Tanya Rosè.

"Ok gak, bulan depan pun dah masuk tahun baru. Kita buat party nak tak?"

"Kite buat party kita empat je." Kata Rosè

"Boleh la tu. Apa kata ki-"

Pakkk!

"Jennie!!"

Tengah aku bercakap dengan Rosè kepala aku kena hentak dengan benda keras. Aku jatuh terbaring. Mata aku mula berpinar-pinar. Aku nampak Rosè ditekup mulut oleh seorang lelaki yang berbadan sasa.
Meronta-ronta untuk melepaskan diri. Aku cuba bangun tetapi aku disepak oleh seorang lagi lelaki yang entah dari mana muncul. Kemudian apa yang aku tau lepas tu pandangan aku jadi gelap.

END P.O.V
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Jisoo P.O.V

Sekarang ni nak dekat pukul 11.30 pagi. Budak dua orang tu keluar pukul 8 dan sampai sekarang tak balik-balik lagi. Aku dah mula risau tahap babun sekarang ni.

"Lisa sekarang ni nak dekat kul 11.30 diorang tak balik-balik lagi ni." Kata aku.
"Ala tau la kau lapar. Rilek la kejap lagi diorang balik la tu." Kata Lisa.

"Aku bukan lapar tapi aku risau sebab diorang keluar sejak pukul 8 tadi. Aku mesej tak balas. Call tak angkat. Dah berpuluh-puluh kali aku call tak terjawab langsung. Aku takut ada apa-apa yang jadi kat diorang."
Kata aku hampir-hampir meninggikan suara terhadap Lisa.

"Jap aku try call." Lisa cuba membuat panggilan tetapi setiap panggilan yang dilakukan tidak diangkat. "Diorang tak angkat. Masuk voice mail aje." Kata Lisa.

"Aduh mana diorang ni?! Hish aku pergi keluar jap cari diorang. Kau tunggu kat sini papehal aku call kau."

Aku terus keluar dari rumah dan pergi ke pasar pagi yang berdekatan. Aku tanya peniaga-peniaga kat situ tentang Jennie dan Rosè tapi masing-masing kata diorang dah balik. Aku kemudian ikut jalan shortcut mana tau terserempak dengan budak dua ekor tu.

Tengah-tengah aku berjalan tu tiba-tiba aku rasa macam ada orang yang mengekori. Aku menoleh ke belakang dan melihat ada dua orang mamat ni berpakaian sut hitam dengan berkaca hitam. Okay ni pelik. Mana ada orang pakai sut dengan kaca hitam tengah-tengah panas macam ni berjalan secara berdua tanpa beg bimbit.

Aku rasa macam ada yang tak kena. Aku cuba mempercepatkan langkah.Dua orang mamat tu pun laju je ikut aku.

Okay sekarang ni better aku...LARI.

Aku lari sepantas yang mungkin dan dua orang mamat tu mengejar aku. Aku berlari sehingga ke hujung jalan dan tiba-tiba ada sebuah van hitam muncul di depan aku.
Ah sudah... Aku ditarik ke dalam van oleh beberapa orang mamat yang agak sado badannya dan....

"Rosè?! Jennie?!"

END P.O.V

Keadaan di dalam van itu gelap kerana mata Jisoo dan Rosè telah ditutup oleh kain kecuali Jennie kerana dia dah pengsan.
Mereka tak mampu bercakap kerana mulut mereka diikat dengan kain dan ini menyukarkan mereka untuk berkomunikasi. Jisoo berasakan perjalanan di dalam van itu memakan masa yang terlalu lama.

Whistle | BLACKPINK [COMPLETE]Where stories live. Discover now