TH-33

493 67 0
                                    

Sesampai sahaja di rumah Lisa terus masuk ke dalam bilik air manakala Jisoo duduk di ruang tamu sambil dikelilingi oleh Minzy, LE, Jennie dan Rosè.

Jennie:Mana file tu?

Jisoo: Ada dalam beg aku ni hah

Jisoo membuka begnya dan mencari-cari fail tersebut. Jisoo menyelongkar begnya tapi fail itu tiada di dalam begnya. Muka Jisoo berubah menjadi pucat. "Ah sudah, jangan kata terkeluar dari beg masa larikan diri tadi." Gumam Jisoo perlahan. Jisoo menelan air liur dan memandang ke arah mereka berempat dengan pandangan yang agak risau.

Jisoo: Fi-file tu takde dalam beg aku

Jennie: Kau biar betul?!

Jisoo: Ak-aku rasa file tu terjatuh masa Lisa wheelie tadi

Rosè: Kau ni memang nak kena ni! Kau tak zip beg ke tadi?!

Mereka berempat meluku kepala Jisoo dengan keras. Jisoo mengaduh kesakitan.

Jisoo: Adeh-adeh sakit la, aku mintak maaf aku tak sengaja. Tapi sumpah aku zip beg tu!

Jennie: Sekarang ni aku nak kau pergi balik sana and cari balik file tu!

Lisa: Apahal kecoh-kecoh ni? Siap luku kepala bagai?

Rosè: Jisoo ni hah dia pergi hilangkan file tu

Lisa memandang ke arah Jisoo dan kemudian dia ketawa terbahak-bahak. Semua orang memandang Lisa dengan pandangan yang pelik.

Rosè: Apa yang kelakarnya?

Lisa: File tu ada dengan aku la. Aku senyap-senyap ambik dalam beg dia sebab kenakan aku tadi. Padan muka kau! Kenakan aku lagi. Bila tengok dalam beg takde file ni tau pun kau gelabah

Jisoo menjentik dahi Lisa dengan kuat. Lisa mengaduh kesakitan sambil mengusap dahinya yang kemerahan.

Jisoo: Padan muka kau! Siapa suruh kenakan aku balik. Mana file tu?

Lisa: Dijentik pulak kita,dia yang start dulu

Lisa mengambil file yang berada di dalam begnya. Lisa kemudiannya meletakkan file itu di atas meja dan membuka fail itu.
Tertera gambar Kim Jong Hyun yang berpakaian banduan. Di lengannya kelihatan tatu lambang tengkorak.

Nama: Kim Jong Hyun
Umur: 43
Tarikh lahir: 14 Oktober 1975

Kes:
Suspek didakwa di atas tuduhan membunuh dan mendera anak perempuannya di bawah Akta Seksyen 302 iaitu hukuman gantung sampai mati. Suspek melarikan diri ke China dan diberkas selepas orang awam mengecam suspek di Shanghai.

Suspek membunuh anak perempuannya dengan kejam. Terdapat puluhan tikaman di badan anak perempuannya dan kepalanya ditebuk serta dipenggal.

Suspek merupakan ahli kongsi gelap The Skull. Suspek juga pernah didakwa atas tuduhan menyeludup dadah dan arak di sempadan China.

Suspek melarikan diri dari penjara lama Seoul sebelum hari penggantungan dan sehingga sekarang tidak dapat dikesan.

Jennie: Aku rasa macam familiar je dengan muka mamat ni. Macam pernah tengok

Rosè: Tulah macam pernah tengok tapi kat mana ya?

Lisa: Aku rasa macam pernah nampak tatu tu

All: Aku pun

Lisa: Aku rasa aku dah tau siapa mamat ni

Rosè: Aku rasa aku pun tau siapa mamat ni

Minzy: Siapa?

Mereka menyebut nama seseorang itu kepada Minzy. Minzy agak terkejut apabila mengetahui orang yang disebut itu adalah orang yang selalu dia jumpa setiap hari.

Keesokan Harinya

Someone P.O.V

Habis jugak kerja aku kat dalam ni. Kenapa la hari-hari mesti bertimbun buku-buku kat atas meja ni. Aku menggeliat akibat kepenatan. Aku melihat jam dan ianya hampir pukul 7 malam. Aku mengemas semua buku-buku dan kertas dan terus keluar daripada pejabat.

Keadaan di luar koridor agak sunyi. Maklumlah dah nak malam, mana ada orang dah kat sini. Aku berjalan pulang dengan berjalan kaki kerana kereta aku rosak. Nasib baiklah aku tinggal berdekatan je. Berjalan 10 minit sampailah rumah.

Aku ambik jalan shortcut iaitu lorong yang boleh dikatakan agak gelap jugak. Aku malas nak ambik jalan panjang sebab ramai orang. Keadaan kat lorong ni agak sunyi, takde sesiapa pun yang lalu kat sini melainkan aku.

Sedang aku berjalan tiba-tiba aku terdengar seperti ada orang tengah sepak tin kosong dari belakang. Aku menoleh ke belakang tetapi tiada sesiapa pun di situ melainkan sebuah tin kosong yang agak kemik.

Aku meneruskan perjalanan kembali tapi kali ni aku terdengar seperti ade orang mengekori aku dari belakang. Aku mempercepatkan perjalanan. Semakin cepat aku berjalan semakin cepat bunyi tapak kaki itu mengejar.

Aku menoleh ke belakang,serentak dengan itu leher aku ditetak. Pandangan aku menjadi kabur. Apa yang aku tau lepas tu aku jatuh pengsan. Tapi aku sempat nampak satu figura berambut blonde.

Aku kemudian terjaga daripada pengsan. Pandangan aku masih kabur, leher aku turut sakit. Aku cuba untuk menggosok mata tetapi tangan aku telah diikat.
Aku melihat sekeliling bilik itu setelah mata aku mula pulih. Aku berada di dalam bilik yang berhabuk dan agak malap cahaya lampunya. Aku mula rasa panik. Siapa pulak la yang nak culik aku ni.

"Woi siapa kat luar tu?! Lepaskan aku! Aku kata lepaskan aku la!!

Aku cuba melonggarkan ikatan di tangan aku tetapi ianya sangat ketat. Aku rasa darah macam tak mengalir kat darah aku.Aku menjerit lagi kemudian pintu yang berada di hadapan aku terbuka. Cahaya mula masuk ke dalam bilik ni. Aku masih cuba menyesuaikan mata aku untuk melihat gerangan siapakah yang berada di depan aku.

Terdapat enam susuk tubuh yang berpakaian gelap di hadapan aku. Aku masih tak dapat melihat mereka dengan jelas kerana keadaan di dalam bilik agak malap. Kemudian lampu terbuka. Aku tergamam melihat keenam-enam susuk tubuh kat depan aku ni.

"Ko-korang?!"
Aku terkejut melihat Jisoo, Jennie, Rosè, Lisa, LE dan Minzy yang berada di hadapan aku.

"Hai Cikgu Kim"

"Atau lebih tepat lagi Kim Jong Hyun"

Macam mana diorang tau siapa aku?!

END P.O.V

Whistle | BLACKPINK [COMPLETE]Where stories live. Discover now