TH-39

458 64 0
                                    

Suga P.O.V

Aku mendapat panggilan kecemasan yang mengatakan Apartment Mount terbakar. Aku dengan rakan setugas yang lain bergegas pergi ke lokasi yang dinyatakan. Sesampai je disana ramai orang dah mula berkerumun. Ambulans dan bomba pun dah ada. Aku melihat apartment itu sudah hangus terbakar.Takde apa-apa dah yang tinggal.

Aku tak pasti sama ada ramai yang terselamat atau terkorban. Aku dengan Jinhwan serta beberapa orang anggota polis yang lain masuk ke dalam untuk melakukan siasatan. Banyak perabot yang dah hangus. Semuanya hitam. Bau asap masih dapat dihidu lagi. Aku pergi ke tingkat atas dengan menaiki tangga. Yelah lif kan tak boleh guna. Terdapat beberapa mayat yang rentung bergelimpangan dekat sekitar tangga. Muka memang tak boleh cakaplah tak cam langsung. Semuanya terbakar, rentung habis.

Aku melangkah mayat-mayat tersebut dan pergi ke tingkat 2. Aku memeriksa setiap rumah. Banyak mayat yang rentung.
Paling menyedihkan aku bila aku ternampak satu mayat ni terduduk dekat birai katil seolah-olah dia pasrah dan menunggu je kematian dia.

Aku pergi ketingkat-tingkat yang seterusnya takut-takut ada yang masih hidup. Tapi tak mungkin la sebab bangunan ni seratus peratus dah hangus. Sampai je di tingkat atas sekali, aku terdengar suara sayup-sayup menangis seperti suara bayi. Aku memanggil beberapa orang anggota polis untuk mencari mangsa yang terselamat.
Aku mengikuti suara tersebut dan aku sampai di rumah yang hujung sekali. Aku cepat-cepat menyelongkar kawasan tersebut kerana tangisan tu semakin kuat.
Aku ternampak almari besi yang terbalik yang pintu almarinya terbuka tetapi menghadap ke lantai.

"Weh sini-sini! Tolong aku ada baby terperangkap kat bawah ni!"
Aku memanggil beberapa orang anggota polis untuk mengangkat almari besi itu. Almari itu masih panas kerana ianya besi.

Terdapat seorang bayi yang lengkap berpakaian terbaring di atas lantai. Kulit bayi tersebut kemerahan dan bibirnya pucat kerana kepanasan dan kekurangan oksigen. Aku mengambil bayi tersebut dan bergegas turun ke bawah untuk diberikan oksigen.

Aku berasa terharu bayi ini terselamat kerana ia terperangkap di bawah almari. Bukan sampai masanya lagi untuk bayi ni pergi. Tapi aku sedih kerana bayi ni kehilangan mak dan ayah dalam usia yang begitu muda. Aku pergi ke ambulans untuk melihat mangsa yang terselamat supaya aku boleh melakukan soal siasat.

Aku ternampak tiga orang yeoja yang aku kenali iaitu budak kelas aku. Tak sangka aku diorang tinggal kat sini. Nasib baik diorang terselamat. Nampaknya identiti aku akan terbongkar nanti tapi demi kerja aku lakukan. Aku mendekati mereka dan mereka agak terkejut melihat aku.

"Budak baru?!" Kata yeoja yang berambut purple.

"Kau polis?" Yeoja yang berambut blonde tu bertanya.

Aku menganggukkan kepala. Aku menerangkan  kepada mereka dan mereka mengangguk tanda faham.

Aku melihat ke dalam ambulans dan terdapat seorang yeoja yang sudah terbaring tidak sedarkan diri. Kakinya berbalut dan badannya pucat. Bukan ke tu Rosè? Budak pelik yang tegur aku. Nampaknya kaki dia tercedera masa selamatkan diri. Aku mula menyoal siasat mereka untuk mengetahui mengenai kebakaran yang tercetus di apartment ini. Aku mencatatkan segalanya dan mengucapkan terima kasih.

Aku pergi menjenguk ambulans yang lain dan melihat keadaan bayi yang terselamat itu. Badannya sudah tidak kemerahan lagi dan bibirnya sudah merah tanda oksigen sudah masuk ke dalam badannya.

Ramai yang meraung di hadapan apartment ni kerana ramai yang kehilangan ahli keluarga mereka dalam sekelip mata.
Setelah disiasat rupanya kebakaran berlaku berpunca daripada lintas pintas akibat air yang bocor di siling. Air yang menitik terkena kotak fius dan mengalir masuk sehingga berlakunya kebakaran. Ramai yang tidak sedar akan kebakaran ini kerana ianya berlaku di waktu semua orang sudah tidur.

Ramai yang terkorban, hanya beberapa orang sahaja yang terselamat.
Aku melihat keadaan apartment. Nampak agak menyeramkan kerana semuanya sudah hitam terbakar. Mayat-mayat yang berada di dalam apartment itu tidak akan dikutip kerana apabila disentuh mayat-mayat tersebut menjadi debu akibat terbakar dalam suhu yang amat tinggi.
Setelah membuat siasatan aku pulang ke balai polis untuk membuat laporan kerja.

END P.O.V

Whistle | BLACKPINK [COMPLETE]Where stories live. Discover now