TH-37

449 73 2
                                    

Jisoo: Alang-alang dah ponteng ni nak tak ponteng terus?

Rosè: Mana?

Jisoo: Kita pergi shopping nak tak?

Jennie: Aku ok je tapi Lisa bayar

Lisa: Asyik aku je

Jisoo: Kau kan money keeper

Lisa: Mentang-mentang lah duit aku asyik masyuk je. Tapi kita balik dulu tukar baju

Rosè: Tapi macam mana kita nak keluar sekolah? Waktu sekolah belum habis lagi

Jisoo: Aku tau satu jalan ni. Sejeong bagitau aku. Dia kan selalu ponteng sekolah

Jennie: Mana?

Jisoo: Ikut aku

Mereka bertiga mengikut Jisoo pergi ke belakang makmal sains. Terdapat sebuah lubang di tembok pagar sekolah, cukup muat untuk mereka berempat melepasi lubang tersebut. Sedang mereka cuba melepasi lubang tersebut, terdengar suatu suara menyergah mereka.

"Woii! Buat apa tu?!

Jisoo: Woi lari wei cepat-cepat!

Mereka berempat cepat-cepat keluar dari lubang tersebut. Rosè yang terakhir sekali keluar daripada lubang tersebut. Ketika Rosè cuba melepasi lubang tersebut kakinya ditarik oleh orang itu. Dia memandang gerangan manusia yang menarik kakinya. Rupanya pengawal keselamatan yang meronda kawasan tersebut yang menangkap kakinya supaya dia tidak terlepas.

Rosè: Woi tolong aku! Kaki aku kena tarik!

Lisa dan Jennie menarik Rosè daripada lubang tembok tu. Kemudian mereka lari lintang pukang meninggalkan sekolah.
Pengawal keselamatan tersebut mengejar dari belakang. Jisoo yang menoleh ke belakang memecut dengan laju.

Jisoo: Wei lari zig zag nanti dia keliru!

Mereka berempat lari secara zig zag. Pengawal keselamatan yang mengejar dari belakang pun berhenti mengejar.

P.Keselamatan: Apa ke benda budak-budak ni lari zig zag siang-siang buta macam ni? Aku bukannya haiwan sampai nak lari zig zag bagai semua tu. Hmm aku ingat budak laki je ponteng rupanya budak pompuan pun ada. Macam-macam budak zaman sekarang ni

Pengawal keselamatan tersebut menggeleng-gelengkan kepalanya melihat gelagat mereka berempat. Dia ketawa kecil melihat betapa kelakarnya mereka melarikan diri sampai tercabut kasut semata-mata tak nak kena tangkap. Dia kemudian kembali semula masuk ke dalam sekolah. Mereka berempat sudah berada di lobi apartment mereka dalam keadaan yang termengah-mengah.

Rosè: Tak pasal-pasal kasut aku tercabut kena tarik tadi

Jennie: Kau kata spot baik punya, nyaris-nyaris kita nak kena tangkap

Jisoo: Mana la aku tau. Benda tak dijangka. Bak kata pepatah malang tidak berbau

Lisa: Jom ah tukar baju dulu, lepas ni kita pergi shopping.

Setelah mereka siap menukar baju semua tu. Mereka terus pergi ke Leggo Mall.

Lisa P.O.V

"Wei korang, teman aku pergi bank dulu amik duit."

Mereka bertiga menganggukkan kepala dan mengikuti aku. Dalam perjalanan ke bank tiba-tiba aku rasa tak sedap hati. Rasa macam sesuatu yang buruk akan berlaku. Tak mungkin, tu perasaan aku je tu. Aku menggelengkan kepala untuk melupakan perasaan tu. Sampai je di bank aku ternampak seseorang yang aku kenal.

"Yow Minzy!" Jerit Jisoo.
"Wei perlahan sikit suara tu buat malu je." Rosè menegur Jisoo. Aku menggelengkan kepala melihat telatah mereka. "Minzy kau buat apa kat sini? Ponteng eyyy" Tanya aku.
"Aku nak buka akaun baru. Eleh cakap kat orang, dia pun ponteng jugak," Balas Minzy

"Kitaorang ponteng sebab aku malas nak menghadap kelas fizik."  Jawab Jennie. "Kau sebab apa ponteng?" Tanya aku.

"Aku ada hal tu yang tak datang sekolah tu. Korang nak pergi mana lepas ni?" Tanya Minzy. "Kitaorang nak pergi shopping and makan-makan je," jawab aku. "Aku nak ikut boleh, alang-alang dah terserempak dengan korang ni," Tanya Minzy. "Boleh je.Jomlah." "Aku ingat nak pergi tengok mo-"

Ring Ring Ring

Telefon bimbit Minzy berdering. Dia segera mengangkat panggilan telefonnya

"Hello? Ya saya? Sekarang jugak ke? Okay-okay kejap lagi sampai,"

"Weh sorry tak dapat ikut, ada emergency. Pakcik aku masuk hospital. Sorry tauu,"
Kata Minzy sambil memandang aku dengan muka yang bersalah. "Takpe, lain kali ada lagi, pergilah cepat." Kata aku. Minzy berkata terima kasih dan segera keluar daripada bank dalam keadaan tergesa-gesa.

Aku pergi ke mesin ATM untuk mengeluarkan duit. Dalam masa yang sama aku memindahkan duit ke dalam akaun Jisoo, Rosè dan Jennie.

"Korang aku dah pindahkan duit dalam akaun korang. Jadi lain kali jangan merungut kata tak ada duit." Kata aku kepada mereka.

"Wokehhh, aku nak pi check sat duit dalam akaun aku." Kata Jennie. Sedang kami bertiga menunggu Jennie tiba-tiba aku terdengar bunyi pelik dalam beg Rosè.
"Rosè bunyi apa dalam beg kau tu?" Tanya aku. Rosè melihat ke dalam sling begnya.

"Takde apa-ap -Lisa! Kat jaket kau!"

Aku melihat jaket aku dan terdapat sebiji bom yang kecil sedang berkelip menunggu masa untuk meletup. "Tak guna! Semua orang keluar ada bom!" Semua orang yang berada dalam bank bertempiaran lari keluar. Aku menanggalkan jaket aku dan membaling di suatu sudut bank.
Kemudian aku berlari keluar. Bom itu meletup sebaik sahaja kaki aku melangkah keluar daripada bank itu. Aku terdorong ke hadapan dan terjatuh.

Kaca berselerakan di atas lantai. Satu bangunan habis terbakar. Pipi aku cedera sedikit terhiris kaca yang berterbangan tadi. "Tak guna!" Aku mendesis dengan perlahan.

END P.O.V

Jennie, Jisoo dan Rosè berlari mendapatkan Lisa yang terduduk di atas lantai.
Terdapat beberapa orang pejalan kaki yang tercedera akibat letupan tersebut. Ramai orang berkerumun di kawasan tersebut.
Sepuluh minit kemudian ambulans dan bomba tiba. Pejalan kaki yang tercedara diberikan rawatan termasuklah Lisa.

Jennie: Siapa yang buat semua ni?

Lisa: Aku tak tau dan macam mana aku tak perasan ada bom kat jaket aku?

Jisoo: Aku rasa ni mesti angkara penjahat tu. Dia nak hapuskan kita supaya dia dapat jatuhkan OFR dengan lebih senang

Rosè: Tapi siapa?

Lisa: Nampaknya kita tak boleh berlengah lagi. Kita kena hubungi OFR dan bincangkan perkara ni

Whistle | BLACKPINK [COMPLETE]Where stories live. Discover now