Selepas tiga minggu berlatih mereka menjadi lebih kuat, tangkas dan cekal.
Kaki Rosè juga sudah beransur pulih.
Rosè sudah mampu untuk menjalankan aktiviti fizikal tetapi tidak terlalu berat.
Hari ini mereka akan melakukan latihan senjata. Jisoo sebagai ketua kerana dia paling handal.Jisoo: Ok sekarang ni dekat depan korang masing-masing ada senjata. Pilih salah satu yang korang rasa selesa and kita akan buat latihan sasaran
Jennie mengambil sepucuk pistol yang besar manakala Lisa mengambil sebilah pisau yang kecil dan Rosè mengambil sepucuk pistol yang sederhana saiznya.
Jisoo dan Lisa menembak tepat ke sasaran manakala Jennie sipi-sipi sahaja di sasaran tepat. Rosè agak terkial-kial dengan senjata api yang dipegangnya. Maklumlah, dia hanya pandai menggunakan senjata tajam dan kekuatan tangannya sahaja.Jisoo: Pegang pistol dengan dua belah tangan pada paras bahu kemudian aim dekat sasaran tu. Kalau kau tak pegang betul-betul time kau tembak nanti peluru tu akan tersasar dan seterusnya kau akan terdorong ke belakang
Rosè mengganggukkan kepala dan cuba mengikuti arahan yang diberikan Jisoo. Rosè menarik nafas dan terus memetik picu.
BANG!
Jisoo:Nice Shot! Bagus!
Agak tersasar sedikit tapi hampir tepat ke sasaranRosè hanya tersenyum. Pertama kali dia memegang senjata api dan hasilnya agak memuaskan. Mereka meneruskan latihan menembak sehingga masing-masing tersandar keletihan.
Jisoo: Aduh apa ni? Baru buat latihan menembak dah penat?
Jennie: Penat la, mata aku dah sakit dah ni asyik terpejam-pejam
Rosè: Tah jari aku ni pun dah sakit asyik tarik picu je. Dah la pistol tu berat
Jisoo: Eleh tu baru pistol kecik belum rifle atau machine gun lagi. Lagi berat, nak terpatah tulang bahu
Lisa: Jom makan dulu nak? aku lapar la
Jennie: Kau masak
Lisa: Tapi aku tak pandai
Jisoo:Ah takde-takde.
Alasan je lebih. Ingat aku tak tau kau pandai masak. Jangan nak temberangLisa: Ala aku malas la. Kita order makanan jelah
Jennie: Aku nak piza
Jisoo: Chikin! Chikin!
Lisa: Kau nak apa Chae?
Rosè: Aku nak jjajangmyeon
Lisa: Ok kau order
Rosè: Aku pulak?!
Lisa hanya tersengih memandang Rosè. Rosè hanya menggelengkan kepala dan terus memesan makanan. Mereka semua pergi ke ruang tamu sambil menunggu makanan yang dipesan sampai.
Mereka menonton TV untuk menghilangkan kebosanan. Tiba-tiba terdengar bunyi letupan yang tak beberapa nak kuat tapi dapat didengari oleh mereka berempat.
Jisoo: Bunyi apa tu?
Lisa: Orang main mercun kut
Jennie: Mengarut apa kau siang-siang buta macam ni main mercun
Lisa: Eh ada apa orang main mercun siang-siang macam ni
Jennie: Siapa je?
Lisa: Aku kan pernah main bom-bom kereta orang
Jennie: Kau pernah makan penumbuk tak? Kau loyar buruk lagi aku sumbatp enumbuk ni dalam mulut kau
Lisa hanya tersengih sambil membuat isyarat ampun.
Rosè: Tapi aku pernah main mercun siang-siang buta
Jennie hanya mampu menggelengkan kepala melihat dua orang maknae yang agak biul otaknya.
Berita Terkini
Kejadian ini baru sahaja berlaku sebentar tadi di daerah Geumdo.Sebuah sekolah tinggi di Geumdo iaitu Geumdo High School telah dibom sehingga meragut nyawa semua pelajar dan kakitangan sekolah.
Didapati bahawa keseluruhan kawasan sekolah telah diletakkan beberapa bom kecil yang bersaiz lebih kurang sebesar gula-gula mentos.
Skuad pengebom memaklumkan bahawa jenis bom yang dijumpai merupakan rekaan yang paling canggih dan sukar untuk dimatikan.
Skuad pengeboman memaklumkan kemungkinan pengeboman dilakukan oleh golongan profesional berdasarkan bom yang dijumpai.
Sehingga kini siasatan masih dijalankan.Nantikan berita malam ini untuk mengetahui tentang laporan seterusnya.
Muka masing-masing seolah-olah tidak percaya dengan berita yang baru diumumkan. Berkerut dahi mereka mendengar berita tersebut.
Jisoo: Jadi tadi yang kita dengar tu bunyi bom la tadi tu?
Rosè: Bom tu sebijik dengan bom yang ada dekat jaket Lisa hari tu
Lisa: Ni mesti orang sama
Jennie: Aku rasa dia bom sekolah sebab fikir kita masih sekolah kat situ
Jisoo: Tapi mesti lepas ni sasaran dia OFR memandangkan dia fikir kita dah mati
Lisa: Aku nak kau hubungi pangkalan untuk diorang bersiap sedia dan ketatkan lagi kawalan keselamatan
Jisoo: Orait
Lisa: Rosè aku nak kau pecah masuk sistem CCTV dekat Geumdo tu dan cari siapa dalang pengeboman tu
Rosè: Okay!
Lisa: Kau Jennie! Aku nak kau buat sesuatu yang dapat melindungi kita semua daripada sebarang serangan
Lisa: Aku nak pergi prepare senjata
Mereka semua segera melakukan tugasan yang diarahkan oleh Lisa.
"Nampaknya peperangan akan bermula." Kata Lisa di dalam hati.
YOU ARE READING
Whistle | BLACKPINK [COMPLETE]
Mistério / SuspenseJisoo,Jennie,Rosè dan Lisa baru sahaja berpindah ke Apartment Mount di Seoul.Pelbagai kejadian yang menimpa mereka sejak berpindah ke Seoul.Semakin banyak misteri yang telah terungkai sejak mereka berpindah.Mereka turut diselubungi perasaan curiga. ...