Mr.Bold:Okay pop quiz berakhir.Sementara saya periksa kertas ni kamu semua boleh buat kerja masing-masing
Keadaan di dalam kelas mula menjadi bising dengan suara pelajar-pelajar yang bersembang.Nampak seperti Mr.Bold sudah biasa dengan suasana bising semasa memeriksa kertas.
Jisoo:Camne soalan tadi? Kacang ke biasa je?
Lisa:Kacang dowh.Petik jari je
Rosè:Aku pejam mata pun boleh jawab
Jennie:Aku lagi hebat.Tak payah tengok soalan pun dah boleh jawab
Jisoo:Berlagak ingat korang sorang je ke genius.Aku pun genius la
Lisa:Ala senang citer semua boleh jawab.Habis citer
Mr.Bold:Baiklah pelajar saya dah siap memeriksa kertas.Saya agak terkejut dengan keputusan pop quiz ni sebab ramai yang tak memuaskan hati saya.Tapi ada beberapa pelajar yang menonjol dan sememangnya sentiasa ulang kaji apa yang saya ajar
Mr.Bold menyerahkan kertas kepada semua pelajar.Ada yang merengus,ada yang gembira.Yang terlebih teruja pun ade.Tapi reaksi keempat-empat The Specialist hanya biasa je seolah-olah macam tak kisah dengan markah yang diberikan kepada mereka.
Jisoo:Hmmm boleh la ni sekurang-kurangnya aku tau jawab
Jennie:Hebat betul aku.Tak tengok soalan pun boleh jawab
Rosè:Aku pejam mata pun markah aku boleh tahan
Lisa:Dah kata kacang je
Chloe:Wahhhh aku dapat A!! Takde siapa dapat kalahkan aku sebab hanya genius sahaja yang boleh jawab soalan ni.Aku lah pelajar paling cemerlang dekat sekolah ni!
Kringgg!!
Sebaik sahaja loceng berbunyi semua pelajar bangun daripada kerusi dan terus keluar untuk ke kelas seterusnya.
Mr.Bold:Lockhart,saya nak jumpa kamu berempat sekejap
Mereka berempat pergi ke arah Mr.Bold sambil tertanya-tanya.
Mr.Bold:Sepanjang 12 tahun saya mengajar kalkulus kat sini saya tak pernah lagi dapat pelajar yang betul-betul genius.Tapi saya betul-betul terkejut kerana ini adalah pop quiz pertama kamu semua dan ianya secara mengejut.Saya tak sangka kamu berempat mampu jawab soalan yang saya berikan malahan jalan kerja yang diberikan juga terlalu ringkas.Mudah untuk difahami.Kamu berempat adalah yang pertama mendapat A+ dalam sekolah ni.Apa rahsia kamu semua ni?
Jennie:Maybe kitaorang minat kut subjek ni,lagipun kitaorang takdelah selalu ulang kaji kat rumah
Jisoo:Gen keluarga kami memang pakar dalam kalkulus pun.Rasanya sebab tu kitaorang dapat A+
Mr.Bold:Walaupun kamu berempat baru masuk tapi saya bangga dengan kamu berempat.Teruskan usaha lagi.Baiklah kamu semua boleh keluar sekarang
Mereka berempat keluar dan menuju ke kelas seterusnya iaitu Biologi.Kelas biologi berlangsung selama sejam lamanya.Jisoo mula berasa bosan dan mula mengetuk-ngetuk penselnya di atas meja.
Pelajar yang berada di dalam kelas mula rasa terganggu.Jennie menjeling ke arah Jisoo sebagai isyarat supaya Jisoo berhenti mengganggu pelajar lain tetapi Jisoo mengendahkan sahaja isyarat Jennie.
Jisoo:5..4..3..2..1
Krinngg!!
Jisoo:Yess!
Semua pelajar bangun untuk ke kafeteria kerana waktu rehat dah tiba.
Jennie:Kau ni...buat bising kenapa?

ANDA SEDANG MEMBACA
Whistle | BLACKPINK [COMPLETE]
Mystery / ThrillerJisoo,Jennie,Rosè dan Lisa baru sahaja berpindah ke Apartment Mount di Seoul.Pelbagai kejadian yang menimpa mereka sejak berpindah ke Seoul.Semakin banyak misteri yang telah terungkai sejak mereka berpindah.Mereka turut diselubungi perasaan curiga. ...