Di sebuah hadapan apartment, sekumpulan gadis keluar dari kereta sambil menggeliat kepenatan.
Jennie: Penatnya lah weh, duduk dalam kereta berjam-jam
Jisoo: Eleh aku lagi penat memandu, daripada kau, membongkang je kat belakang tadi
Jennie: At least aku dapat menikmati pemandangan yang nun menghijau daripada penat kaki asyik tekan pedal, tukar gear sana sini
Jisoo: Aku bawa kereta manual, mestilah penat
Jennie: Tulah kau, kenapa tak bawak auto je? Kan senang, takdelah penat sangat
Jisoo: Auto slow, manual boleh adjust kelajuan dia
Jennie: Lepas tu? Penat mengadu dekat aku
Lisa: Baru sampai pun nak bertekak, aduh lah. Penat telinga aku ni mendengarnya.
Rosè: Kita duduk dekat tingkat berapa nanti?
Lisa: Tingkat 5
Jennie: Tinggi bebenor nak naik
Lisa: Okay lagi daripada duduk tingkat atas sekali tu haa. Owner tempat ni kata tingkat-tingkat bawah semua dah penuh. Yang tinggal hanya tingkat 5 sampai tingkat 13.
Rosè: Lif ada tak?
Jisoo: Soalan merepek apa kau tanya ni? Mestilah ada lif. Aduh member-member. Dah, mari angkat barang-barang ni naik atas
Setelah penat memunggah barang masuk ke dalam rumah, mereka berehat sebentar akibat keletihan.
Jisoo: Kenapa barang aku banyak sangat? Rasanya aku bawa sikit je
Rosé: Ohh lupa nak cakap, barang aku, aku letak sekali dengan barang kau. Patutlah aku rasa barang aku sikit. Kau yang tolong angkat rupanya. Terima kasih ya kawan
Jisoo: Cis, patutlah banyak sangat aku kena bawa. Okay sama-sama.
Jennie: Mari kemas cepat, lepas ni boleh pergi makan. Perut aku dah mula bunyi ni
All: Okay bos
Mereka mengemas kesemua barang mereka dengan segera. Setelah selesai mereka pergi makan di kedai yang berdekatan.
Someone P.O.V
X: Hmmm nampaknya dah ada penghuni baru kat depan rumah ni.
(berkata sendirian)X2: Woi haaa, Hani kau buat apa tu?!
Hani: Ishh kau ni Yuna buat terkejut aku je
Yuna: Kau usha apa tu,usha pakwe ey..
Hani: Takdelah aku tengah tengok jiran baru ni, diorang baru pindah masuk
Yuna: Hah jiran baru? Maksud kau rumah depan ni?
Hani: Yelah, dah tu rumah mana lagi
Yuna: Bagus jugak ada jiran kat depan ni, takde la sunyi sangat
Hani: Memang la bagus tapi kau agak-agak diorang tahan tak duduk kat sini?
Yuna: Entah la aku pun tak tau, aku pun pelik setiap kali orang baru masuk dalam rumah depan, ni tak sampai 2 bulan mesti pindah keluar, asal eh?
Hani: Aku pun tak tau, kita pun kan baru je duduk kat sini, tak sampai setahun pun lagi
Yuna: Hah kenapa Jimin dengan LE ni tak balik lagi?
Hani: Biasa lah pergi shopping, macam la kau tak biasa
Yuna: Ha'ah yelah, lupa pulak. Dah la aku nak pergi mandi, habis melekit badan aku ni
Hani: Baru nak mandi siang hari buta ni?
Yuna: Aku baru bangun tidur hehe
Hani: Eiii tak gosok gigi lagi uwekk
END P.O.V
Di Kedai Makan
Rosè: Boleh tahan makanan dekat Seoul ni, sedap-sedap makanan dia
Jennie: Weh, korang perasan tak apartment yang kita ditempatkan tu macam terbiar sikit
Rosè: Aku ada perasan, macam berhantu je
Jisoo: Hish kau ni,kita baru je masuk rumah tu, kau dah cakap benda bukan-bukan
Lisa: Lek la, semua tempat ada hantu, cuma jangan kita ganggu benda tu sudah la, kalau kacau dia punya tempat dia kacau la kita balik
Rosé: Okay ya anak-anak, sudah-sudah dengan topik hantu ni. Saya takut malam tidak boleh tidur pula saya ya
Jisoo: Tidur dengan aku lah malam ni
Rosé: Taknak aku, kau tidur buas

ANDA SEDANG MEMBACA
Whistle | BLACKPINK [COMPLETE]
Mystery / ThrillerJisoo,Jennie,Rosè dan Lisa baru sahaja berpindah ke Apartment Mount di Seoul.Pelbagai kejadian yang menimpa mereka sejak berpindah ke Seoul.Semakin banyak misteri yang telah terungkai sejak mereka berpindah.Mereka turut diselubungi perasaan curiga. ...