TH-35

502 69 1
                                    

Di sekolah kecoh dengan penemuan mayat Cikgu Kim yang telah membusuk mayatnya.
Ramai pelajar yang muntah-muntah. Ada jugak yang histeria apabila melihat mayat Cikgu Kim. Pihak polis sudah berada di sekolah untuk menyiasat tentang pembunuhan Cikgu Kim. Mereka berlapan tiba di sekolah dan melihat ramai orang mengerumuni di kawasan dataran. Minzy tidak datang ke sekolah kerana masih tidak sihat.

Yuna: Apahal tu ramai sangat orang berkumpul ni siap ada polis bagai semua ni?

Jennie: Ada orang kena bunuh

Yuna: Macam mana kau tau ada orang kena bunuh? Kita tak pergi tengok pun lagi kat sana

Jennie: Aku dengan Lisa yang letak mayat tu kat sana

Yuna: Owhhh macam t-
Eh? Bila masa pulak korang pergi bunuh orang ni?

Lisa: Semalam

Yuna: Tak ajak aku pun

LE: Kau kan takde kat rumah semalam dengan budak dua ekor tu

Yuna: Haah la. Siapa yang korang bunuh tu?

Rosè: Cikgu Kim

Yuna: Cikgu favorite aku tu! Asal bunuh dia?

Jisoo: Dia tulah bapak Seolhyun. By the way yang bunuh Cikgu Kim bukan budak dua ekor ni tapi Minzy

Yuna: Minzy? Dia yang bunuh?

Lisa: Haah tapi dia tak sihat sebab trauma tengok mayat tu balik

Yuna: Owh patutlah

Mereka berlapan pergi ke dataran itu dan melihat mayat Cikgu Kim yang masih terletak elok di situ. Mayat Cikgu Kim dah membusuk dan terdapat banyak ulat mengerumuni mayat Cikgu Kim. Ramai pelajar yang termuntah dan menjerit ketakutan.

Jennie: Kau la ni Lisa, nak sangat letak mayat ni kat sini. Habis budak-budak kat sini muntah-muntah

Bisik Jennie kepada Lisa.

Lisa: Kan aku dah kata aku suka tengok muka budak-budak ni ketakutan.vKelakar bongok tengok muka diorang ni

Jennie menampar bahu Lisa sambil menggelengkan kepalanya.

Cikgu: Ok semua pelajar sila berkumpul di dewan! Biar pihak polis yang selesaikan masalah ni

Mereka semua pergi ke dewan bersama-sama dengan para pelajar lain. Di dewan semua pelajar berkumpul sambil tertanya-tanya apa yang telah berlaku.

Pengetua: Pagi ni kita dikejutkan dengan penemuan mayat yang dikatakan Cikgu Kim. Saya harap semua pelajar tidak panik akan kejadian ini. Pihak polis akan menjalankan siasatan di sekolah ini dan saya harap semua pelajar dapat memberikan kerjasama dan seelok-eloknya tidak bercerita akan perkara ini kepada orang luar tentang keadaan mayat Cikgu Kim. Okay semua pelajar boleh bersurai.

Semua pelajar bersurai dan pergi ke kelas masing-masing.Mereka berlapan menuju ke kelas mereka sambil bersembang.

Yoongi P.O.V

Hari ni aku dapat kes pembunuhan dekat sekolah Geumdo High School. Aku serta beberapa rakan setugas yang lain bergegas ke sekolah tersebut.

Ramai pelajar serta guru-guru berkumpul di dataran. Aku pergi ke arah kumpulan itu dan melihat sekujur mayat yang tidak dapat dikenal pasti wajahnya. Mukanya seperti disiat-siat dan kepalanya mempunyai lubang yang besar. Di badannya juga terdapat puluhan tikaman.

Ekspresi muka mayat tersebut seperti berada dalam keadaan ketakutan yang teramat sangat. Aku dan anggota polis yang lain memasang pita yang berwarna kuning itu dan meminta semua pelajar bersurai supaya membolehkan kami pihak polis menyiasat.

Whistle | BLACKPINK [COMPLETE]Where stories live. Discover now