TH-41

512 67 3
                                    

Kring Kring

Kedengaran bunyi loceng menandakan waktu sudah pagi. Keadaan di dalam rumah mewah itu sunyi kerana penghuni-penghuninya masih belum bangun lagi walaupun loceng dah berbunyi. Ternampak kelibat Jennie yang masih mamai itu turun ke bawah untuk menyediakan sarapan.

Dia masuk ke dapur dan mula menyediakan sarapan. Jennie membuka kebanyakan kabinet di dapur itu. Mulutnya terlopong melihat isi di dalam kabinet.

"Wow banyaknya stok makanan. Boleh tahan lebih kurang 3 bulan ni. Tak payah beli barang." Kata Jennie sendirian.
Jennie mengambil bahan-bahan dan mula membuat sarapan ala-ala western. Bau masakannya yang semerbak itu membuatkan seluruh penghuni rumah terjaga. Lisa turun dahulu ke dapur kemudian baru Jisoo.

Lisa: Uuuu kau masak apa tu? Sedapnya bauuuu

Jennie: Aku masak ala-ala western pagi ni tapi Rosè tak boleh makan. Aku buat bubur untuk dia

Jisoo: Kesian dia makan bubur je. Kau buat la bubur ayam kat dia baru sedap

Jennie: Tak boleh. Dia tak boleh makan ayam atau daging. Nanti bisa kaki dia tu. Lambat sembuh. Buat masa ni dia kena jadi vegan

Jisoo: Jadi vegan?! Bapak tak best

Jennie: Dahla tolong aku susun pinggan pastu bawak Rosè turun

Jisoo: Lisa kau la pergi bawak dia turun. Kau kan kuat. Aku tak larat. Dia tu berat sangat. Macam gajah

Lisa: Aku rasa kau yang macam gajah

Lisa pergi ke bilik Rosè. Rosè masih tidur sedang diulit mimpi yang lena. Lisa pergi ke tingkap dan membuka langsir. Cahaya matahari masuk ke dalam bilik Rosè dan membuatkan Rosè terjaga akibat silau.

Lisa: Nyeongan, dah bangun-bangun breakfast dah siap dah tu. Gi basuh muka gosok gigi dulu

Rosè pergi ke bilik air dalam keadaan terhincut-hincut. Setelah siap mereka hendak turun ke bawah.

Rosè: Macam mana aku nak turun?

Lisa: Kau naik belakang aku

Rosè: Menyusahkan kau je. Dah la aku berat

Lisa: Badan keding macam kau ni kau kata berat? Kalau Jisoo tu memang yelah nak kata berat. Macam gajah!

Jisoo: Aku dengar tu!

Mereka berdua hanya tergelak. Lisa menggendong Rosè turun ke bawah. Ketika di tangga yang kedua last. Lisa tersadung.

Bergegar satu rumah dengan jeritan diorang berdua. Kedua-duanya terjatuh macam nangka busuk. Dahi Lisa dah benjol. Jisoo dah tergelak macam orang gila. Jennie hanya mampu menggelengkan kepala. Nasib baik Rosè jatuh atas Lisa. Kalau tak lagi parah kaki dia.

Lisa: Aduh badan aku! Aduh kepala aku! Dah benjol!

Jisoo, Rosè dan Jennie hanya tergelak mendengar rintihan Lisa. Setelah makanan sudah siap disediakan mereka mula menjamu selera.

Rosè: Tak bestnya sakit, nak kena makan bubur hari-hari

Jennie: Macam tu la aku masa bahu aku kena tembak. Makan bubur hari-hari huhu tak best wo

Jisoo: Oh ada berita nak bagitau ni, OFR bagi arahan supaya kita berhenti sekolah sebab diorang kata berbahaya sekarang ni terus sekolah kat situ

Rosè: Kenapa?

Jisoo: Penjahat tu kan satu sekolah dengan kita dan lagipun dia dah kenal kita. Kalau kita terus sekolah kat situ tak pasal-pasal kita kena bom kat situ jugak. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga kita kena berhenti sekolah

Whistle | BLACKPINK [COMPLETE]Where stories live. Discover now