TH-31

592 68 5
                                        

Pada waktu petang LE dan Minzy datang ke rumah mereka untuk berbincang tentang plan yang akan mereka lakukan.

Mereka berkumpul di ruang tamu dan terdapat sebuah tablet yang memancarkan hologram peta yang diambil oleh Jennie pagi tadi.

Minzy: Sekarang ni tujuan kita adalah untuk ambik fail Kim Jong Hyun yang terletak di bilik sulit dekat belakang balai polis ni. Tapi masalahnya sekarang ni, kawalan keselamatan kat tempat ni ketat sangat. Banyak penggera keselamatan dekat tempat tu, kalau tak hati-hati habis kita

Jisoo: Berdasarkan peta ni bilik tu berdekatan dengan pejabat. Kita tak tau jenis keselamatan macam mana diorang pakai. Jadi Rosè dengan LE, aku nak korang dua pecah masuk sistem balai polis ni dan nyahkod kan keselamatan tempat ni

LE & Rosè: Okayy

Jisoo: Yang akan pecah masuk tempat ni Lisa dengan Minzy.

Minzy: Aku? Tapi aku takut

Jennie: Bukan ke kau cadang nak pecah masuk balai polis ni? Takkan kau tak berani?

Minzy: Sebab tu aku mintak tolong korang. Korangkan The Specialist

Lisa: Macam mana kau tau kitaorang ni The Specialist?

Minzy: Actually aku sebahagian daripada kakitangan OFR. Aku cuma berkhidmat dekat bilik kawalan je

All: Haa?

Rosé: Boleh percaya ke ni?

Minzy menunjukkan ID OFR nya. Mereka berlima mengakui identiti Minzy kerana kad ID OFR mempunyai cip yang tidak boleh ditiru oleh mana-mana pihak. Keaslian ID tersebut diakui setelah diperiksa oleh Rosé dan LE melalui scanner di laptop Rosé.

Lisa: Patutlah aku tak pernah nampak. Kau LE asal tak bagitau awal-awal?

LE: Aku pun baru tahu lah

Minzy: Dan satu lagi aku ditugaskan untuk membantu korang dalam misi korang tu. Kiranya aku ni macam manager korang la. Tapi kes Seolhyun ni memang la bukan dalam misi yang kita kena buat tapi aku nak balas balik perbuatan bapak dia tu

Lisa: Aku faham tapi sekarang ni siapa yang nak jadi partner aku nanti?

Minzy: Aku rasa Jisoo boleh jadi partner kau. Dia kan skill dalam menembak

Jisoo: Kau nak aku tembak polis ke apa?!

Minzy: Takdelah, dalam balai polis tu ada beberapa tempat yang guna kunci manual jadi skill kau boleh pakai kat situ

Jisoo: Owhhh

Mereka kemudian berbincang bagaimana hendak masuk ke dalam balai polis itu tanpa dapat dikesan oleh pegawai-pegawai yang akan berada di situ.

LE: Aku dah periksa sistem balai polis tu. Ada beberapa penggera keselamatan yang tidak boleh dinyahkod secara komputer jadi nanti aku akan bagi arahan untuk korang dua macam mana nak padamkan penggera keselamatan tu

Jisoo & Lisa:Okay

Rosè: Bila kita nak mula?

Minzy: Malam ni

Pada waktu malam lebih kurang pukul 11 malam Jisoo dan Lisa berada di sebuah lorong yang berdekatan dengan balai polis itu.

Mereka berpakaian sut hitam gelap ketat dan bertopeng. Mereka memakai contact lens camera dan alat komunikasi kecil.

Whistle | BLACKPINK [COMPLETE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang