Malam Di Penjara
Keadaan di dalam penjara sudah gelap. Semua banduan sudah pun masuk tidur. Hanya Lisa dan Hyejeong sahaja yang tidak tidur lagi. Mereka hanya berbaring di katil masing-masing.
Hyejeong: Lalice...
Lisa: Hmmm
Hyejeong: Aku tertanya-tanya macam mana keadaan kat luar sana? Adakah bangunan makin membangun? teknologi makin canggih? negara makin maju? Aku tertanya-tanya
Lisa: .....
Hyejeong: Atau pun manusia semakin berubah?
Lisa: Manusia semakin berubah. Kehidupan kat luar sana tak seindah macam yang kau sangkakan sekarang. Zaman memang makin maju tapi manusia semakin berubah
Hyejeong: Aku tak tau la aku berpeluang ke tak nak tengok dunia luar tu balik. Aku dah meringkuk kat penjara ni selama 5 tahun. Aku dipenjarakan tanpa had masa. Aku dituduh bersalah sedangkan aku kebetulan je ada kat situ. Diorang takde bukti kukuh dan kesimpulannya diorang kata aku kena tahan untuk sementara waktu. Tapi aku dah penat duduk dalam ni. Aku rindu sangat dengan mak ayah aku. Aku tertanya-tanya apalah diorang buat sekarang ni? Tapi setiap bulan diorang akan lawat aku. Kadang-kadang aku rasa beruntung walaupun aku dipenjara tapi kasih sayang mak ayah aku kat aku masih ada
Lisa mendengar kata-kata Hyejeong dan hanya mampu senyap tanpa berkata apa-apa. Dia seolah-olah memikirkan sesuatu. Hyejeong yang berasakan Lisa senyap berasa pelik.
Hyejeong: Lalice...La-
Lisa: Aku...aku tak penah kenal mak aku. Sejak aku dilahirkan, aku tak pernah rasa pelukan mak aku. Aku tertanya-tanya jugak kenapa mak aku buang aku. Kenapa aku tak boleh hidup bahagia macam orang lain? Kenapa aku takde mak? Kadang-kadang bila aku tengok orang lain bersembang dengan mak dia aku rasa cemburu sangat. Aku cemburu dengan kasih sayang yang diberikan oleh seorang ibu kepada anaknya. Aku cemburu sebab aku tak pernah dapat semua tu. Aku tak pernah rasa kebahagiaan berkeluarga
Kedengaran tangisan perlahan daripada Lisa. Hyejeong berasa sebak mendengar kata-kata Lisa.
Hyejeong: Lalice...
Lisa: Tapi sejak Jisoo, Jennie dan Rosè hadir dalam hidup aku. Diorang lah penyeri hidup aku. Diorang la keluarga aku. Diorang lah yang selalu dengan aku bila aku susah dan senang. Aku rasa aku tak boleh hidup kalau aku kehilangan diorang
Untuk pertama kalinya Lisa meluahkan perasaannya. Dia berasa agak beremosi pada malam itu. Jisoo, Jennie dan Rosè yang turut melihat menangis sebak mendengar luahan hati Lisa.
Lisa: Sorry lah kalau kau terpaksa dengar cerita aku ni, aku cuma na-
Hyejeong: Takpe, kau luahkan je.Aku pun tak sangka rupanya kehidupan kau macam tu. Selama ni aku ingat aku lah orang paling malang.
Lisa: Kau patut rasa beruntung sebab kau still ada mak ayah kau. Kalau kau dah keluar dari sini kau jagalah mak ayah kau elok-elok
Hyejeong: Hmmm... Aku beruntung jugak sebab masih dapat jumpa orang baik macam kau kat dalam ni. Orang lain semua macam setan perangai
Lisa: Hahaha
Hyejeong: Tapi...
Lisa: Hmm?
Hyejeong: Ayah kau? Kau tak cerita pun pasal ayah kau?
Lisa: Ayah aku dah mati
Huejeong: Owh...sorry tanya tapi kenapa?
Lisa: Aku bunuh ayah aku
Keadaan menjadi senyap sebentar.
Hyejeong: Apa?!
Hyejeong menjerit dalam keadaan berbisik.
Lisa menceritakan segalanya kepada Hyejeong tentang pembunuhan ayahnya itu.
Hyejeong: Aku faham kenapa kau buat macam tu. Kalau aku kat tempat kau, aku pun akan buat benda yang sama. Tapi kau tak menyesal ke?
Lisa: Aku tak pernah menyesal malahan aku rasa puas hati
Hyejeong: Aku tertanya-tanya selama aku kenal kau ni. Kau dah bunuh orang yang paling berkuasa dalam jail ni and kau pun banyak kali patahkan badan orang. Siapa kau sebenarnya?
Lisa: Kalau aku nak sorok pun tak guna jugak kalau kau asyik tanya. Ok la sejujurnya aku assassin. Dan semua kes pembunuhan yang berlaku baru-baru ni semuanya aku yang buat
Tergamam Hyejeong apabila mendengar pengakuan Lisa. Dia tidak menyangka Lisa yang disangkanya innocent seorang yang agak kejam.
Hyejeong: Aku tak tau la nak terkejut ke tak memandangkan aku memang dah ada kat dalam sel yang penuh dengan banduan berbahaya ni. Tapi sejujurnya aku terkejut bila kau buat pengakuan tu sebab kau ni nampak innocent dengan-
Lisa: Baby face?
Hyejeong: Yepp. Jadi yang bersiul tu kau la?
Lisa: Ha'ah
Hyejeong: Kau ni buat aku takut je. Susah nak tidur tau tak?
Lisa: Heehe
Hyejeong: Apa motif kau bunuh banduan kat dalam ni?
Lisa: Banduan yang aku bunuh semua tu adalah permintaan daripada klien-klien aku
Hyejeong: Kiranya kau berkerja la ni
Lisa: Haah, tapi aku bukan bunuh sembarangan. Aku hanya bunuh orang-orang yang jahat je
Hyejeong: Owh untuk keadilan la ni
Lisa: Lebih kurang lah
Hyejeong: Jadi malam ni kau tak buat ke projek kau tu?
Lisa: Malam ni aku nak rehat, maybe esok kot lagipun tinggal 2-3 orang je lagi
Hyejeong: Owhh hmmm aku nak tidur dulu la nite Lalice..
Lisa: Nite Jeong
Lisa kemudiannya hanya merenung siling sebelum matanya terlelap.

YOU ARE READING
Whistle | BLACKPINK [COMPLETE]
Mistério / SuspenseJisoo,Jennie,Rosè dan Lisa baru sahaja berpindah ke Apartment Mount di Seoul.Pelbagai kejadian yang menimpa mereka sejak berpindah ke Seoul.Semakin banyak misteri yang telah terungkai sejak mereka berpindah.Mereka turut diselubungi perasaan curiga. ...