Tibalah hari dimana Jisoo, Jennie dan Rosè datang untuk melawat Lisa. Member depan rumah mereka pun turut ada sekali. Jisoo membawa ayam goreng untuk dimakan bersama-sama dengan Lisa. Lisa yang sedang leka bersembang dengan Hyejeong dan banduan-banduan lain dipanggil oleh warden.
Warden: Lalice! Kau ada pelawat yang sedang menunggu. Sila ikut aku
Lisa mengikut warden itu dari belakang. Mereka menuju ke bilik pelawat. Ramai pelawat yang berada di dalam bilik itu untuk melawat anak-anak mereka, kekasih dan rakan-rakan mereka yang berada di penjara.
Warden itu meninggalkan Lisa di dalam bilik itu. Kemudian Lisa ternampak Jennie dan lain-lain. Dia terus berlari ke arah mereka dan terus memeluk mereka.
Lisa: Wahhh aku rindu korangggg!
All: Kitaorang pun rindu kau jugak!
Lisa menitiskan air matanya kerana terlalu rindu akan member-membernya.
Jisoo: Aku bawak ayam goreng untuk kau!
Lisa: Wah lama aku tak makan!
Jennie: Dah-dah jom duduk
Yuna: Macam mana dalam ni? Ok tak?
Lisa: Boleh la takde la teruk sangat tapi macam yang korang tengok budak-budak aras aku baik-baik je
Rosè: Mesti teruk kan makanan kat sini
Lisa: Teruk gila, sikit pun takde rasa. Dah la makanan kat sini lembik-lembik. Ingat aku ni baby ke
Jennie:B ukan ke kau macam baby
Lisa: Tau la muka aku macam baby. Hah, berapa lama aku kena duduk dalam ni?
Lisa berkata dengan perlahan supaya tidak didengari oleh pengawal-pengawal yang menjaga disekeliling bilik itu
Rosé: Aku dah singkatkan tempoh masa kau, lebih kurang 2-3 minggu lagi baru kau boleh keluar
Lisa: Nasib baik. Aku taknak duduk dalam ni lama-lama
Hani: Berapa orang lagi yang tinggal?
Lisa: Tinggal tiga orang je lagi, lepas tu poof habis
Jisoo: Apa kata kau guna cincin yang aku kasi tu. Cincin tu punya effect lagi merbahaya. Aku tak tau kesan dia kat manusia lepas mati
Lisa: Nanti aku guna. Aku pun hampir terlupa pasal cincin ni
Jisoo: Kau memanggg. Owh by the way kitaorang nak cakap...
All: Happy Birthday Lisa!!
Lisa: Korang ingat birthday aku? Terharunya wei. Aku ingat takde siapa ingat birthday aku...
Rosè: Of course la kitaorang ingat
Lisa:Hadiah aku mana?
Jimin: Erghh tak malu mintak hadiah
Lisa:Kalau birthday kau, aku taknak kasi hadiah
Jimin: Ala aku gurau je. Ni hah hadiah, kau special for you
Jimin memberikan kotak hitam putih kepada Lisa. Lisa mengambil kotak tersebut dan membukanya. Tiba-tiba muka Lisa dipenuhi dengan bedak.
All:Hahahhahah
Jimin: Hahaha bapak kelakar! Jerebu satu jail!
Lisa: Kau ni memang nak kena kan!
![](https://img.wattpad.com/cover/97623277-288-k620484.jpg)
YOU ARE READING
Whistle | BLACKPINK [COMPLETE]
Misterio / SuspensoJisoo,Jennie,Rosè dan Lisa baru sahaja berpindah ke Apartment Mount di Seoul.Pelbagai kejadian yang menimpa mereka sejak berpindah ke Seoul.Semakin banyak misteri yang telah terungkai sejak mereka berpindah.Mereka turut diselubungi perasaan curiga. ...