Pada Waktu Malam
Lisa sedang bersiap-siap untuk keluar.
Jennie: Lisa, kau nak pergi mana tu? Dah malam ni. Kepala kau tu tak okay lagi
Lisa: Aku nak pergi kedai bawah ni je
Jennie: Kalau kau terserempak dengan budak-budak tu macam mana?
Lisa:Ala sekejap je tak lama pun. Kalau aku terserempak dengan diorang lagi, kau tahulah kan aku nak buat apa (sambil menunjukkan sesuatu di tangannya)
Jennie: Suka hatilah, pape roger
Lisa: Okay
Lisa keluar dari rumah dan terus pergi ke kedai. Selepas membeli barang yang dia perlukan dia berjalan pulang ke rumah.
Ketika dia berjalan pulang dia ternampak seseorang yang agak mencurigakan.
Lisa mengekori orang tersebut. Lisa berhati-hati mengekori orang itu dari jauh.
Orang itu menaiki lif menuju ke atas. Lisa menunggu untuk melihat tingkat berapa orang itu berhenti.
Lif berhenti di tingkat 10. Lisa terus menekan lif dan menuju ke tingkat 10.
Lisa keluar daripada lif. Kelibat orang itu tidak kelihatan. Tingkat 10 tidak bercahaya kerana masalah teknikal.
Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menyuluh di sekelilingnya.
Kemudian dia terdengar bunyi berdetup seperti ada sesuatu yang terjatuh. Tiga kali dia mendengar bunyi itu.
Lisa mencari punca bunyi itu dan ternampak sebuah rumah yang pintunya terbuka sedikit.
Dia mengintai ke dalam rumah tersebut daripada luar. Dalam rumah itu hanya kelihatan samar-samar dengan cahaya lampu malam.
Ketika mengintai di dalam rumah itu. Lisa tidak menyangka dengan apa yang dilihatnya.
"Biar betul?!!"
Kata Lisa dalam nada berbisik.Di Rumah Hani & The Gang
Yuna memakai baju berhood yang berwarna hitam dan seluar jeans hitam bersama dengan sneaker hitam.
Yuna kelihatan bersiap-siap untuk keluar ke rumah.
Hani: Kau nak pergi mana ni all black bagai ni?
Yuna: Macam biasa lah
Hani: Hmm awal lagi ni, belum pukul 12 pun
Yuna: Aku nak lepak dulu, nanti nak dekat pukul 12 aku buat kerja aku.
Hani: So esok macam biasalah ni?
Yuna: Yupp
Hani: Kenapalah aku ada housemate macam ni?
Yuna keluar dari rumah dan terus turun ke tingkat tiga.
Yuna memasuki bilik rahsianya dan mengambil beberapa barang.
"Hmm aku bawak kapak dengan pisau kecik ni jelah, takdelah nampak sangat. Hmm benang dengan jarum mana eh? Alamak takde, mesti kat rumah ni. Aduh baik aku beli."
Yuna meletakkan kapak di belakang badannya dan menutup dengan bajunya. Pisau pula dia letak di kaki
Yuna duduk di taman sambil meninjau-ninjau di sekeliling taman memerhatikan aktiviti-aktiviti yang mencurigakannya.
YOU ARE READING
Whistle | BLACKPINK [COMPLETE]
غموض / إثارةJisoo,Jennie,Rosè dan Lisa baru sahaja berpindah ke Apartment Mount di Seoul.Pelbagai kejadian yang menimpa mereka sejak berpindah ke Seoul.Semakin banyak misteri yang telah terungkai sejak mereka berpindah.Mereka turut diselubungi perasaan curiga. ...