TH-8

629 81 4
                                    

Pukul 12 Tengah Malam

Rosè terjaga kerana ingin pergi ke tandas. Rosè pergi ke dapur. Rosè terlihat kelibat seseorang sedang makan di dapur.

"Dah kenapa dengan Jisoo tu. Tak reti nak bukak lampu ke gelap-gelap macam tu. Bukan main lagi melantak dia tu takkan lapar lagi malam-malam macam ni?"

Kata Rosè dalam hati. Rosè pergi ke dapur untuk menegur Jisoo.

"Yah Jisoo asal kau tak bukak lampu? tak takut ke?"

Teguran Rosè tidak disambut. Rosè berasa pelik. Perlahan-lahan Rosè pergi ke arah orang tersebut.

Ketika Rosè mendekati, orang tu berhenti makan. Rosè pun berhenti mendekati.

Kemudian lembaga tersebut memusingkan kepalanya 360 darjah menghadap Rosè sambil menyeringai seram ke arah Rosè.

Mukanya terbakar dengan kulit yang telah menggelupas. Matanya terjojol sebelah manakala mulutnya berbau hanyir.

Rosè merasakan bahawa lututnya telah lembik. Kakinya bagai digam dilantai.

Rosè menguatkan semangat dan terus berlari ke dalam bilik Jisoo dan Lisa.

Rosè melompat atas katil dan baring diantara Jisoo dan Lisa. Lantas Rosè memeluk Lisa sambil terketar-ketar ketakutan. Terbantut hasratnya nak pergi ke tandas.

Lisa yang terjaga ketika Rosè melompat di atas katil berasa pelik.

Lisa: Dah kenapa kau ni?

Rosè hanya diam membatu. Lisa merasakan badannya terketar-ketar. Lisa dapat mengagak yang Rosè dalam ketakutan lantas memeluk Rosè kembali.

Dalam Masa Yang Sama Di Bilik Rosè & Jennie

Jennie yang tidur mengiring terjaga apabila dipeluk oleh seseorang. Jennie berasa agak rimas.

Jennie: Rosè panaslah, takyah ah peluk-peluk

Jennie menolak tangan orang tersebut.
Kemudian dia peluk lagi tapi kali ni dengan kaki-kaki sekali.

Jennie: Yah Rosè aku kata takyah peluk an, panas kau tau tak!

Jennie membuka mata dan berasa terkejut yang amat sangat. Badannya bagai dikunci kerana ketakutan yang amat sangat.

Muka makhluk tu betul-betul di hadapannya. Dengan mulut
yang terkoyak menampakkan tulang.
Makhluk tu menyeringai ke arahnya.

Rongga matanya dipenuhi ulat. Baunya tersangatlah busuk sehingga menyebabkan Jennie berasa hendak muntah.

Jennie menutup matanya kembali kerana tak sanggup melihat wajah makhluk tersebut.

Jennie dapat merasakan nafas makhluk tu di depan mukanya. Tiba-tiba makhluk tu bersuara. Suaranya sungguh menyeramkan.

"Kenapa tutup mata tu...
Hihihihihi!!!"

Makhluk tu mula mengilai. Jennie mengumpul kekuatannya dan terus berlari ke bilik sebelah.

Jennie menutup pintu dan terus melompat disebelah Lisa. Dipeluknya Lisa sekuat hati sambil terketar-ketar ketakutan

Lisa sekali lagi terjaga.
Badannya kini dipeluk oleh dua orang yang terketar-ketar ketakutan.

Sambil tu mereka mendengar hilaian di bilik sebelah. Hilaian tu teramatlah kuat sehingga membuatkan Jisoo terjaga.

Jisoo yang tersedar tu lantas memeluk Rosè yang berada disebelahnya.

Jisoo pun ketakutan mendengar hilaian tersebut.

Semakin lama semakin kuat bunyi hilaian tu. Seolah-olah makhluk tu berada di depan bilik mereka.

Kemudian hilaian tu terhenti. Tombol pintu bilik mereka dipulas-pulas bagaikan ada orang yang hendak memasuki bilik mereka.

Nasib baik Jennie siap kunci pintu lagi. Pastu pintu bilik mereka diketuk-ketuk dengan kuat.

Tak lama lepas tu ketukan tu berhenti tapi diganti dengan bunyi siulan yang mendayu-dayu lagi menyeramkan.

Mereka semua terjaga dan tak dapat tidur balik. Mereka berpelukan sehingga masing-masing taknak lepaskan.

Bunyi siulan itu berlarutan sehingga pukul 3 pagi. Setelah itu baru mereka semua dapat tidur kembali.

Keesokan harinya mereka semua tidak ke sekolah kerana tak cukup tidur.

Gara-gara diganggu makhluk seram tu.
Rosè dan Jennie trauma nak duduk bersendirian.

Sepanjang hari tu mereka mengikut sahaja
Lisa dan Jisoo. Ke dapur Lisa dan Jisoo ke situlah diorang ikut.

Ke ruang tamu diorang pun follow sekali. Ke tandas...

Lisa: Korang dah kenapa ikut masuk tandas sekali ni? Aku sakit perutlah. Dah shoosh shoosh keluar jangan kacau aku. Gi duduk dengan Jisoo tu kat luar. Haishh kat tandas pun nak ikut ke

Membebel Lisa melihat kerenah akan dua rakan baiknya itu.

Di Ruang Tamu

Lisa: Dah kenapa semalam korang dua naik atas katil aku?

Rosè: Aku kena kacau kat dapur. Mula-mula aku ingat Jisoo tapi rupanya benda lain

Jennie : Aku pulak masa tengah tidur tu, ada orang peluk aku, ingat Rosè rupanya benda lain. Tepat-tepat depan muka aku.

Lisa: Patutlah semalam bukan main sakan lagi dia nak usik kita. Kuang hajo punya setan

Jisoo: Aku tak perasan pulak korang ada atas katil. Aku terjaga pun sebab terdengar orang mengilai. Aku ingat aku peluk Lisa malam semalam

Lisa: Takde nya, dua ekor ni hah yang bertempek dengan aku semalam. Sesak nafas aku dibuatnya

Rosè: Kau tau kan aku macam mana. Penakut. Nasib baiklah kena sampuk pun tak demam

Lisa: Hah kau Jen bukan kau ni berani ke?

Jennie: Aku terkejut kot semalam, tak pernah-pernahnya aku tengok dekat macam tu tup tup dia terpacul depan muka aku. Mana tak takutnya. Nak jatuh jantung aku tau tak

Lisa: Nasib baiklah aku tak kena

Jennie: Kau kalau dah kena baru tau. Kecut kau nanti

Lisa: Kau ingat aku penakut?

Rosè&Jisoo: Untung la kau bukan penakut

Jennie: Yelah tau la kau berani erghh dah la malas la aku layan kau

Whistle | BLACKPINK [COMPLETE]Where stories live. Discover now