Minzy P.O.V
"Hai Cikgu Kim."
Aku berkata kepada lelaki tu."Atau lebih tepat lagi Kim Jong Hyun."
Kata Lisa.Aku tak sangka yang rupanya selama ni Cikgu Kim adalah ayah kepada Seolhyun .Fizikalnya sama sekali berubah. Daripada seorang yang keding kepada yang sado. Mukanya berubah sikit sebab workout.
"Tak sangka betul aku, seorang pembunuh yang lari dari penjara kembali dekat sini. Memang bijak sebab polis takkan syak yang kau akan kembali ke sini." Kata Jennie kepada Cikgu Kim. "Korang nak apa hah dari aku?!" Jerit Cikgu Kim. "Aku nak balas balik apa yang kau dah buat dekat Seolhyun selama ni!" Jerit aku kepada Cikgu Kim.
Aku memandang Cikgu Kim. Pandangannya yang daripada panik menjadi renungan yang tajam. Kemudian dia menyeringai.
"Korang nak bunuh aku? Haha kelakar, sumpah kelakar! Budak-budak hingusan macam korang nak bunuh aku hahaha tak mungkin. Korang tak mampu nak lawan aku"Serentak dengan itu aku nampak Cikgu Kim menunjukkan tangannya yang sudah terlepas daripada ikatan tali. "Aduh baik tak payah ikat kalau tak pandai."
Kata Cikgu Kim."Ma-macam mana?"
"Tak sangka betul aku, macam mana korang boleh perasan? Aku rasa aku dah buat sebaik mungkin untuk sorok identiti aku."
"Kau tak cukup bagus lagi untuk rahsiakan identiti kau. Orang bodoh je tukar nama belakang. Patutnya kau tukar keseluruhan nama kau. Aku tak heran la kalau kau ni ahli The Skull." Kata Jennie kepada Cikgu Kim.
"Macam mana kau tau aku ahli The Skull?!"
"Aku tahu semuanya. Aku takkan biar kau hidup selepas kau bunuh Seolhyun. Aku akan pastikan hidup kau merana." Desis aku.
"Budak mentah macam kau ni nak bunuh aku. Kenapa kau tak bunuh aku awal-awal masa aku ambik Seolhyun. Dasar pengecut. Kau tak layak selamatkan dia sebab dia tak pernah layak untuk hidup. Dia cuma anak sampah yang dah bunuh isteri aku!"
"Kau la orang paling bangang pernah aku jumpa. Ada otak tapi tak reti nak pakai. Bini kau selamatkan Seolhyun sebab dia sayangkan Seolhyun! Seolhyun bukan penyebab kematian bini kau!
"Dia penyebab kematian bini aku! Dia takkan mati kalau dia tak selamatkan Seolhyun. Aku rela budak sial tu mati daripada bini aku yang mati! Dia tu bawak sial dalam hidup aku!"
Aku berasa geram sangat dengan kata-kata mamat sialan ni. Baru je aku nak terkam mamat ni tiba-tiba Lisa bersuara.
"Daripada aku dengar kau membebel baik aku bunuh kau terus." Aku tengok Lisa mengeluarkan pisau yang mempunyai banyak gerigi tajam. Aku rasa tu pisau rambo.
Aku melihat ke arah Cikgu Kim.Dia kelihatan agak terkejut melihat Lisa dengan pisau rambo itu. Dengan tak semena-mena aku dipegang oleh Cikgu Kim.
"Kau dekat dengan aku, aku bunuh member kau ni!" Dia memegang leher aku dengan agak kuat. Aku mula rasa sakit yang amat sangat akibat genggamannya yang terlalu kuat itu.
"Dasar pengecut."
Lisa membaling pisau itu dan ianya terpacak di lengan Cikgu Kim. Serentak dengan itu Cikgu Kim melepaskan genggamannya dari leher aku. Aku ditarik oleh Jisoo menjauhi Cikgu Kim.
"Arghhhh!! Tangan aku!" Jerit Cikgu Kim.
Dia terduduk di atas lantai sambil memegang tangannya. Jisoo kemudian mengeluarkan pistol senyap dan menembak kedua-dua bahu Cikgu Kim.
Cikgu Kim menjerit dengan lebih kuat."Ko-korang ni siapa hah sebenarnya arghhh!!"
Lisa memijak tangan Cikgu Kim sambil menarik pisau itu dari tangan Cikgu Kim.

ANDA SEDANG MEMBACA
Whistle | BLACKPINK [COMPLETE]
Mystère / ThrillerJisoo,Jennie,Rosè dan Lisa baru sahaja berpindah ke Apartment Mount di Seoul.Pelbagai kejadian yang menimpa mereka sejak berpindah ke Seoul.Semakin banyak misteri yang telah terungkai sejak mereka berpindah.Mereka turut diselubungi perasaan curiga. ...