TH-27

560 74 1
                                    

Rosè P.O.V

Sejak kitaorang pindah ke sini 3 bulan yang lalu, macam-macam perkara yang dah berlaku. Apartment berhantu la, pembunuhan lah dan sekarang ni Lisa dalam penjara.

Kitaorang berpindah ke Geumdo adalah untuk menjalankan misi, tapi tulah, bila masalah lain yang datang. Misi utama terabai. Selepas Lisa dibebaskan. Kitaorang akan fokus kepada misi yang diberikan.

Jadi, aku sebagai wakil kepada cerita ni akan beritahu korang semua tentang profesion kitaorang.

Aku merupakan seorang hacker. Kesemua kod, aku dapat pecahkan. Aku tahu segala data rahsia kerajaan dan dunia. Untuk menjadi seorang hacker tidak mudah. Paling penting bagi seorang hacker adalah otak. Aku merupakan seorang genius yang mempunyai IQ lebih daripada 200. Turut merupakan genius iaitu member-member aku.

Aku  diberikan latihan yang rumit untuk dijadikan seorang hacker. Aku tak tau kenapa dipanggil organisasi gelap atau lebih tepat lagi dipanggil OFR (Organization For Specialist)

Tapi prestasi kitaorang berempat dekat OFR yang paling bagus. Tujuan OFR adalah untuk mengambil budak-budak yang pernah membuat kesalahan jenayah untuk kali pertama.

OFR merancang untuk melahirkan pakar-pakar yang dapat menegakkan keadilan.
Tetapi OFR lebih menumpukan perhatian kepada kitaorang kerana adalah pakar-pakar yang paling istimewa.

Aku tak tau istimewa macam mana tapi kitaorang selalu diberikan latihan yang rumit dan sukar untuk diselesaikan. Tetapi kesemua latihan yang diberikan itu kitaorang dapat selesaikan dengan mudah.

Aku tak pernah cerita macam mana kami semua boleh lakukan jenayah. Jadi aku akan menceritakan segalanya tentang kami berempat.

Aku diambil OFR sebab macam yang korang tahu aku bom sebuah bank besar. Aku bom bank tu untuk suka-suka je tapi tak tau la pulak kena ambil dengan OFR.

Aku bom bank tu dengan hanya menggunakan laptop aku je. Satu click and then kebabom! Aku orang first yang masuk ke OFR di kalangan member-member aku.

Masa mula-mula masuk tu memang ramai budak-budak kat OFR tu. Mereka semua memang skill-skill belaka. Aku terpesona dengan kehebatan mereka. Tapi tiada seorang pun dari mereka yang menjadi seorang pakar lagi.

Aku sebenarnya ada parents tapi aku tak suka sebab diorang selalu paksa aku belajar. Memang benda biasa kalau parents suruh belajar tapi aku punya schedule terlalu padat.

Hampir setiap masa aku disuruh belajar. Aku hanya boleh rehat selama 30 minit sahaja. Kalau aku tak belajar aku memang akan kena lempang dengan mak ayah aku.

Sebelum ayah aku pergi kerja, dia akan suruh aku hafal satu bab sejarah dan bila dia balik dari kerja dia akan soal aku. Kalau aku tak dapat jawab dia akan lempang aku.

Aku benci diperlakukan macam tu setiap kali. Actually bank yang aku bom tu milik keluarga aku. Disebabkan rasa benci yang membuak-buak dalam diri aku. Aku ambil keputusan untuk membankrapkan mak ayah aku.

Aku anak orang kaya dan boleh dikatakan sentiasa berduit sepanjang masa.T etapi sejak aku bom bank keluarga aku. Mereka jatuh muflis. Aku suka sangat.

Tak lama lepas tu aku diambil OFR. Mak dengan ayah aku tak tahu. Mungkin mereka fikir aku dah hilang. Tapi yang sedihnya diorang tak cari aku balik.

Lantaklah janji aku dah ada family baru yang lebih memahami aku dan aku boleh buat sesuka hati aku.

Jennie Kim diambil oleh OFR sebab dia seorang Pick Pocket. Dia sering mensasarkan golongan kaya dan mencuri dari mereka. Boleh dikatakan dia agak cekap jugak sebab dia tak pernah ditangkap.

Whistle | BLACKPINK [COMPLETE]Where stories live. Discover now