TH-60

501 58 1
                                    

Hari cuti dah bermula.Mereka akan bercuti selama seminggu jadi tiada hari sekolah yang membosankan.Masing-masing sekarang ni tengah sibuk bersantai.Mereka langung tidak tahu akan kehancuran OFR yang berlaku.

Lisa:Aku nak pergi beli breakfast ni! Korang nak apa?

Jisoo:Aku nak chicken!

Rosè:Aku tak kisah

Jennie:Sama la

Lisa kemudian mengambil kunci keretanya dan terus pergi ke bandar.Selepas sahaja dia membeli makanan,dia singgah di sebuah galeri pameran kaca.Galeri tersebut membuat pembukaan untuk kali pertama.

Dia meninjau-ninjau disekeliling kawasan sambil matanya tak lekang melihat ukiran-ukiran yang menakjubkan. Ramai orang yang berada di dalam galeri tersebut.Ketika dia sedang sibuk mengagumi ukiran-ukiran tersebut ada seseorang mendekati Lisa.Dia kemudiaannya berdiri disebelah Lisa.

"Cantik kan," kata seseorang itu.

"Lawa,kreatif betul orang buat ukiran ni," jawab Lisa tanpa memandang muka orang tersebut.Matanya masih memandang ukiran tersebut.Kemudian dia berasa seperti dia pernah mendengar suara orang itu,dia memandang muka orang itu.

"LE?!" Lisa menjerit kecil.Dia mulanya mahu memeluk LE tapi kemudian dia perasan sesuatu yang berbeza tentang LE.Mata LE berwarna ungu pekat dan pandangannya kelihatan kosong.Ekspresi mukanya pun kelihatan lain seolah-olah itu bukan dirinya.

"Kau buat apa kat sini?" Tanya Lisa.Dia mula berasa tidak sedap hati.Dia mula berwaspada."Aku datang nak...bunuh kau," LE mengacukan pistol di perut Lisa.Belum sempat LE menarik picu,Lisa merebahkan dirinya dan menyepak kaki LE.LE terjatuh tapi tangannya masih memegang pistol.
Lisa kemudian bangun dan menyorok di belakang sebuah pameran.

Dia menjengukkan kepalanya sedikit dan melihat LE mengacukan pistol ke arahnya.LE menembak tetapi tersasar.Peluru terkena pameran kaca,habis berderai kaca di atas lantai.Orang ramai yang berada di dalam pameran mula menjerit ketakutan apabila mendengar bunyi tembakan dilepaskan.Masing-masing berlari menyelamatkan diri.

Lisa menolak kotak pameran ke arah LE tapi berjaya di elak olehnya.LE melepaskan tembakan bertalu-talu tapi berjaya di elak oleh Lisa.Lisa menyumpah dirinya kerana tidak membawa sebarang senjata bersamanya.

LE terus menembak tapi kesemua tembakannya tersasar.Habis kesemua pameran kaca hancur berderai di atas lantai.Lisa kemudiannya berlari menuju ke pintu keluar dan pergi ke arah keretanya.LE mengejar Lisa dari belakang.

Lisa membuka pintu kereta tapi belum sempat dia masuk ke dalam kereta LE menariknya dari belakang dan menumbuknya di muka.Lisa tersandar di keretanya.LE kemudiannya mengacukan pistol ke muka Lisa dan menembak tapi Lisa sempat mengelak.

Dia merampas pistol dari tangan LE dan menembaknya di bahu tetapi sempat di elak oleh LE.Tanpa disedari LE,dia ditumbuk di perut sehingga tersandar di dinding bangunan.Ketika dia cuba bangun,Lisa mengambil peluang dengan melarikan diri terlebih dahulu.

Dia memandu keretanya dengan laju.Dia melihat dari cermin pandang belakang dan melihat ada dua buah kereta Nissan GTR hitam dan dua buah motorbike hitam mengekorinya dari belakang.Kelihatan ada pistol di tangan penunggang motor.

Lisa memecut dengan lebih laju.Kemudian dia ditembak dari belakang.Peluru menembusi cermin hadapan.Lisa mengurut dadanya tanda lega kerana nyaris-nyaris terkena kepalanya.Bertalu-talu tembakan dilepaskan.Lisa menundukkan kepalanya.

Kemudian kedua-dua Nissan GTR merapati keretanya.Keretanya tersepit di antara kedua-dua kereta hitam tersebut.Dia melihat di kedua-dua tingkap dan melihat ada dua orang lelaki mengacukan pistol ke arahnya.Keadaan seolah-olah seperti gerakan perlahan.Lisa yang dapat melihat kelajuan kedua-dua peluru tersebut membuat tindakan drastik.Dia terus menekan brek pedal.Serta merta keretanya menjadi perlahan.Peluru yang sepatutnya menembusi kepalanya menembusi kepala kedua-dua orang lelaki tersebut.

Whistle | BLACKPINK [COMPLETE]Where stories live. Discover now