TH-66

632 63 8
                                    

Bunyi kicauan burung yang kedengaran pada waktu pagi menyenangkan hati Jisoo yang masih berada di atas katil hospital.Sudah sebulan dia ditahan wad kerana kecederaan yang dialaminya.Dia teringat kembali kejadian yang berlaku sebulan lalu dimana dia dan rakan-rakannya yang lain cuba untuk menghentikan mutan-mutan yang berbahaya itu

"Haih,aku tak boleh bayang apa jadi sekarang ni kalau semua makhluk-makhluk tu terlepas," kata Jisoo sendirian. Kedengaran bunyi pintu bilik wadnya dibuka, Jennie dan Rosé masuk ke bilik dengan senyuman yang lebar.

"Dah kenapa tersengih semacam je korang ni?" Tanya Jisoo."Kau dah boleh keluar wad hari ni," Jawab Rosé dengan nada yang ceria."Baguslah,aku dah bosan terperap dalam bilik ni tak buat apa-apa,dengan kaki akunya yang sebelah dah tak ada,nak berjalan pun susah," Kata Jisoo.

"Tongkat kan ada,kenapa kau tak guna?" Tanya Jennie."Aku malas la,aku lagi suka duduk dalam bilik ni,Lagi best!" Kata Jisoo."Kau ni kata tadi bosan lepas tu best pulak,macam-macam hal la kau ni," Kata Jennie.

"Dah la,aku nak pergi tukar baju.Nanti kalau aku dah siap aku panggil," Kata Jisoo.Mereka berdua hanya menganggukkan kepala sahaja.

Setelah Jisoo menyiapkan diri,mereka bertiga pulang ke rumah.Sebelum itu,mereka singgah di sebuah restoran makanan segera untuk dibawa pulang ke rumah.

>>>>≥>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

"Ho ho ho,Home Sweet Home!" Jerit Jisoo.Kemudian kepalanya diketuk oleh Jennie."Aduh sakit la,yang kau ketuk kepala aku tu kenapa?" Tanya Jisoo sambil menggosok kepalanya yang kesakitan."Aku saja je,dah lama tak ketuk kau hahahahah," Jawab Jennie."Mana Lisa?" Tanya Jisoo sambil matanya melilau sekeliling rumah.
"Ohh dia..." Suara Rosé tiba-tiba menjadi nada yang sedih."Dia kenapa?!" Jisoo mula menjadi cuak."Dia....dia masih tidur tak reti-reti nak bangun lagi," Rosé berkata sambil menahan gelak."Kau kan,nasib aku tak boleh bangun.Kalau tak memang aku dah kerjakan kau dah!" Kata Jisoo.

"Alah aku gurau je aduh kau ni," kata Rosé.
"Aduh apa bising-bising ni? Kacau betul la aku nak tidur pun tak senang," Kelihatan Lisa yang masih mamai dengan baju pajamanya sambil menggosok mata."Tidur apa kau! Dah tengahari nak membuta lagi," Kata Jisoo.Lisa yang mendengar suara Jisoo terus membuka mata dengan luas."Jisoo?!"Lisa terus berlari ke Jisoo dan memeluk Jisoo sekuat hati."Wohoo kau dah keluar wad yeahhh!" Jerit Lisa dengan riang.

"Kau ni dah la dengan tak mandinya pergi peluk aku pulak,Busuk la woi!" Kata Jisoo.Lisa hanya tersengih macam kerang busuk.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Jennie P.O.V

Dah sebulan sejak kejadian itu berlaku,ingatan aku masih segar tentang segala apa yang telah kitaorang lalui.Bila diingatkan balik,memang segala mission yang kitaorang buat itu adalah salah.Semua maklumat yang diberikan adalah palsu.Tapi benda dah jadi nak buat macam mana. Kalau dikenang balik pun menyakitkan hati je.Tapi sekarang keadaan pun dah semakin pulih.Kehidupan kitaorang pun akan menjadi norm-

PRANGGG!

"Woi Lisa! Apahal dengan kau?" Kedengaran suara Jisoo menempik kepada Lisa."Tangan aku buat masalah lagi lah arkk!" Tiba-tiba suara Lisa seperti kena cekik."Weh Lisa!" Jerit Jisoo.

Aku segera bergegas pergi ke arah ruang tamu.Kelihatan Lisa sedang mencekik dirinya."Weh Lisa apahal dengan kau ni?!" Aku cuba tarik tapi genggaman dia kuat sangat.Tangan dia macam ada yang tak kena.Muka Lisa mula biru.Aku dah panik dah ni.Aku cuba tarik lagi dan kali ni berjaya tapi tiba-tiba Lisa cuba tumbuk aku.

Whistle | BLACKPINK [COMPLETE]Where stories live. Discover now