TH-64 (Last Mission I)

484 58 20
                                    

Jisoo menjengukkan kepalanya kembali setelah dia pasti bahawa lif tersebut sudah jauh turun ke bawah.Dia melihat sekeliling dan melihat ada tangga di sebelah lubang udara yang mereka berada.Dia mengarahkan supaya Jennie,Rosé dan Lisa mengikutnya.

Jisoo terlebih dahulu memanjat tangga diikuti dengan Rosé,Jennie dan Lisa.Mereka terus memanjat ke atas.Sedang mereka memanjat ke atas tiba-tiba mereka berasa tangga itu bergegar.Lisa melihat ke bawah dan melihat ada sebuah lif sedang laju naik ke atas.

"Panjat cepat! Cepat!" Lisa menjerit dari bawah.Mereka yang berada di atas segera memanjat dengan pantas.Jisoo yang berada di hadapan sekali mempercepatkan langkahnya.Dia ternampak sebuah lubang udara dan segera memanjat masuk."Rosé! Cepat!" Jisoo menghulurkan tangannya dan segera menarik Rosé ke dalam.

Lif itu semakin bergerak laju ke atas.Lisa tahu yang dia tidak akan sempat naik ke atas jadi dia segera merapatkan dirinya dekat dengan tangga."Jennie,rapatkan diri dengan tangga! Sekarang!"

Lisa merapatkan diri serapat-rapatnya dengan tangga."Arghhhh!!" Kedengaran suara jeritan yang berada dalam kesakitan."Jennie!!!"

Kelihatan Jennie sedang mengerut menahan sakit.Belakang badannya tersagat dengan lif yang sedang laju naik ke atas.Terdapat koyakan yang besar di belakang badannya.Darah membuak-buak dengan begitu banyak sekali.

Mereka mula berasa risau yang teramat sangat.Lisa segera memanjat ke atas dan memegang Jennie supaya dia tidak terjatuh.
Jisoo dan Rosé segera menarik mereka berdua masuk ke dalam lubang udara sebelum lif tersebut turun semula.

Rosé memeriksa kecederaan yang dialami oleh Jennie.Dia mengoyakkan lengan bajunya dan segera membalut luka Jennie bagi menghentikan pendarahan.Mereka berehat sebentar sebelum memulakan perjalanan mereka kembali.

"Jom gerak,kita dah tak ada banyak masa dah ni." Kata Jennie."Tapi belakang kau-"
"Takpe,jangan risau.Sikit je ni,kita kena cepat keluar dari sini." Kata Jennie lagi.Mereka semua menganggukkan kepala dan meneruskan perjalanan.

Mereka terus merangkak sampai ke hujung lubang udara.Kelihatan ada sebuah lubang di bawah.Lisa mengangkat penutup lubang itu dan mereka semua terus turun kebawah.

Click Click Clack!

Kedengaran bunyi picu senjata api ditarik.Mereka berempat kini dikelilingi oleh sekumpulan tentera bersut putih yang sedang mengacukan senjata ke arah mereka yang bersedia untuk menembak mereka.

Peluh mula menitis dari dahi Lisa.Dia tidak menjangkakan akan ada sekumpulan tentera sedang bersiap sedia untuk membunuh mereka berempat.Lisa memandang Jisoo.Jisoo turut memandang Lisa.Mata mereka sedang berkomunikasi.Lisa memberikan isyarat kepada Jisoo,Jisoo yang faham akan isyarat Lisa mengelipkan matanya sedikit.

Ketika jari tentera-tentera itu hampir menarik picu,Lisa segera menarik tangan salah seorang daripada tentera tersebut dan mematahkan lengannya.Serentak dengan itu,Jisoo,Rosé dan Jennie segera menyerang tentera-tentera yang lain.Mereka mengeluarkan senjata mereka dan menembak tentera-tentera tersebut dengan sekali tembakan.

Kemudian semakin ramai tentera yang muncul dari arah lain.Mereka berempat berhempas-pulas menyerang tentera-tentera tersebut.Jisoo dengan kemahiran menembaknya menembak tentera-tentera itu dikepala tanpa belas kasihan.Jennie menyerang mereka dengan mengelar leher mereka dan menikam mereka di kepala bertubi-tubi.Rosé pula menembak mereka di kaki dan memberikan sepakan padu di badan mereka sehingga kaki Rosé tembus pada badan tentera-tentera itu.

Ketika mereka sedang leka berlawan tiba-tiba satu tembakan dilepaskan ke arah Lisa.Tembakan tersebut terkena pada lengan Lisa tapi peluru tersebut kembali terpelanting.Lisa mengeluarkan senjatanya dan mula menembak bertubi-tubi ke arah tentera-tentera tersebut.Kesemua tentera itu rebah.

Whistle | BLACKPINK [COMPLETE]Where stories live. Discover now