TH-47

453 60 7
                                    

Lisa P.O.V

Setelah beberapa lama pengsan akhirnya aku terjaga. Pandangan aku berpinar-pinar dan kepala aku sakit. Banyak darah dekat muka aku. Aku mendapati bahawa aku terikat di atas sebuah kerusi. Aku menoleh ke kiri dan kanan tetapi rakan-rakan aku semuanya tiada. Baru aku sedar aku berada di dalam bilik yang berlainan. Aku cuba melepaskan diri tapi tak boleh kerana aku diikat dengan rantai.

Sedang aku bergelut cuba nak melepaskan diri dari rantai yang mengikat aku tiba-tiba terdengar bunyi kata laluan dimasukkan dan pintu terbuka. Ada seseorang yang berserba hitam dan berhoodie masuk ke dalam bilik. Aku tak nampak rupanya kerana hoodie yang dipakainya terlalu besar. Tapi aku kenal siapa manusia ni. Tersangat lah kenal

''Heh, nampaknya kau dah bangun. Aku rasa aku tak hentak kepala kau dengan cukup kuat.'' Kata manusia yang berhoodie itu.

''Jadi rupa-rupanya selama ni kau lah dalang yang nak hapuskan OFR... Minzy.'' Kata aku. 

''Oh?! Kau dah nampak muka aku rupanya. Ya memang aku dalang untuk hapuskan OFR. Dan akulah orang yang nak hapuskan korang The Specialist.'' Kata Minzy.

Tak guna! Selama ni rupanya dia lah yang nak hapuskan OFR. Tapi macam mana dia boleh hidup lagi? Bukan ke dia dah mati? Dan apa yang pasti dia mesti orang yang memulakan kebakaran di Apartment Mount dan membunuh LE.

''Apa yang kau nak hah?! Kenapa kau nak hapuskan kitaorang?! Apa motif kau hah?! Jerit aku.

''Motif? Hmmm rasanya aku takde motif. Eh jap! Aku ada motif. Motifnya ialah aku nak jadi orang yang paling berkuasa kat dunia ni dan sebarkan sebanyak mungkin kejahatan."

"Tak guna! Kau ni ak-" Minzy terus menyumbat mulut aku dengan kain. Aku tak sempat nak menghabiskan kata-kata aku.

"Aku tak suka la orang yang banyak cakap ni. Daripada dengar kau membebel baik aku bunuh kau dulu sebab kau kan ahli The Specialist NUMBER ONE. Tapi aku tak nak kau mati awal jadi aku nak seksa kau perlahan-lahan supaya kau merasai kematian dengan amat seksa sekali. Tapi sebelum tu.... aku nak tunjuk member-member kau dulu sebelum kau mati. Yelah takut kau rindu diorang pulak dekat dalam sana nanti."

Minzy menekan butang yang berada di tangannya dan serentak dengan itu dinding di dalam bilik itu berpusing. Kelihatan tiga orang manusia yang melekat di dinding dalam keadaan menyayat hati.

Kedua-dua tangan dan kaki mereka telah tiada.Yang tinggal hanyalah badan dan kepala sahaja. Lisa berasa jantungnya telah gugur apabila melihat keadaan Jisoo, Jennie dan Rosè.

"Lisa....." Suara mereka kedengaran sungguh lemah memanggil nama Lisa. Lisa meludah kain daripada mulutnya.

"Jisoo, Jennie ,Rosè.... Kau buat apa kat diorang hah?! Aku tak akan maafkan kau!!" Jerit Lisa. Lisa cuba bergerak tetapi tidak boleh. Badannya kaku tidak bergerak

"Diorang tak mati lagi. Aku cuma potong tangan dengan kaki diorang je. Bukannya apa pun. Tapi lambat laun diorang akan mati jugak. Cuma... aku nak kau yang mati dulu sebelum diorang. Aku nak diorang tengok kau mati supaya diorang tau yang penyelamat diorang tak dapat selamatkan diorang dah."

"Aku tak akan lepaskan kau. Aku akan pastikan kau mati dalam tangan aku!" Kata Lisa sambil mengetap gigi dengan marah.

"Macam mana kau nak bunuh aku? Hahaha kau tengok la diri kau tu, dah terikat sana sini. Dan tak mungkin untuk kau bergerak sebab cecair tu dah meresap masuk dalam badan kau. Kelakar la kau ni hahaha!."

"Aku- arghhhhhh!!" Jerit Lisa kesakitan yang teramat sangat. Dalam masa yang sama dia terkejut.

Minzy telah menetak kaki Lisa dengan kapak yang tersangat tajam. Tercacak kapak tersebut di betis Lisa. Darah keluar dengan membuak-buak. Kemudian Minzy menghiris pipi Lisa dengan pisau kecil yang tajam.

"Ooo kau terkejut ke? Aku dah buang sut kau tu masa kau pengsan. Aku dapat agak kau akan pakai sut macam tu. Mesti sakit kan?" Minzy bertanya dalam nada yang meluat. Minzy kemudiannya menetak kesemua anggota badan Lisa hingga hampir tercabut. Darah memercik di merata tempat. Lisa tak mampu menjerit kerana kehilangan tenaga dan suara. Keadaan Lisa sungguh menyayat hati. Minzy menjilat darah yang berada di kapak.

"Akhirnya ini lah saat-saat yang paling aku tunggu sekali. Kepala engkau, bila dimana kapak ni mendekati leher kau dengan sekali tetak. GAME OVER."

Minzy memegang kapak itu dan mula menghayunkan kapak tersebut ke leher Lisa. Lisa hanya memandang kapak itu tanpa sebarang perasaan. Dengan sekali hayunan kapak itu terus...

SLASHHHH

"Arghhhhhhhhhh!!!" Kedengaran jeritan yang kuat bergema di sekitar kawasan tersebut. Kapak yang dihayun jatuh ke atas lantai. Semua yang berada di dalam bilik tersebut terkejut dengan apa yang telah berlaku. Kelihatan Minzy terduduk sambil memegang tangan kanannya yang telah tiada. Dia menjerit kesakitan.

"Heh..hehe..hee," kedengaran suara kecil Lisa yang sedang ketawa kecil melihat keadaan Minzy.

"Maaf, aku tak datang dengan lebih awal." Kata seseorang. Minzy mengangkat mukanya dan melihat seseorang sedang bersandar di daun pintu. Minzy terkejut melihat orang tu.

"LE?!" Kata Minzy. "Supriseee! Eh terkejut? Terkejut tengok aku masih hidup?" Kata LE.
Minzy berasa geram yang teramat sangat. Dia mengambil kapak yang terjatuh itu dan terus meluru ke arah LE. LE mengeluarkan sesuatu dari poketnya dan membaling ke arah Minzy. Minzy jatuh terduduk. Kali ini tangannya yang sebelah lagi telah tiada. Minzy menjerit kesakitan. LE mendekati Minzy dan menumbuk Minzy di muka.

Satu tumbukan

"Ni untuk dendam aku!"

Dua tumbukan

"Ni untuk pembelot macam kau!"

Tiga tumbukan

"Dan yang ni untuk kawan-kawan aku!!"

Selepas tumbukan yang ketiga Minzy terus rebah ke lantai. Serentak dengan itu seluruh pasukan dari OFR menyerbu masuk ke dalam bilik tersebut. Mereka menangkap Minzy dan membawa dia keluar dari bilik tersebut. Jisoo, Jennie, Rosè dan Lisa dibawa keluar dengan segera kerana kehilangan darah yang amat banyak.

LE melihat mereka dibawa keluar dengan perasaan simpati yang teramat sangat. Mereka semua dibawa ke pangkalan OFR yang berdekatan dan diberikan rawatan. "Maafkan aku sebab tak sempat nak selamatkan korang dari awal." Bisik LE dengan perlahan.

Whistle | BLACKPINK [COMPLETE]Where stories live. Discover now