Seminggu Kemudian
Apartment Mount gempar dengan kejadian pembunuhan di tingkat 10. Mayat seorang lelaki gempal telah dipotong kepalanya dan badannya telah dirobek dan terdapat gunting yang tercacak di atas jantung mayat tersebut.
Kes pembunuhan seperti ini telah berlaku sejak beberapa bulan yang lalu. Polis mengesyaki bahawa kes ini adalah pembunuhan bersiri.
Tapi sampai sekarang pembunuhnya tidak dapat dicari dan dikesan. Sebarang kesan tidak dapat dicari kerana cara pembunuhannya sangat kemas tanpa ditinggalkan apa-apa bukti.
Jisoo, Jennie, Rosé dan Lisa terkedu mendengar berita yang disampaikan di kaca televisyen itu.
Lisa: Aku pernah baca pasal kes yang macam ni, dan aku memang syak pembunuh ni orang yang sama sebab cara dia lakukan pembunuhan tu sebijik dengan apa yang berlaku kat tingkat atas
Rosé: Apa motif dia bunuh orang ni hah?Kebanyakannya lelaki lah yang kena perempuan sikit je
Jennie: Entah la, seronok sangat kot bunuh orang, tu yang asyik nak bunuh tu, dah jadi hobi kot bunuh orang
Jisoo: Seronok lah tu, tengok darah terpercik sana sini. Aku nak bunuh orang pun kalau terpaksa jelah. Nak lukakan diri sendiri pun aku tak berani
Lisa: Tapi apa yang aku dengar dari orang lah kan, ramai orang tak suka dengan mamat yang kena bunuh tu
Jisoo: Sebab apa?
Lisa: Dengar cerita mamat tu suka ganggu anak dara orang. Macam-macam lah aku dengar. Ada yang kena peluk, yang kena raba, yang kena cium pun ada
Rosé: Ishh bapak gatal sia. Nasib baik aku tak kena macam tu.
Lisa:Maksud kau?
Rosé: Aku pernah nampak mamat tu masa aku nak masuk dalam lif. Aku tengok dia macam senyum semacam je dekat aku. Aku keluar dari lif tu aku terus naik tangga. Dah lah lif tu lambat tutup
Jennie: Nasib baik kau cepat keluar, kalau dia buat benda tak baik kat kau, memang aku tibai dia cukup-cukup. Tapi nasib dia dah mati, kalau tak dia yang mati dalam tangan aku
Jisoo: Takkan takde langsung ciri-ciri pembunuh tu?
Lisa: Takde langsung seolah-olah pembunuh tu memang seorang pakar
Jennie: Hebat betul pembunuh ni
TOK TOK TOK!
Jisoo: Lisa, pergi bukak pintu
Lisa menuju ke pintu dan membuka pintu.
Lisa: Aik mana orangnya? Takkan la ada budak-budak yang main ketuk-ketuk pintu kot. Dah lewat malam dah ni
Lisa menutup pintu dan menuju ke ruang tamu. Tak sampai sesaat dia nak melangkah. Pintu diketuk balik.
Lisa membuka pintu tapi tiada sesiapa di depan pintu.
Lisa: Ni pelik bin ajaib. Aku tak dengar pun tapak kaki berlari ke apa
Lisa menutup pintu dan menunggu di hadapan pintu.
Rosé: Asal kau tercegat depan pintu tu?
Lisa: Shoosh senyap...
Kemudian pintu diketuk semula. Lisa segera membuka pintu.Di hadapan Lisa terpacul sebuah mannequin yang berblaus putih bertompokan merah.
Lisa: Woah!
Lisa terus menutup pintu. Rosè yang turut melihat sama berlari menuju ke arah member-membernya.
Lisa yang masih berada di hadapan pintu menjenguk sedikit di lubang pintu. Masih terdapat patung mannequin di luar rumah mereka.
Lisa pergi ke arah ruang tamu dimana member-membernya berada. Kelihatan Rosè sedang erat memeluk Jennie dari belakang akibat ketakutan.
Jennie: Weh macam mana boleh ada mannequin tu kat luar?
Lisa: Aku tak tau, nak kata budak-budak, dah lewat malam. Tapak kaki orang berlari pun tak dengar
Jisoo: Dah tu siapa pulak yang nak memain dengan kita ni?
Lisa: Aku pun tak tau lah, tapi aku rasa bukan orang
Jennie: Dah tu hantu?
Lisa: Yelah kot
Jisoo: Dah tu macam mana dengan Rosé ni,dah pucat habis dia ni. Dia punya takut dah mai dah
Mereka semua memandang Rosé yang sudah pucat lesi mukanya.
Rosé: Malam ni kita semua tidur sesama eh?
Jisoo: Kita tidur dekat sini jelah, kalau dalam bilik ramai-ramai nanti sempit
Mereka menghamparkan tilam yang besar di ruang tamu. Nak dekat pukul 12.30 tengah malam, mereka semua masuk tidur.
Pukul 3.00 pagi
"Mmmm mmm mmmm.....la la la la..."
Jisoo terjaga apabila terdengar dendangan yang mendayu-dayu bunyinya.
Jisoo membuka mata dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat mannequin yang dikatakan oleh Lisa itu sedang menari di hadapan TV berdekatan dengan mereka.
Jisoo hampir-hampir mahu menjerit tiba-tiba ada satu tangan menekup mulutnya. Jisoo menoleh dan melihat Lisa yang menekup mulutnya.
Lisa membuat isyarat untuk diam dan menyuruhnya tutup mata. Jisoo mengikut arahan Lisa dan menutup mata.
Dendangan tersebut masih lagi kedengaran. Kemudian dendangan tersebut berhenti.Selang beberapa saat kedengaran bunyi siulan yang mendayu-dayu dan agak menyeramkan.
Kali ini keempat-empat gadis tersebut terjaga. Mereka diam membatu apabila terdengar bunyi siulan tersebut. Rosè merangkul tangan Jennie dan mengenggamnya kuat kerana ketakutan.
Bunyi siulan itu berlarutan sehingga pukul 5.00 pagi. Keempat-empat gadis tersebut tertidur sehinggalah jom loceng berbunyi pada pukul 6 pagi.
Lisa mengejutkan membernya bangun untuk pergi ke sekolah.
Di Sekolah
Jisoo: Semalam kenapa kau suruh aku tutup mata?
Lisa: Kau nak ke dia duduk tercegat depan mata kau kalau dia tau kau tengah tengok dia
Jisoo: Uishh tak nak aku!
Lisa: Benda paranormal ni tak sama dengan benda yang kita selalu hadap
Jisoo: Sebab tu Rosé takut? Sebab benda paranormal ni bahaya ke?
Rosé: Asal mention nama aku ni?
Jisoo: Takde pape, hehe
Rosé: Tau la nama aku sedap
Jisoo: Acah nama kau sedap, nama aku lagi sedap
Lisa: Nama aku lagi sedap, Lalisa Manoban
Jennie: JENNIE RUBY JANE KIM
All:Yelah kau menang!
Jennie:Hahahhaha
Jisoo: Back to the question, paranormal ni bahaya ke?
Lisa: Bergantung kepada seberapa kuat benda ni yang kita kena handle. Kalau ikutkan benda ni kita patutnya tak payah kisah sangat. Akan melambatkan kerja kita je. Lagipun kebetulan dapat apartment yang macam ni. Nak tak nak, kenalah deal jugak
Jisoo: Aku nak lambat-lambat, sebab nak bagi cerita kita ni panjang
Lisa: Ah kau, kalau penuh dengan kau punya P.O.V baik tak payah
Jisoo: Suka hati aku lah
![](https://img.wattpad.com/cover/97623277-288-k620484.jpg)
YOU ARE READING
Whistle | BLACKPINK [COMPLETE]
Mystery / ThrillerJisoo,Jennie,Rosè dan Lisa baru sahaja berpindah ke Apartment Mount di Seoul.Pelbagai kejadian yang menimpa mereka sejak berpindah ke Seoul.Semakin banyak misteri yang telah terungkai sejak mereka berpindah.Mereka turut diselubungi perasaan curiga. ...