TH-21

595 71 3
                                    

Malam di Penjara

Seperti yang dikatakan Jennie. Lisa akan memulakan misi nya pada malam ini.
Pukul 9 malam adalah waktu makan malam. Jadi semua penghuni sel akan makan secara serentak.

Mereka akan pergi mengambil makanan dan kembali ke sel. Lisa dan Hyejeong duduk di tengah-tengah sel dan makan bersama-sama dengan banduan lain.

Hyejeong: Hebat gila kau siang tadi. Macam mana kau boleh belasah diorang sampai ada yang terpatah-patah tulang bagai tu?

Lisa: Entahla, aku belasah je. Aku takut aku kena tibai pulak nanti tu yang aku lawan balik tu

Hyejeong: Aku rasa kau ni bukan calang-calang orang la. Kau ni pembunuh ke spy ke apa?

Lisa: Aku orang biasa je

Hyejeong: Yelah tu

Lisa: Well aku pandai lawan. Aku belajar taekwondo, judo,boxing, karate, silat dan banyak lagi

Hyejeong: Bapak ahh! Dah habis belajar ke belum semua tu?

Lisa: Semua aku dah master

Hyejeong:Tok guru sudikah tok nak ambik saya jadi anak murid?

Lisa: Cu, tok tak berminat nak ajar

Hyejeong: Yoler, wei cepat makan kejap lagi lampu nak tutup dah

Selepas makan malam, dalam pukul 10 semua lampu sudah ditutup. Semua penghuni sudah masuk tidur termasuklah Lisa.

Lisa tidak tidur cuma dia tengah berfikir tentang rancangannya. Lisa melihat keadaan di luar biliknya. Semua orang sudah tidur. Kelihatan cahaya samar-samar kelihatan oleh kerana cahaya bulan.

Di dalam kegelapan yang samar-samar itu terdapat banyak makhluk-makhluk yang sibuk bertindih di atas manusia-manusia yang sedang tidur.

Lisa hanya menjeling sahaja ke arah makhluk-makhluk itu. Lebih kurang dalam pukul 3 pagi. Lisa bangun daripada katilnya. Dia melihat keadaan disekelilingnya.

Semua banduan sudah nyenyak tidur. Kemudian Lisa bersiul dengan nada yang agak menyeramkan. Dia tahu kalau ada yang terdengar diorang tak berani nak bangun dari tempat tidur mereka.

Lisa bersiul sambil menuju ke tingkat atas. Bunyi siulannya agak kuat kerana bergema. Siulannya kedengaran sehingga ke luar sel.

Lisa berjalan sampai ke bilik yang terletak di hujung sekali. Lisa berhenti bersiul sebaik sahaja dia berdiri di hadapan bilik itu. Bilik ketua mafia.

Lisa masuk ke dalam bilik itu dan melihat ketua mafia itu sedang nyenyak tidur.
Lisa kemudian menyeringai.vDia keluarkan senjatanya iaitu garfu yang diambilnya di kantin.

Lisa kemudian mendekati ketua mafia itu dan terus menikam kedua-dua mata ketua mafia itu. Terpacak kedua-dua garfu itu di rongga mata.

Ketua mafia itu terjaga akibat kesakitan yang teramat sangat. Belum sempat dia meraung kesakitan. Lisa terlebih dahulu menikam kerongkong ketua itu sehingga peti suaranya pecah.

Ketua mafia itu menjerit dalam kebisuan. Darah terpercik dari mulut ketua mafia itu. Lisa melumurkan darah ke ketiga-tiga garfu yang terpacak itu untuk menghilangkan cap jari.

Kemudian Lisa kembali semula ke biliknya. Dia membasuh tangannya yang dipenuhi dengan darah ketua mafia itu. Dia kemudian melihat bajunya.

"Fuh nasib baik tak terpercik darah kat baju aku. Dah la aku takde baju lain dah. Eh jap, baju ni warna hitam. Seluar aku yang warna oren"

Whistle | BLACKPINK [COMPLETE]Where stories live. Discover now