Hari Pertama Di Penjara Lama Seoul
Lisa P.O.VSetelah sehari duduk di lokap balai polis Geumdo. Hari ni aku dah berada dekat Penjara Lama Seoul.
Pakaian dia pun boleh tahan la. Warna oren hitam. Sesuai dengan rambut aku. Nasib baik aku warna rambut warna blonde barulah nampak macam Naruto.
Aku dengan banduan-banduan lain digari dan perlu berjalan dalam barisan untuk pergi ke sel. Ramai banduan yang tengok aku.
Aku tau la aku sorang je yang nampak macam lemah dalam penjara ni.
Aku punya sel bukan jenis sel yang sensorang tu. Tapi aku kena duduk dalam sel yang ada 30 orang penghuni penjara. Kiranya macam dorm la. Tapi dorm tu ada bilik. Tingkat atas dengan tingkat bawah. Tapi bilik yang takde pintu la.
Semua yang dalam tu perempuan. Lelaki, sel diorang sensorang. Jail ni boleh tahan jugak teruk dia. Lantai basah penuh dengan lendir.
Tentu sekali banyak makhluk-makhluk yang tak hingin aku nak tengok. Ada yang lidah terjelir, mata terjojol, rahang takde.
Jadi hari ini bermula kehidupan aku di dalam penjara selama setahun ataupun kurang?End P.O.V
Lisa dan beberapa banduan lain diiringi oleh dua orang pegawai polis. Mereka semua berhenti di hadapan sebuah sel.
Kedua-dua pegawai polis itu membuka gari Lisa dan banduan-banduan yang lain. Polis-polis itu mengarahkan mereka mengambil bantal dan selimut yang sudah tersusun di tepi dinding.
Lisa mengambil bantal dan selimut yang agak bersih sedikit. Polis-polis itu memberi beberapa arahan sebelum membenarkan mereka semua masuk ke dalam sel.
Lisa mengganggukkan kepala dan mengelipkan matanya dua kali tanda faham.
Ting!
Rosè: Weh korang Lisa dah start aktifkan contact lens dia tu!
Jisoo dan Jennie bergegas ke ruang tamu dan bersama-sama menonton tayangan live dari Lisa.
LE dan member-membernya yang lain turut menyaksikan tayangan live dari rumah mereka sendiri.
Sebaik sahaja Lisa melangkahkan kaki ke dalam dorm itu. Ramai perempuan-perempuan yang bertatu. Ada yang sedang makan, ada yang kena buli, yang bersembang dan dengan yang buat tak tau je.
Keadaan di dalam sel itu riuh rendah. Lisa masuk ke dalam dan mula mencari tempat untuk dia tidur malam nanti.
Lisa menjumpai satu ruang kosong di sudut sel itu. Sedang Lisa hendak meletakkan selimut dan bantalnya. Ada seseorang menegur dia.
X: Woi! Tu tempat aku memandai je kau nak ambik!
Lisa: Owh sorry makcik, tak tau pulak ni tempat makcik
X: Berani kau panggil aku makcik!
Lisa: Dah tu nak panggil apa?
X: Baik kau blah sebelum aku belasah kau!
Lisa hanya memandang perempuan yang bertatu naga di lengan itu dengan pandangan yang innocent sebelum pergi ke bahagian-bahagian rak yang agak berdebu disitu. Lisa meletakkan barangnya dan duduk di situ sambil memerhatikan sekeliling sel itu.
Terdapat CCTV di setiap sudut sel itu. Di atas kepalanya pun ada. Rosè yang berada di rumah memecah masuk sistem kawalan CCTV penjara itu. Oleh itu mereka yang berada di rumah boleh memerhati pergerakan warden-warden yang berada di situ.
Di sebelah Lisa muncul satu lembaga yang kelihatan rentung cuba hendak mengganggu Lisa.
Lisa: Kau nak apa?
YOU ARE READING
Whistle | BLACKPINK [COMPLETE]
Mystery / ThrillerJisoo,Jennie,Rosè dan Lisa baru sahaja berpindah ke Apartment Mount di Seoul.Pelbagai kejadian yang menimpa mereka sejak berpindah ke Seoul.Semakin banyak misteri yang telah terungkai sejak mereka berpindah.Mereka turut diselubungi perasaan curiga. ...