TH-65 (Last Mission II)

619 65 10
                                    

"LIMA BELAS MINIT SEBELUM PENGAKTIFAN"

"Jen...kau dengarkan," Rosé memandang Jennie dengan muka yang risau.Jennie menganggukkan kepalanya."Kita kena cepat." Kata Jennie.Mereka kemudian segera berlari menuju ke aras bawah.

Sesampai je di aras bawah,mereka melihat ada sebuah kotak kaca yang sangat besar yang memuatkan lebih kurang beratus-ratus mutan di dalamnya."Macam mana dia boleh cipta semua makhluk?" Tanya Rosé."Aku tak tau tapi macam tulah macam mana dia cipta kita." kata Jennie.

Mereka mendekati kotak kaca itu dan mula meletakkan bom disekeliling dinding kaca itu.Mutan-mutan yang melihat mereka dari dalam mula mengetuk dinding kaca itu dengan agresif.Bom yang mereka letak itu mampu memusnahkan sebuah bangunan sekolah,tetapi dengan bilangan bom yang banyak itu mampu memusnahkan keseluruhan kawasan HOLE yang keluasannya berekar-ekar.

"Kau dah setkan timer?" Tanya Rosé."Dah,aku dah setkan timer seiring dengan waktu pengaktifan." Kata Jennie."Maksud kau,bila pengaktifan berlaku,letupan akan berlaku serentak?" Jennie menganggukkan kepala."Jom,kita kena keluar dari sini cepat!" Jennie menarik tangan Rosé dan segera berlari tetapi ada seseorang yang sudah menunggu di hadapan.

"Minzy," desis Jennie.

"Korang tak boleh lari,aku akan hapuskan korang berdua!"

Minzy mengacukan pistol ke arah mereka berdua dan mula menembak ke arah mereka bertalu-talu.Jennie dan Rosé segera mengelak dan mula mengeluarkan senjata mereka.Mereka turut menembak ke arah Minzy tetapi dia berjaya elak.Mereka kini berbalas-balas tembakan sehingga kehabisan peluru.

Keadaan menjadi huru hara dengan bunyi mutan-mutan yang mengetuk dinding kaca dengan kuat.Tiba-tiba kedengaran bunyi retakan.Jennie,Rosé dan Minzy memandang ke arah kotak kaca itu dan melihat ada sebuah retakan pada kotak kaca itu hasil ketukan yang kuat dari mutan-mutan itu.

Melihat keadaan itu,Minzy terus menendang Jennie dan Rosé sehingga mereka terjatuh.Kemudian dia melompat ke arah mereka berdua sambil di kedua-dua tangannya mempunyai sebilah pisau dan bertindak mahu menikam mereka.

Tikaman itu sipi-sipi hampir terkena pada kepala mereka berdua."Cukuplah," Jennie menendang Minzy di perutnya sehingga termuntah darah.Kemudian dia memegang kepala dan dengan sekelip mata Minzy sudah terbaring di atas lantai dengan mulut dan matanya mengeluarkan darah.

"10 MINIT SEBELUM PENGAKTIFAN"

Jennie dan Rosé segera berlari untuk keluar daripada situ."Lisa,Jisoo! Korang ada sepuluh minit je untuk keluar dari situ cepat!" Kata Jennie melalui alat komunikasi mereka.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Empat buah robotoid itu terus menyerang Jisoo dan Lisa sebaik sahaja mendapat arahan.Robotoid-robotoid itu mula menumbuk Jisoo dan Lisa tetapi dapat dihalang oleh mereka.Mereka menangkis segala halangan yang diberikan.Lisa menumbuk sebuah robotoid di bahagian perut tapi robotoid tersebut masih mampu menyerang.Lisa kemudian mencabut lengan robotoid itu dan menumbuk robotoid itu pada muka sehingga hancur.

Jisoo pula ditendang pada bahagian kaki tapi dia langsung tidak berganjak malahan masih lagi boleh tersenyum.Dia mengeluarkan pistolnya dan menembak tepat pada bahagian kepala robotoid itu.
Kemudian keluar lagi beberapa kumpulan robotoid.Robotoid-robotoid tersebut mula menyerang Jisoo dan Lisa.

Jisoo mula menembak ke arah robotoid-robotoid itu manakala Lisa mula memusnahkan robotoid-robotoid itu.Tiba-tiba ada sebuah robotoid melompat ke arah Lisa sehingga Lisa terbaring.Robotoid itu berada di atas Lisa sambil tangannya mencekik leher Lisa.Tangan sebelahnya muka mengeluarkan sebilah pisau, robotoid itu mula mahu menikam Lisa tapi secara tiba-tiba tangan robotoid itu tercabut.

Whistle | BLACKPINK [COMPLETE]Where stories live. Discover now