TH-63

546 68 10
                                    

Untuk beberapa saat keadaan menjadi sunyi.Kemudian terdengar bunyi dengusan dan erangan yang perlahan di hujung bilik.Kelihatan sepasang mata yang merah menyala memandang mereka berempat.Figura makhluk tersebut tidak kelihatan kerana suasana di dalam bilik itu agak gelap dan ianya menyukarkan mereka berempat untuk melihat makhluk tersebut.

Mahluk tersebut kemudian perlahan-perlahan mara ke depan.Derapan kakinya kedengaran berat dan kuat.Mereka berempat mengecilkan mata untuk melihat dengan lebih jelas.Semakin makhluk tersebut mara ke depan semakin kuat bunyi derapan kaki.Makhluk tersebut kini berada di depan hadapan mereka.Mereka berasa terkejut dan tercengang sekejap.

"Weh betul ke apa yang aku nampak ni?" Tanya Jennie kepada yang lain."Aku tak rasa mata aku salah tengok."Kata Rosé."Aku tak sangka makhluk ni kecil macam toyol." Kata Lisa.Jisoo cuba menahan gelak apabila mendengar kata-kata Lisa.

Di hadapan mereka merupakan seekor makhluk yang kecil sebesar kanak-kanak empat tahun.Wajahnya agak comel daripada makhluk-makhluk yang mereka jumpa di dalam terowong.Rosé cuba memdekati makhluk tersebut.Sebaik sahaja tangan Rosé mahu menyentuh makhluk tersebut makhluk itu tiba-tiba melompat ke atas dan mengeluarkan cecair yang berwarna kuning berlendir dari mulutnya.

Cecair tersebut terkena lengan kiri Rosé.Tiba-tiba lengan Rosé berasap sehingga menampakkan lengan cyborg nya."Cecair dia berasid weh! Hati-hati jangan bagi terkena badan atau muka!" Kata Jennie dengan nada amaran.

Makhluk kecil tersebut kemudiannya berlari dengan sangat laju mengelilingi mereka.Pergerakannya terlalu laju sehingga menyukarkan mereka berempat untuk menyerang makhluk tersebut.Makhluk tersebut tiba-tiba muncul tepat-tepat di hadapan Jennie.Mulutnya sudah bersedia untuk menyembur cecair kuning yang berasid itu.Terbeliak mata Jennie apabila melihat makhluk tersebut berada di hadapannya.

Lantas makhluk itu menyemburkan cecair kuning di depan muka Jennie.Tetapi Jennie bernasib baik dia lantas mengelak serangan tersebut dan mengambil peluang dengan menyepak makhluk tersebut sehingga tercampak ke dinding.

Sepakan Jennie terlalu kuat sehingga terdengar detupan yang kuat dari badan makhluk tersebut.Keadaan menjadi senyap sebentar.Makhluk tersebut diam tak bergerak-gerak."Benda tu dah mati ke?" Tanya Rosé."Entah,sama ada dia pengsan atau pun dah mati ataupun pura-pura tak nak gerak sebab dia nak kita check kut yang dia tu kononnya dah mati." Kata Lisa.

Sebaik sahaja Lisa kata begitu,makhluk tersebut terus bangun."Terus bangun kau lepas aku cakap camtu." Kata Lisa.Dengan tak semena-menanya makhluk tersebut meluru ke arah Lisa dengan laju.Mulutnya menyemburkan cecair tersebut dengan lebih banyak.Lisa tidak sempat mengelak jadi cecair tersebut terkena kakinya tetapi dalam masa yang sama dia terus menyepak makhluk tersebut dengan sekuat hati sehingga terhentam ke dinding.

Makhluk tersebut tersandar di dinding."Lisa! Kaki kau!" Jerit Jisoo.Kulit kaki Lisa mula terhakis menampakkan kaki cyborg nya.Makhluk tersebut kini berada dalam keadaan yang sangat marah.

Badannya menggigil-gigil menahan amarah yang teramat.Perlahan-lahan fizikal badannya berubah.Mukanya yang comel berubah menjadi buruk yang teramat.Badannya membesar dan menggerutu.Keluar cecair yang berlendir dan busuk dari badannya.Mulut makhluk tersebut terjuih sehingga menitiskan cecair asid yang asyik bertakung di dalam mulutnya.

Mereka berempat mula menutup hidung kerana bau busuk yang teramat sangat.Tangan mereka masing-masing memegang senjata.Makhluk tersebut memandang tajam mereka berempat.Dengusan makhluk itu terlalu kuat.

Sebaik sahaja makhluk itu bergerak sedikit mereka terus menembak makhluk tersebut.Bunyi peluru bergema di dalam bilik tersebut.Mereka menembak makhluk tersebut tetapi apa yang dilihat oleh mereka tidak seperti apa yang mereka jangkakan.

Peluru tersebut sekadar melekat di kulit berlendir makhluk itu.Serta merta makhluk tersebut menyemburkan cecair kuning yang lebih gelap dan busuk.Mereka berempat segera mengelakkan diri daripada terkena cecair berbisa itu.

"Weh kita nak buat apa ni!? Benda tu makin kuat!" Kata Jisoo seraya memandang ke arah Rosé,Jennie dan Lisa."Kita kena buat sesuatu!" Rosé berkata sambil ligat memikirkan cara untuk menghapuskan makhluk tersebut.

Lisa mula melihat disekelilingnya.Matanya ligat mencari sesuatu yang dapat menghapuskan makhluk itu.Matanya memandang ke atas dan melihat ada saluran air paip di siling.Kemudian di sudut dinding terdapat kotak eletrik berserta kabel yang panjang bersambung dengan beberapa kabel yang lain.Idea mula muncul di dalam kepala Lisa.

"Aku nak korang panjat mana-mana rak ke kabinet sekarang jugak!" Arah Lisa kepada mereka bertiga.Lisa turut memanjat ke rak-rak yang terdapat di dalam bilik itu.Lisa kemudian mengacukan pistolnya ke saluran air paip dan menembak sehingga pecah saluran tersebut.Air mula mencurah-curah keluar.Habis bilik tersebut dibanjiri air.Makhluk tersebut terkena air yang mencurah itu.

Makhluk tersebut terus-terusan menyembur cecair kuning busuk itu.Mereka sedaya upaya cuba mengelak daripada terkena cecair itu.Cecair tersebut terkena sedikit di bahu Jisoo menyebabkan kulit baju dan bahunya terhakis.

"Jisoo! Aku nak kau tembak kotak eletrik tu dengan kabel tu! Sekarang!" Jisoo mengacukan pistolnya ke arah kotak eletrik dan dengan sekali tembakan kotak tersebut pecah.Voltan eletrik menjadi tinggi dan menyebabkan kabel meletup.Api mula memercik.Makhluk tersebut menjerit kesakitan dengan suara yang sangat garau.

Badannya mula menggeletar.Asap mula keluar dari badannya.Voltan eletrik yang tinggi menyebabkan badan makhluk tersebut mula memercikkan api.Perlahan-lahan kulitnya bertukar menjadi warna hitam.Matanya mula terjojol hampir hendak terkeluar dari soket mata.Bau hangit dan busuk mula berleluasa di dalam bilik itu.

Kulit makhluk itu mula menggelembung dan kemudian kedengaran bunyi letupan yang kuat.Makhluk hodoh itu hancur berkecai.Habis bersepai badannya sehingga terkena mereka berempat.

"Jadi macam mana kita nak keluar dari tempat ni?" Tanya Jisoo."Pintu kan ada." Jawab Jennie."Sebab tak ada pintu la aku tanya." Kata Jisoo."Patutla air ni tak surut-surut daripada tadi asyik naik je." Kata Rosé.

"Eh air naik? Hati-hati jangan bagi kaki korang kena air nanti terkena renjatan!" Kata Rosé lagi lantas naik lagi tinggi di atas rak."Weh camne ni?! Aku taknak mati!" Jerit Lisa."Kau ni pun tak yah la panik,tak pernah-pernah nya panik boleh panik." Jennie memandang ke arah Lisa yang tersengih."Ala aku saja je nak buat drama lagipun aku dah nampak jalan keluar." Kata Lisa seraya menundingkan jari ke siling.

"Lubang udara dah lama tersedia untuk kita jadi apa lagi marilah kita keluar daripada sini ya." Lisa berhati-hati memanjat rak ke rak yang lain.Lisa kemudian memanjat naik masuk ke dalam lubang udara.Dia menunggu ahli-ahlinya yang lain untuk naik.

Jennie dan Rosé berjaya naik tanpa sebarang halangan.Jisoo yang berada jauh dari lubang udara itu dengan berhati-hati melangkah dan memanjat setiap rak.Ketika hampir sampai ke lubang udara,kaki Jisoo tergelincir menyebabkan badannya tak stabil."Jisoo!!"

BUSHHH!!

Rak yang Jisoo panjat habis jatuh ke dalam air.Tapi mujur Jisoo sempat berpaut pada tangan Jennie yang segera menghulurkan tangan apabila Jisoo hampir terjatuh ke dalam air."Fuh selamat!" Kata Jisoo sambil memandang ke arah air."Kalau tak dah jadi mayat rebus dah aku." Sambung Jisoo lagi.Jennie segera menarik Jisoo ke atas.

"Cepat,kita kena keluar dari sini.Nanti air naik lagi tinggi." Arah Lisa.Mereka segera merangkak menuju ke mana-mana tempat yang membolehkan mereka keluar dari lubang udara itu.Mereka terus merangkak sehingga sampai di simpang empat.

"Kita nak ambik belah mana ni?" Tanya Jennie."Kita pergi straight je." Kata Jisoo.Mereka menganggukkan kepala tanda setuju."Eh jap! Kita amik belah kanan.Aku ade nampak cahaya dekat hujung." Kata Rosé sambil menunding jadi ke arah cahaya yang kelihatan malap di hujung.Mereka semua mula bergerak ke arah cahaya yang ditunjuk oleh Rosé.

Jisoo berada di hadapan mengetuai mereka semua.Lorong yang dilalui mereka agak jauh daripada cahaya itu.Bila mereka semakin dekat,bunyi berdengung mula kedengaran."Eh,ni lubang lif la." Kata Jisoo.Cahaya putih neon menerangi lubang lif itu.

Jisoo menjengukkan kepalanya dan tidak semena-mena ada lif berada di atas jauh sedikit dari kepalanya sedang turun dengan laju ke bawah.Jisoo segera masuk ke dalam.Tak sampai beberapa saat lif itu melepasi lubang yang mereka duduki."Woah,sikit je lagi.Kalau tak habis kepala aku melayang.

Whistle | BLACKPINK [COMPLETE]Where stories live. Discover now