TH-62

477 59 0
                                    

"Omma..omma!omma! Kat mane? Nini takut," Budak kecil yang berumur 8 tahun itu ketakutan apabila tidak menjumpainya ommanya sebaik sahaja dia bangun daripada tidur.Sudah puas dia mencari ommanya di dalam rumah tetapi kelibat ommanya tidak kelihatan.Budak kecil yang bernama Nini itu menunggu ommanya pulang dengan penuh setia sehinggalah sebulan lamanya.

Tetapi budak kecil itu mula sedar bahawa ommanya tidak akan pulang dan tidak akan pernah pulang.Dan dari situlah kehidupannya mula bermula.Di seawal usia lapan tahun itu,dia mula belajar mencuri dengan menjadi penyeluk saku ataupun pick pocket demi mencari sesuap makan.Sehingga dia menginjak ke usia empat belas tahun,dia menjadi seorang pick pocket yang profesional.Dia tidak pernah ditangkap sehinggalah suatu hari.

"Hari ni siapa je eh mangsa aku?" Kata Jennie.Dia berada di pusat beli belah dan terdapat ramai orang yang berpakaian mewah.Dia tersengih apabila melihat orang-orang kaya yang memegang beg tangan dan pelbagai beg di tangan mereka sedang beli belah.Jennie dengan muka yang selamba mendekati mereka dan berpura-pura melihat baju yang dipamerkan.Dia memerhatikan CCTV sebelum memulakan kerjanya.

Dengan menggunakan blind spot CCTV,dia dengan tangkasnya menyeluk beg tangan salah seorang perempuan kaya dan mengeluarkan sebuah dompet yang agak berat kandungannya.
Dia kemudian memasukkan dompet tersebut ke dalam jaketnya sebelum berlalu pergi.Dia tersengih memikirkan tentang perempuan yang akan gelabah mencari dompetnya.

Ketika dia sedang berjalan tiba-tiba bahunya dipegang.Jennie menoleh ke belakang dan melihat ada seorang lelaki bersut hitam berkaca mata hitam sedang memegang bahunya.Merasakan ada sesuatu yang tidak kena,dia segera melarikan diri.Lelaki bersut tersebut mengejarnya sehingga ke lorong.Jennie berlari dengan sekuat hati apabila menyedari dia dikejar.Tetapi nasibnya malang,dia berlari sehingga ke jalan mati.Yang berada di hadapannya adalah tembok batu.

Lelai bersut itu semakin menghampirinya,Jennie berasa yang dia tidak akan dapat melarikan diri lagi.Kemudian dia melihat tembok di belakangnya,tembok tersebut agak rendah.Jennie terus memanjat tembok tanpa berpaling ke belakang.Sebaik sahaja kaki dia mencecah tanah,dia serta merta ditarik ke dalam van berwarna hitam.Dia tidak sedar bahawa sudah ada van yang sedia menunggu disebalik tembok tersebut.Dengan itu bermulalah kehidupan dia di OFR.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

"Kenapa kita tak bunuh je diorang ni?"

"Tak boleh,Tuan nak mereka hidup-hidup,"

"Aku tak sabar nak tengok apa yang akan berlaku lepas ni,"

Jennie tersedar kerana terdengar suara orang sedang berbual.Dia membuka matanya dengan perlahan-lahan.Dia melihat disekelilingnya dan mendapati dirinya berada di dalam kotak kaca.Dia cuba mengerakkan badannya tapi malangnya dia diikat di dinding kotak dengan ketat.Dia tidak mampu untuk menggerakan sendi-sendi badannya.Di kirinya kelihatan ahli-ahlinya yang lain.Jisoo dan Lisa sudah sedar kecuali Rosè sahaja yang belum.

"Kita kat mana ni?" Tanya Jennie."Korang semua sekarang ni berada dekat markas aku." Jawab satu suara.Kemudian muncul satu hologram berwarna merah berbentuk kepala di hadapan mereka."Dan aku adalah pencipta korang berempat wahai The Specialist." Kata hologram tersebut.

"Apa maksud kau?!" Jerit Jisoo."Hahaha mesti korang semua tak sangka kan? Umpama macam hidup korang semua ni dipermain-mainkan.Ya,korang berempat adalah manusia ciptaan aku.Dan badan-badan yang korang nampak dalam peti tadi tu adalah klon.Dan korang semua juga adalah klon." Kata hologram tersebut." Segala memori kitaorang tu adalah-" " Palsu," kata hologram tersebut menyambung kata-kata Lisa.

"Memori korang semua adalah berdasarkan daripada manusia yang sebenar.Aku hanya ambil memori diorang dan masukkan ke dalam otak korang.Jadi secara mentalnya korang fikir itu adalah benar tetapi malangnya korang semua tak pernah melalui semua tu." Sambung hologram itu." Korang adalah kumpulan klon aku yang ketiga tetapi malangnya korang berempat ni lain daripada klon aku yang lain,korang dah rosak,jadi aku perlu bunuh korang," kata hologram itu.

"Kenapa tak bunuh awal-awal? Kenapa mesti sekarang?" Jawab Jennie dengan sinis."Sebab pada mulanya,aku ingat korang semua dapat dibaik pulih tetapi malangnya tidak.Otak yang aku reka untuk korang tidak dapat menerima program yang telah aku tetapkan.Malahan korang semua anggap diri korang tu manusia sebenar."

"Aku bukan klon! Aku manusia la bodoh!" Jerit Jisoo."Hahaha klon tak guna!Kau nak tengok perkara sebenar? Aku akan tunjuk!" Hologram itu menunjukkan segalanya daripada awal hingga akhir bagaimana mereka dicipta."Apa tujuan kau buat semua ni?!" Jerit Lisa."Aku nak kuasai dunia ni dan mulakan era baru.Tujuan aku cipta korang adalah supaya korang semua ikut arahan aku dan turuti segalanya.Tetapi korang dah berlagak macam manusia!"

"Jadi disebabkan itu,aku dah cipta sejenis mutan yang jauh lebih hebat dari korang.Sebaik sahaja aku lepaskan makhluk-makhluk mutan ni ke dunia luar,manusia sudah tidak ada harapan lagi untuk hidup dan selamatkan diri.Dengan itu aku akan dapat kuasai dunia dan mulakan era baru,"

"Nikmati lah saat-saat korang yang terakhir,"

Sebaik sahaja hologram tersebut berkata begitu dengan serta merta tali yang mengikat badan mereka terlerai.Kotak kaca yang mereka duduki terbuka dengan sendiri.Lisa menuju ke arah rakan-rakannya.
"Korang semua ok tak?" Tanya Lisa."Kitaorang ok," Jawab mereka bertiga.
"Apa maksud dia saat-saat terakhir?" Tanya Jisoo."Entah,mungkin dia nak kita berehat untuk seketika?" Jawab Jennie.

Whistle | BLACKPINK [COMPLETE]Where stories live. Discover now