"Tunduk! Diorang ada bazooka! Lari cepat!" Jerit Jisoo.Itu sahaja yang mampu dikatakan oleh Jisoo sebelum bangunan runtuh dan menimpa mereka berempat.Pandangannya seraya menjadi gelap.
-
Kedengaran bunyi titikan air.Titikan air seakan-akan bergema apabila menitik di atas lantai yang penuh dengan air yang bertakung.Jisoo terjaga akibat air yang menitik terkena dahinya.Dia perlahan-lahan membuka matanya.Dahinya terasa sakit akibat luka yang besar.Jelas kelihatan darah yang berada di dahinya.
Jisoo melihat di sebelah dan melihat ahli-ahli yang lain masih tidak sedarkan diri.Dia segera mengejutkan mereka.Satu-persatu mereka membuka mata.Masing-masing dalam kesakitan akibat bangunan yang menghempap mereka.
"Kita kat mana ni?" Tanya Rosè."Aku tak tau," Jawab Jennie.Mereka melihat sekeliling mereka.Hanya ada dinding yang dipenuhi dengan lumut-lumut hijau dan hitam.Mereka berada di sebuah tempat yang gelap dan berair serta diselubungi dengan bau-bau yang tidak menyenangkan yang menusuk ke dalam hidung mereka.
Lisa melihat ke atas dan melihat siling yang tinggi.Dia kemudian melihat ke belakang tetapi yang dapat dilihatnya hanyalah sebuah dinding yang berdiri dengan teguh.Dia kemudiannya mengeluh berat."Kita sekarang ni ada dalam terowong.Kita kena keluar dari sini."
Lisa kemudian mula bergerak sambil diikuti oleh ahli-ahli yang lain.Masing-masing di tangan memegang senjata kerana takut ada apa-apa yang berlaku."Ni semua kerja Minzy," kata Lisa."Macam mana kau tau?" Tanya Jisoo."Sebelum kita pengsan,aku nampak Minzy dengan LE.Diorang la yang serang kita." Jawab Lisa.
Jennie mengepal buku limanya dengan penuh geram."Kalau aku jumpa budak dua ekor tu memang aku tibai cukup-cukup." Dia berkata sambil mengetap giginya."Jadi selama ni LE pura-pura je ke dengan kita?" Tanya Rosè."Aku tak tau tapi kalau betul selama ni dia pura-pura aku...tak tau nak buat apa," kata Jisoo.Lisa yang berada di hadapan memandang mereka dan meletakkan jari dibibirnya menandakan isyarat supaya senyap.
Mereka kemudian berhenti berjalan dan cuba mendengar.Kedengaran seperti bunyi orang berjalan tetapi derapan bunyi tersebut seperti bunyi seretan seolah-olah ada orang berjalan secara menyeret kaki.Kemudian terdengar seperti ada orang mengerang dan bunyi nafas yang agak berat.
Mereka berempat kemudian perlahan-lahan berjalan dan cuba mencari bunyi yang mereka dengar.Sedang mereka berjalan tiba-tiba muncul seekor makhluk yang tidak dapat dikenal pasti jauh di hadapan.Mereka berhenti bergerak.
"Apa benda tu?" Tanya Rosè dengan nada berbisik."Nampak macam manusia," jawab Jisoo kembali.Dalam keadaan yang samar-samar gelap itu,mereka tidak dapat melihat makhluk tu dengan jelas.Lisa kemudian meraba-meraba sekitar seluarnya dan dia menjumpai sebuah lampu suluh yang kecil.
Dia kemudian menyuluh ke arah makhluk tersebut.Sebaik sahaja lampu disuluh ke arah makhluk tersebut,makhluk itu terus berlari ke arah mereka.Lisa segera menembak makhluk tersebut tepat di dada.Rebah terus makhluk tersebut.Mereka kemudian segera mendekati makhluk yang sudah terbaring tersebut.
Muka makhluk tersebut mengerikan dengan rahang yang sudah tertanggal dan muka yang separuh hancur.Badan dan muka makhluk tersebut penuh dengan darah dan berbau hanyir.Badannya berwarna agak kehijauan dan menggerutu.Saiz makhluk tersebut juga dua kali ganda dari manusia.
"Ni zombie ke?" Tanya Rosè."Rasanya kut tapi nampak besar sangat dari manusia.Tapi fizikal macam manusia." Kata Jennie sambil memandang muka makhluk tersebut.Kemudian tiba-tiba makhluk tersebut membuka matanya dan terus mencapai kaki Rosè.Rosè yang terkejut terus memijak muka makhluk tersebut.Habis bersepai tengkorak dan daging-daging makhluk tersebut.
"Terkuat pulak," kata Rosè sambil memandang mereka bertiga.Lisa memerhatikan makhluk tersebut dengan penuh teliti.Dia pelik macam mana boleh ada makhluk macam ni dekat dunia ni.Kalau dalam filem tu yelah tapi ni dunia sebenar.Dia melihat di dada makhluk tersebut dan terdapat peluru yang ditembaknya tadi.Peluru tersebut tidak menembusi kulit makhluk tersebut tapi peluru itu sekadar melekat di dada makhluk tersebut.

ANDA SEDANG MEMBACA
Whistle | BLACKPINK [COMPLETE]
Mystery / ThrillerJisoo,Jennie,Rosè dan Lisa baru sahaja berpindah ke Apartment Mount di Seoul.Pelbagai kejadian yang menimpa mereka sejak berpindah ke Seoul.Semakin banyak misteri yang telah terungkai sejak mereka berpindah.Mereka turut diselubungi perasaan curiga. ...