TH-17

622 70 1
                                        

Keesokan Harinya
 
Mereka semua terlewat bangun untuk ke sekolah kerana terpaksa ke hospital untuk mengambil Jennie.

Jisoo bangun dan terus ke tandas manakala Rosè pergi membasuh muka dan terus ke dapur.

Lisa bangun dari tidur dan masih terfikirkan kejadian semalam. Kemudian dia memandang Jennie yang masih tidur itu.

Muka Jennie kelihatan agak pucat. Lisa merasa dahi Jennie mengunakan tangannya.

Lisa: Rosè! Badan Jennie panas sangat ni! Tolong ambil termometer, kain dengan air. Taknak suam sangat, taknak sejuk sangat.

Rosè: Hah dia demam ke?

Lisa: Dia demam

Rosè: Okay

Rosè datang dengan membawa barang-barang itu dan memberikan kepada Lisa.

Lisa meletakkan termometer ke dalam mulut Jennie. Kemudian dia membasahkan kain dengan air yang suam-suam kuku dan meletakkan di atas dahi Jennie.

Lisa: 40 darjah celcius

Rosè: Tingginya! Taknak bawak dia gi klinik dulu ke?

Lisa: Nanti dulu, kalau demam dia tak kebah lagi kita pergi klinik

Jisoo: Jennie demam?

Rosè: Ha'ah dia demam

Jisoo: Kesian dia

Sedang mereka bersembang tiba-tiba Lisa ternampak kamera kecil di baju Jennie. Lisa mengambil kamera itu dan melihat ada memori kad di dalamnya.

Lisa: Weh aku jumpa kamera dekat baju Jennie

Rosè & Jisoo: Kamera?

Lisa: Rosè ambik laptop kau jap. Aku nak tengok isi dalam memori kad ni

Rosè mengambil laptopnya dan kemudian mereka melihat isi memori kad itu dengan menggunakan laptop Rosè.

Jisoo: Eh ade video la. Tapi kenapa satu je?

Lisa: Aku rasa Jennie rakam semalam. Maknanya kita boleh tau kenapa dia boleh kena ganggu dengan makhluk tu

Rosè & Jisoo:Kena ganggu?

Lisa: Owh lupa pulak aku nak bagitau semalam, Jennie kena ganggu dengan makhluk berupa bayi. Sebab tu dia menangis semalam

Rosè & Jisoo:Owhh

Jisoo: Kalau macam tu cuba tengok video

Lisa mengklik ke arah file video itu. Kemudian dia menguatkan volume. Video itu bermula dari Jennie sedang membasuh tangan.

Mereka khusyuk melihat sehinggalah sampai di part bunyi bayi menangis. Mereka melihat seorang bayi sedang menuju ke arah Jennie dengan muka yang mengerikan. Rosè mula cuak melihat rakaman itu.

Lisa agak terkejut kerana tidak menyangka bahawa Jennie akan melalui pengalaman ngeri ini seorang diri. Walaupun Lisa tidak takut tetapi dia berasa kesian dengan Jennie sehingga dia demam sebab kena sampuk.

Kemudian mereka menonton lagi. Sampai je di part Jennie berselubung di dalam selimut itu Rosè dan Jisoo menjerit. Mereka terkejut kerana muka bayi itu betul-betul berada di hadapan Jennie.

Lisa berasa pelik kerana Jennie tidak menjerit. Tetapi rakaman itu bergegar sedikit kerana Jennie menggeletar ketakutan. Mereka menonton lagi sehinggalah sampai di part dimana Lisa berbicara dengan makhluk tu dan mencabut kepala makhluk tu.

Whistle | BLACKPINK [COMPLETE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang