Kehidupan Lisa di penjara berjalan dengan agak baik walaupun dia terlibat dengan beberapa pergaduhan.
Dan sememangnya pergaduhan akan berakhir dengan banduan-banduan yang akan dimasukkan ke dalam hospital.
Lisa yang sudah berada di dalam penjara selama lebih kurang dua minggu sudah mengenali tempat ini. Setiap titik buta CCTV Lisa sudah ketahui jadi ini memudahkannya untuk melakukan kerjanyaLisa dan banduan-banduan lain dikehendaki untuk berada di padang yang dikelilingi dengan tembok untuk membuat aktiviti-aktiviti. Ada yang sedang bersenam, ada yang bersembang dengan banduan dari sel lain.
Ini kali pertama Lisa menjejakkan kaki di padang itu kerana Lisa banyak menghabiskan masanya untuk melakukan khidmat masyarakat. Sebaik sahaja Lisa berada di padang itu. Ramai banduan-banduan melihatnya. Lisa hanya membuat muka innocent dia macam biasa.
Lisa kemudian duduk di bangku yang berada di hujung padang. Lisa bermain-main dengan kayu yang dijumpainya.
Sedang Lisa bermain-main dengan kayunya. Ada sekumpulan banduan lelaki datang ke arahnya.Lisa yang perasan sekumpulan lelaki itu datang ke arahnya hanya membuat tak tahu sahaja tetapi dalam masa yang sama Lisa tersenyum.
X: So kau la budak baru an? Yang dikatakan femes kat sini
Lisa: Memang la aku budak baru, yang pergi tanya lagi tu kenapa?
X: Kau dengar baik-baik ya. Ni kawasan aku, takde siapa boleh duduk sini selain aku dengan anak-anak buah aku
Lelaki tu berkata kepada Lisa sambil tersengih menunjukkan gigi emasnya.
Lelaki itu berdiri di antara anak-anak buahnya yang badan penuh dengan tatu dan berkepala botak.Lisa mengenali lelaki itu. Lelaki itu dikenali sebagai Draco. Raja segala dadah. Lisa memang menanti peluang untuk membunuh lelaki itu.
Lisa: So kau la bos botak-botak ni?
Botak 1: Botak kau kata?!
Lisa: Dah tu nak kata apa lagi? Memang kau botak. Kenapa malu?
Botak 1: Aku tumbuk jugak kang budak ni!
Draco: Lek bro lek. Aku tak suka pukul pompuan so kau jangan macam-macam
Botak 1: Ok bos
Lisa: Memang kau bos diorang? Haha kelakar, macam mana korang botak ni boleh follow dia. Badan besar otak kecik
Draco: Budak, kau tau tak kau paling lawa dalam jail ni tapi satu je aku tak suka, perangai biadap kau. Kau tak kenal siapa aku lagi so selagi kau ada kat sini kau jangan macam-macam
Lisa: Aku tak kisah kau siapa. Aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku. Kau bawaklah botak-botak ni pergi tempat lain. Pengecut, nak cari gaduh dengan pompuan bawak geng
Draco: Kau ingat baik-baik ya pompuan! Aku boleh buat hidup kau sengsara selagi kau dalam penjara ni. Kau jangan nak cabar aku. Kalau tak memang teruk kau nanti
Draco memegang muka Lisa dengan tangannya yang kasar. Cincin yang berada di tangan Draco terhiris sedikit di pipi Lisa. Darah mengalir keluar. Lisa menatap mata Draco dengan pandangan yang marah. Draco melepaskan muka Lisa dengan kasar dan berlalu pergi.
Lisa: Siapa kata kau boleh pergi lepas kau calarkan muka aku? Aku sikit pun tak takut la dengan ugutan kau tu
Draco: So kau memang nak kena la ni, korang belasah dia. Aku pantang betul ada orang cabar aku
Lisa: Kau suruh botak dua orang ni belasah aku? Haha kelakar
Dua orang botak itu berang dengan Lisa. Mereka memegang tangan Lisa di kedua-dua belah. Lisa kemudian tersengih apabila mereka memegang Lisa begitu. Banduan-banduan yang lain dah mula mengerumuni mereka.
Kebanyakan daripada mereka berasa gerun kerana Draco sememangnya adalah seorang yang sangat kejam. Dia pernah membunuh orang yang berada di dalam penjara itu.
Lisa: Tu jer korang boleh buat? Heh harap badan besar otak kecik
Lisa memusingkan badannya dan melepaskan diri daripada genggaman dua orang botak itu.
Botak 1 cuba menyerang Lisa dengan pisau yang diselitkan di pinggangnya. Dia cuba untuk menikam Lisa di badan.
Lisa pantas mengelak dan terus menolak lelaki itu jatuh ke tanah.
Botak 2 cuba untuk menumbuk Lisa tetapi Lisa sempat memegang pergelangan tangan botak 2 itu.Lisa lantas menarik tangan botak 2 itu dan menghentam muka botak 2 itu dengan lututnya.
Krack!
Hentaman itu agak kuat sehingga hidung botak 2 itu berdarah akibat patah.
Botak 1 yang masih tersungkur diatas tanah itu kemudiannya bangun dan cuba menikam Lisa di bahagian belakang.Lisa mengelak tetapi pisau itu terhiris sedikit di bahunya. Bajunya terkoyak dan bahunya berdarah. Lisa berasa agak berang sedikit kerana dirinya tercedera. Lisa kemudian mengambil kayu yang dipegangnya tadi dan terus mencucuk botak 1 itu di bahagian pahanya. Botak 1 itu menjerit kesakitan dan kemudiannya pengsan.
Draco berasa berang yang teramat sangat. Dia mengambil pisau yang berada di tanah dan melibas-libas ke arah Lisa. Lisa agak terkejut dengan tindakan Draco itu. Dia mengelak semua libasan Draco.
Draco terasa amat marah kerana dia tidak dapat menikam Lisa. Dia kemudian bertindak membaling pisau itu ke arah Lisa.
Pisau itu laju menuju ke arah Lisa. Lisa menangkap pisau itu dan membaling kembali ke arah Draco.Tanpa disedari Draco pisau itu sudah terpacak di dada tepat di jantungnya.
Lisa kemudian berjalan ke arah Draco. Dia membisikkan sesuatu di telinga Draco."Aku rancang nak bunuh kau malam ni tapi sebab kau yang start dulu aku terpaksa bunuh kah kat sini. Lagipun harga kau berbaloi walaupun kau tak dibunuh dengan kejam oleh aku."
Lisa menunjukkan angka 2 kepada Draco sambil tersenyum. Terbeliak mata Draco apabila mengetahui ajalnya sudah tiba.
Dan diketahuinya juga bahawa Lisa itu adalah assassin paling berbahaya di dalam dunia assassin.Banduan-banduan yang lain ada yang terkejut dan ada juga yang bersorak. Tetapi sebahagian daripada banduan disana pun mula tidak menyukai Lisa kerana Lisa sekarang ini adalah salah seorang daripada banduan yang paling berbahaya di dalam jail itu.
Pembunuhan yang dilakukan oleh Lisa itu disaksikan oleh member-membernya di rumah. Mereka telah mengawal CCTV di jail itu supaya pembunuhan yang dilakukan oleh Lisa itu tidak diketahui oleh warden-warden jail.
Lisa mencabut pisau dari dada Draco, dia membersihkan cap jari di pisau itu dengan bajunya dan meletakkannya di tangan botak 1. Kemudian Lisa pergi ke hujung padang di sudut yang lain dan bermain-main dengan kayunya.
Banduan-banduan yang lain meninggalkan tempat itu dan kembali melakukan aktiviti-aktiviti mereka. Mayat Draco dibiarkan begitu sahaja. Manakala dua orang botak itu dibiarkan pengsan di atas tanah.
Setelah habis waktu di padang barulah warden-warden penjara perasan akan pembunuhan dilakukan. Botak 1 dan botak 2 dikenakan hukuman gantung kerana dituduh membunuh mayat Draco. Walaupun mereka cuba menerangkan perkara sebenar. Rayuan mereka tidak dilayan kerana bukti berada pada pisau itu.
Lisa hanya tersenyum apabila mengetahui tentang perkara itu. Selepas kejadian itu mereka berasa agak gerun dengan Lisa kerana Lisa telah telah membunuh orang yang paling berkuasa di dalam jail itu.
Mujur mereka tidak memgetahui identiti Lisa sebagai assassin. Malam itu Lisa meneruskan projeknya tetapi kali ini dia membunuh empat orang sekaligus.
Lisa akan bersiul dahulu sebelum meneruskan projeknya. Macam biasa setiap mangsa pembunuhannya akan dibunuh dengan kejam.Keempat-empat banduan itu ditemui dalam keadaan yang memgerikan. Badan mereka tergantung di sel masing-masing.Manakala kepala-kepala mereka ditemui disepanjang koridor yang menempatkan sel-sel banduan lain.
4 orang banduan lelaki dibedah siasat tetapi tiada sebarang bukti ditemui. Bukti di CCTV pun tidak dijumpai. Lisa melakukan kerja dengan berada di titik buta CCTV oleh itu kelibatnya tidak akan kelihatan langsung.
Pihak penjara buntu dengan kes pembunuhan yang selalu berlaku di penjara itu sejak kemasukan banduan baru.
Mereka menjalankan pemeriksaan ke atas banduan-banduan baru termasuklah Lisa. Mereka menyiasat kembali fail-fail banduan-banduan baru. Tetapi tiada sebarang bukti atau kaitan yang dapat dijumpai.
YOU ARE READING
Whistle | BLACKPINK [COMPLETE]
Mystery / ThrillerJisoo,Jennie,Rosè dan Lisa baru sahaja berpindah ke Apartment Mount di Seoul.Pelbagai kejadian yang menimpa mereka sejak berpindah ke Seoul.Semakin banyak misteri yang telah terungkai sejak mereka berpindah.Mereka turut diselubungi perasaan curiga. ...