TH-46

469 56 5
                                    

Lisa P.O.V

Aku tengok jam dan sekarang ni dah nak dekat pukul 1 petang. Daripada pagi lagi diorang tak balik. Aku mundar mandir depan TV sambil menunggu. Aku call diorang tak angkat, mesej tak balas. Aku takut ada apa-apa je jadi dengan diorang.

"Takpe diorang lambat sikit je tu. Tunggu je kejap lagi." Kata aku untuk menenangkan diri. Aku kemudian duduk di sofa sambil bermain-main dengan remote TV. Kemudian terdengar bunyi mesej masuk. Aku buka telefon dan tiada apa-apa mesej yang masuk.

Pastu baru aku perasan EVI aku yang berbunyi. Aku membuka phone dan melihat ada mesej dari Jisoo.

Jisoo:Lisa tolong aku kitaorang dah kena tangkap.Kitaorang tak tau kat mana kitaorang sekarang ni!!

Lisa:Hah korang kena tangkap?! Tekan butang kecik kat tepi tu nanti aku boleh track korang.Aku akan datang selamatkan korang

Tak guna betul! Macam mana diorang boleh kena tangkap. Aku kena bersiap cepat. Aku melihat lokasi diorang bertiga. Nampaknya diorang berada di suatu kawasan yang terpencil yang terletak di Gangwon-do. Perjalanan memakan masa selama 1 jam lebih

''Macam mana aku nak sampai sana dalam masa yang singkat?'' Aku segera pergi ke The Area dan melengkapkan diri dengan senjata yang akan aku guna nanti. Aku pergi mengambil sut aku dan memakainya di dalam  pakaian yang tengah aku pakai sekarang ni. Aku menghubungi pangkalan dan memaklumkan tentang keadaan mereka dan menghantar lokasi mereka kepada pangkalan.

Aku kemudian mencari kenderaan yang dapat bawa aku pergi ke tempat mereka diculik dalam tempoh yang singkat. Aku mencari-cari kemudian aku ternampak satu kenderaan yang memukau pandangan aku.

''Perfect'' 

END P.O.V

Vrooommm!!!

Lancar sahaja Lisa membolosi kenderaan lain dengan superbikenya. Dia menunggang dengan sangat laju sambil memikirkan betapa risaunya dia terhadap member-membernya kerana dia takut penjahat tu akan mengapa-apakan member-membernya.

Dalam masa tiga puluh minit dia sampai di suatu kawasan yang amat terpencil. Terdapat sebuah rumah kayu yang usang yang dikelilingi hutan dan belukar yang tebal. Lisa memarkir superbikenya di kawasan kedai sebelum berlari menuju ke kawasan terpencil.

Lisa memanjat pokok yang tinggi dan duduk di atas dahan sambil memerhatikan kawasan tersebut. Terdapat ramai pengawal berbaju hitam yang sedang berkawal di kawasan tersebut. Terdapat kira-kira dua puluh orang pengawal yang berbadan sado sedang berkawal. Kemudian Lisa berasa ada getaran di dalam seluarnya. Lisa mengeluarkan phonenya dan melihat ada nombor yang tak dikenali menghantar mesej kepadanya. Lisa membuka mesej tersebut dan berasa terkejut apabila melihat gambar-gambar yang dihantar kepadanya.

Jisoo,Jennie dan Rose berada dalam  keadaan yang amat lemah. Muka mereka pucat membiru dan terdapat banyak darah di baju mereka. Kulit mereka telah disiat-siat dan dirobek. Keadaan mereka sungguh menyayat hati. Lisa mengenggam phonenya dengan amat kuat. Api kemarahan membuak-buak di dalam dirinya.


Lisa mengeluarkan sepucuk pistol senyap dan menembak kesemua pengawal di kepala. Dengan sekali tembakan mereka jatuh rebah ke tanah. Lisa kemudian turun daripada pokok dan terus masuk ke dalam rumah usang tersebut.

Lisa mencari mereka di setiap sudut rumah tersebut tetapi mereka tidak dijumpai. Lisa kemudiannya ternampak sebuah pintu kolong di bahagian belakang rumah tersebut. Lisa membuka pintu tersebut dan perlahan-lahan turun ke bawah dalam  ruang yang gelap. Tanpa disedari Lisa ada seseorang yang memerhatikan gerak gerinya melalui kamera CCTV sambil tersenyum menyeringai. Lisa menyusuri lorong yang gelap itu dan akhirnya dia terjumpa sebuah pintu yang elok rupanya. Lisa cuba membuka pintu tersebut tetapi tidak berjaya.

Dia kemudiannya menendang pintu tersebut. Di depannya terdapat rakan-rakannya yang sudah nyawa-nyawa ikan terikat di sebuah kerusi. Jisoo yang masih sedar ketika itu berasa lega apabila melihat Lisa. Dia cuba tersenyum tetapi tidak mampu kerana dia berada dalam kesakitan yang teramat sangat.


PAK!

Lisa menangkap tangan seseorang dari belakang yang cuba menyuntiknya dengan jarum yang berisi cecair berwarna ungu.

''Tak semudah tu kau nak cucuk aku dengan jarum tu.'' Kata Lisa. ''Tapi tak bermakna aku takda lagi satu tangan.'' Kata orang tu. Serentak dengan itu Lisa berasa sakit di lehernya. Terdapat jarum yang dah tercacak di lehernya. Lisa mula berasa badannya kebas yang teramat sangat. Dia jatuh terduduk di atas lantai sambil memegang lehernya. Dia memandang gerangan yang telah mencucuknya itu dan...

''Tak mungkin... Kau dah-''  Tanpa menghabiskan kata-katanya kepalanya dihentak dengan kuat oleh orang itu dan dia perlahan-lahan terbaring di atas lantai.

Whistle | BLACKPINK [COMPLETE]Where stories live. Discover now