TH-59

509 56 1
                                        

Pangkalan OFR,Busan

Keadaan di OFR kecoh dengan bunyi siren kecemasan.Sebahagian bangunan OFR sudah hancur dibom oleh serangan pengganas.Kesemua tentera OFR dikerahkan untuk melindungi kawasan tersebut.Kedengaran bunyi tembakan yang bertalu-talu.Beberapa orang tentera OFR telah terkorban akibat terkena peluru dari pihak pengganas.

"Skuad A! Ke sebelah sayap utara! Lindungi pusat kawalan! Skuad B! Bunuh seramai yang mungkin! Skuad C! Pergi ke se-," Komunikasi terputus antara LE dengan pihak tentera OFR kerana pusat komunikasi telah meletup akibat dibom.

"Tak guna!" LE menjerit.Kakinya kemudian laju menuju ke pusat kawalan.Dia perlu bergegas ke sana kerana segala maklumat OFR berada di sana.Kalau segala maklumat tersebut jatuh ke dalam tangan yang salah maka akan terjadilah satu perkara yang konflik dan dunia akan berada di ambang kehancuran.

Sedang LE berlari menuju ke pusat kawalan,sebutir peluru sipi-sipi melepasi pipinya dari belakang.LE menoleh ke belakang dan melihat ada seorang pengganas memegang sebuah rifle dan mengacukan ke arahnya.Dia melepaskan tembakan bertalu-talu,mengelak kesemua peluru dan terus mengeluarkan pistol dari belakang seluarnya dan menembak pengganas tersebut di kepala.Serta merta pengganas tersebut rebah ke atas lantai.

LE segera pergi ke pusat kawalan.Dia kemudiannya menyimpan kesemua data-data fail sulit OFR di dalam sebuah pendrive yang kecil.Dia menyelitkan pendrive tersebut di dalam kaki seluar

"LE! Minzy dah terlepas,kami tak dapat kesan dia!" Kata salah seseorang tentera OFR."Teruskan pencarian dan bawa Presiden ke HOLE sekarang juga!"

Bunyi tembakan masih kedengaran.Terdapat berpuluh-puluh mayat diatas lantai.LE mengeluarkan pistolnya dan mula menembak ke arah pengganas-pengganas yang berada di situ.Kemudian tiba-tiba dia rebah akibat ditembak dari belakang.Dia sempat menoleh dan melihat Minzy tersenyum ke arahnya sebelum pandangannya menjadi gelap.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Jay P.O.V

"Dia dah sedar belum?"

"Belum lagi,kalau dia dah sedar pastikan dia tak terlepas."

Aku terjaga kerana terdengar suara seseorang.Aku tak pasti berapa orang.Tapi macam ramai orang.Aku membuka mata tapi keadaan gelap gelita.Aku cuba menggerakkan tangan aku tapi aku tak dapat rasa.Ok,aku dah mula cuak.Sekarang ni aku kat mana? Dan macam mana aku boleh ada kat tempat yang aku sendiri tak tau?

Aku cuba meronta tapi tiada gunanya kerana terasa badan aku macam dah mengeras.

"Woi aku kat mana ni?!" Jerit aku.Tiada sahutan yang diterima.Tiba-tiba lampu dibuka,mata aku silau sekejap sebab aku baru nampak cahaya.Aku kemudian melihat ada dua orang perempuan membelakangkan aku jadi aku tak nampak muka diorang ni.

"Korang siapa? Kenapa aku tak boleh gerak?!" Jerit aku.Mereka kemudian memandang aku,aku tak sangka dengan apa yang aku lihat.

"Ashley? Chloe? Apa yang korang dah buat kat aku?!"

"Aku dah suntik kau dengan sejenis cecair yang melumpuhkan segala sistem badan kau." Kata Chloe."Kenapa korang buat aku macam ni?!" Jerit aku."Sebab kau pengkhianat,kau ingat kitaorang tak tau yang kau cuba nak bagitau tentang perkara yang kita buat ni dekat media.Tapi  mujur kitaorang sempat sekat." Kata Ashley.

"Dan kitaorang diarahkan oleh ketua untuk hapuskan kau," Kata Chloe.Di tangannya terdapat alat penyuntik yang berisi cecair merah pekat."Tak! Jangan suntik aku! Aku taknak jadi benda tu!" Aku meronta dengan kuat tapi apakan daya badan aku langsung tak boleh nak bergerak.Chloe kemudiannya terus menyuntik aku di leher.

Perlahan-lahan cecair tersebut masuk ke dalam badan aku.Badan aku mula menggeletar kesakitan.Dos cecair tersebut terlalu kuat sehingga badan aku tak dapat nak terima.

"Arghhhhhhh!!!"

END P.O.V

Keadaan di sekolah pada waktu malam agak menyeramkan.Seorang pegawai keselamatan sedang melakukan rondaan di koridor sekolah sambil menyuluh lampunya di sekitar kawasan tersebut.

"Break it down~woo~ hmm?" Pengawal tersebut menyuluh sesuatu yang berada berdekatan dengan loker.Dia perlahan-lahan mendekati benda yang disuluhnya.

"Kenapa ada orang tidur kat sini?" Dia melihat ada empat orang pelajar perempuan tersandar di dinding.Dia memeriksa tanda nama mereka."Hmm Lockhart? Tak pernah dengar pun,pelajar baru kut.Apahal diorang tidur kat sini? Err dik,bangun,kenapa tidur kat sini?" Pengawal tersebut mengejut Jisoo.

"Lima minit....nanti aku bangun la,kacau ahh," kata Jisoo yang masih mamai."Bahasa apa pulak dia cakap  ni,sepatah apa aku tak faham,Dik bangun,ni sekolah bukan rumah," kata pengawal tersebut dengan nada yang lebih kuat.

Keempat-empat mereka terus membuka mata."Bangun dah pun,dah kenapa tidur kat sini? Tak reti nak balik umah ke?" Tanya pengawal tersebut.Mereka berasa pelik dengan soalan pengawal tersebut."Sekolah?" Tanya Lisa."Hah sekolah,kenapa tak balik rumah?" Tanya pengawal tersebut lagi.

"Err nak balik la ni,thanks tolong kejutkan.Dahla jom balik," kata Jennie kepada yang lain.Mereka terus bangun dan menuju ke kereta pulang ke rumah."Hmm pelik betul budak-budak sekarang ni,takde tempat lain ke nak tidur." Kata pengawal tersebut sendirian sambil memandang mereka berempat berjalan keluar dari sekolah.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Di Rumah

Lisa:Aku pelik la,macam mana kita boleh pengsan serentak?

Rosè:Aku pun pelik,takde angin takde ribut,pengsan camtu je

Jennie:Aku takde pulak rasa kena ketuk ke ape,korang ada?

All:Takk

Jennie:Hmm pelik betul

Jisoo:Tapi apa yang aku ingat,aku ada terbau sesuatu yang wangi.Bau dia macam lavender tapi takdelah kuat sangat,sebaik sahaja aku terbau wangian tu,kepala aku terus jadi pening,pastu pandangan aku terus jadi gelap

Rosè:Wangian? Aku pun terbau jugak.Sama macam kau,aku pun terus pengsan

Lisa:Aku kenal bau tu.Benda yang kita terbau tu adalah bunga Night Wolf.Bunga beracun dan mampu membunuh kita dalam masa 1 minit.Ada orang cuba nak bunuh kita,tapi mujur bau tu tak kuat sangat

Jennie:Nak kata Ryan,tak mungkin sebab kita sendiri nampak dia balik

Lisa:Aku rasa dah ada orang tau identiti kita dan dia sekarang ni cuba nak bunuh kita

Jennie:Tapi sekarang ni siapa yang nak bunuh kita?

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Di bangunan tinggi di New York,US

"Tuan," Seorang lelaki berambut putih yang berkot kelabu terus memusingkan kerusi yang didudukinya sebaik sahaja mendengar suara orang yang dinanti-nantikannya.

"Macam mana dekat sana? Semua baik-baik sahaja kan? Wahai anak buahku...Minzy," Lelaki tersebut tersenyum sebaik sahaja melihat wajah anak kesayangannya.Lelaki tersebut merupakan seorang Millionaire dan amat dikenali.Dia ialah Tuan Yang Hyun Suk.Atau lebih dikenali sebagai YG.

"Semuanya ok,tapi saya dah berjaya membawa salah seorang ahli The Specialist ke sini seperti yang Tuan arahkan," kata Minzy.

"Bagus,now make her new.Kita perlukan dia untuk segala yang telah kita rancangkan.Dunia ni tak lama lagi akan menjadi sebuah era yang baru." YG kemudiannya memandang ke arah tingkap dan melihat makhluk-makhluk yang diciptanya.Dia tersenyum sendirian.

"Tak lama lagi,korang akan dilepaskan,"

Whistle | BLACKPINK [COMPLETE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang