TH-48

490 58 10
                                    

Pangkalan OFR,Gangwon-Do

Mereka berempat dimasukkan ke dalam unit rawatan kecemasan. Pakar-pakar perubatan bertungkus lumus melakukan pembedahan untuk menyambungkan semula anggota badan di tubuh Jisoo, Jennie, Rosè dan Lisa.

LE berada di luar bilik sambil menunggu pembedahan itu selesai. Dia hanya termenung sambil memikirkan sesuatu. Sedang dia termenung ada seseorang yang menuju ke arahnya.

LE yang perasan ada seseorang mendekatinya mengangkat mukanya untuk melihat siapakah gerangan orangnya. LE memberikan tunduk hormat kepada Tuan Presiden yang mendekatinya.

YG: Jadi macam mana boleh terselamat?

LE:Panjang ceritanya Tuan tapi saya tak boleh nak terangkan lagi..

YG: Takpe kalau ada masa bila-bila je boleh citer. Jadi macam mana dengan mereka berempat?

LE: Masih tak tahu perkembangan lagi. Nak dekat lima jam dah ni saya tunggu

YG: Mungkin kejap lagi selesai la tu pembedahan tu. Saya tunggu sekali la dekat sini

LE: Tuan takde urusan kerja ke?

YG: Ada tapi biarlah, kamu semua lagi penting dari urusan kerja tu. Lagipun dinner meeting nanti saya boleh mintak PA saya tangguhkan

LE: Tuan, Minzy macam mana?

YG:Dia sekarang dekat bilik wad. Dia tengah dikawal dengan ketat. Lepas je dia sembuh. Saya akan letakkan dia di penjara paling ketat sekali kawalannya

LE: Baguslah, kalau boleh jangan biar dia terlepas langsung

Setelah lima belas minit menunggu, seorang doktor keluar dengan muka tanpa emosi.

LE: Doktor, macam mana dengan mereka berempat?

Doktor: Keadaan mereka berempat sudah stabil tapi malangnya kesemua anggota badan mereka tidak dapat disambungkan kerana sudah hancur. Jadi mereka akan kudung selama-lamanya. Jadi saya harap kamu dapat terima semua ni dengan sebaik mungkin. Mereka akan ditempatkan di wad khas jadi lepas ni kamu dan Tuan Presiden boleh la melawat mereka berempat

LE: Takda cara lain ke? Takkan diorang kena kudung selama-lamanya?

Doktor: Kami mintak maaf tapi memang takde cara dah. Anggota badan mereka dah terlalu hancur sehingga tidak dapat diselamatkan lagi

LE: Ok doktor terima kasih

Doktor tersebut memberikan tunduk hormat kepada mereka berdua dan masuk ke dalam wad pembedahan semula.

LE: Jadi diorang bukan ahli The Specialist lagi dah...kan?

YG: Kamu semua tetap ahli The Specialist dan sentiasa akan menjadi The Specialist. Kumpulan The Specialist yang pertama dilantik dan kamu semua telah banyak berkorban demi menjaga Organisasi ni. Ini adalah penghargaan yang terbesar yang pernah kamu semua buat untuk OFR. Nama kamu semua akan sentiasa disebut-sebut oleh ahli-ahli OFR yang lain sehingga ke anak cucu.

LE: Terima kasih Tuan

YG: Jadi apa kata kita lawat diorang?

LE: Ok tuan

Mereka berdua pergi ke wad khas untuk melawat Jisoo, Jennie, Lisa dan Rosè.
LE masuk ke dalam wad dan melihat badan mereka yang berbalut. Mata mereka semua turut ditutup.

YG: Nampaknya diorang masih tak sedar lagi. LE kamu jagalah mereka ni dengan elok-elok. Saya pergi dulu

Tuan Presiden menepuk belakang LE dengan perlahan dan keluar daripada wad.
LE duduk di atas kerusi sambil memandang keempat-empat figura yang terbaring diatas katil.

Whistle | BLACKPINK [COMPLETE]Where stories live. Discover now