Barden High School
Wendy P.O.V
Satu lagi hari yang membosankan dekat sini.Aku benci betul dengan sekolah ni.Kenapa la aku kena hantar kat sini,tak boleh ke hantar kat dalam negara je.Tapi nasib baik mission yang OFR kasi ni hanyalah perhatikan budak-budak yang disyaki pengedar je.Takdelah susah sangat kerja aku.
Dan hari ni adalah hari di mana The Specialist akan dihantar ke sini.Tugas aku adalah untuk cari diorang dan bagi maklumat yang aku tau kat diorang.Tapi masalahnya sekarang ni aku tak tau rupa diorang macam mana.LE unnie ni pun satu bukannya nak bagi gambar.
Tapi nasib baik dia ada bagi detail pasal The Specialist.Empat orang gadis yang mukanya exotic.Macam mana exotic tu pun aku tak tau.Sorang rambut oren,seorang rambut purple,sorang rambut coklat hitam and sorang lagi rambut ash kaki brown.
Rasanya senang je kut kalau aku nak cari.Actually aku tak berapa nak kenal sangat The Specialist ni.Diorang ni pakar dalam apa pun aku tak tau.Tapi apa yang aku tau diorang ni Legend sebab selamatkan OFR daripada jatuh ke tangan penjahat.
Aku harap diorang ni tak sombong la sebab aku agak takut dengan orang yang nampak sombong ni.Baik aku cepat loceng dah nak bunyi dah ni.Kalau tak kena denda dengan Mrs.Wich pulak.
Tengah aku berjalan menuju ke kelas tiba-tiba ada orang tolak aku dari belakang.
"Apahal tolak-tolak?! Nak hilang tangan ke apa?" Marah aku kepada gerangan yang telah menolak aku.Aku menoleh dan melihat satu kumpulan yang paling aku tak suka sekali dekat sekolah ni iaitu The Queens.Ceh queen konon.Tau la kaya tapi takyah la berlagak macam harta diorang sendiri.Setakat pakai duit mak bapak memang lah.Tengok macam aku ni.Dah la miskin.Duit takde, nasib baik OFR sponsor apartment dengan makanan.Kalau tak kebulur aku tak makan.
Berbalik kepada tadi.Terdapat lima orang perempuan yang sibuk gelak kat aku.Ingat kelakar ke.
"Wei Chloe,tengok tu dia marah la hahahaa!" Kata Ashley kepada ahlinya Chloe.Dah la gelak macam pontianak.
"Berani dia nak marah,meh la sini kalau nak marah.Tengok boleh ke tak dia nak marah aku hahaha!" Kata Chloe.
Geram betul la aku ni dengan minah-minah ni.Nak je aku belasah diorang tapi memandangkan aku tak nak banyak masalah.Aku terus berlari masuk ke kelas Fizik aku.Takpe lain kali aku ajar diorang walaupun aku tak yakin aku menang ke tak sebab diorang berlima sedangkan aku seorang je.Dah la takde member langsung gara-gara diorang punya pasal.
Dahla baik aku tumpukan je kat cikgu sebelum lunch hour.
END P.O.V
Keadaan di rumah agam tersebut riuh rendah dengan bunyi kekalutan mereka gara-gara terbangun lewat.Nak pakai lawa-lawa pun tak sempat dah.
Jisoo:Aku tak mandi lagi!
Jennie:Mandi la cepat!
Rosè:Aku tak jumpa beg baby pink aku!
Lisa:Wei aku lupa nak isi minyak kete!!
Semua berhenti bergerak mendengar kata-kata Lisa.
Jennie:Jangan kata semua kau lupa nak isi
Lisa:Errr hehe
All:Lisa!!!
Rosè:Dah tu macam mana ni? Nak jalan kaki pun tak sempat
Lisa:Tapi kitakan separuh cyborg
Jennie:Tapi aku taknak berpeluh sampai sekolah
Lisa:Jap aku rasa aku ada lagi satu kereta kat belakang.Korang siap cepat.Pastu tunggu kat depan
Lisa segera berlari keluar menuju ke belakang rumah untuk mengambil kereta.Mereka cepat-cepat bersiap dan terus keluar ke halaman rumah.Kelihatan Lisa sudah menunggu di dalam kereta.
Rosè:Seriously?!
Jennie:Owh mah gudd!
Terlopong mulut mereka melihat Lisa duduk di dalam kereta yang sudah berkarat dan bagai hendak tercabut segala komponen kereta.
Jisoo:Ni kereta ke besi buruk?
Lisa: Mana-mana jelah! Cepat naik kita dah lambat! Kejap lagi loceng bunyi
Lisa memandu dengan agak laju menuju ke sekolah.Bergoyang kereta yang dibawa.Yang duduk di belakang dah mula sakit punggung sebab tempat duduk tak elok.
Jisoo:Seriously? Ni kereta zaman bila woi? Mana kau dapat dowh?
Lisa:Aku ambik kat besi buruk rasanya kut
Jisoo:Buat apa?
Lisa:Manalah aku tau.Tapi buat masa ni amat berguna untuk kita berempat.
Lima minit sebelum loceng berbunyi mereka sudah sampai.Lisa memarkir kan kereta di antara kereta-kereta mewah.Sebaik sahaja Lisa mematikan enjin kereta keempat-empat tayar kereta terus tercabut.
Lisa:Alamak!
Jennie:Dah la cepat kita nak kena ambik jadual waktu kat pejabat.
Mereka berempat menuju ke pejabat dan mengambil jadual waktu masing-masing.
Jisoo:Uikk nampaknya kita semua tak sama kelas time Fizik dengan Kimia
Rosè:Ok la tu Sekurang-kurangnya kelas lain sama
Jennie:Kelas apa dulu kena pergi?
Lisa:Kalkulus
Rosè:Ok jom
Mereka kemudian segera pergi ke bilik kalkulus.Kelihatan sudah ada cikgu di dalam bilik tersebut.Mereka mengetuk pintu dan masuk ke dalam.
Mr.Bold:Owh pelajar baru.Tak silap adik beradik Lockhart kan?
Mereka menganggukkan kepala.
Mr.Bold:Bagus sekarang cari la tempat duduk masing-masing.Kita akan lakukan pop quiz mengejut.Saya harap pelajar baru kita tak kisah.Saya nak ke pejabat dulu ambik kertas.
Mereka hanya tersenyum.Mr.Bold kemudian keluar daripada kelas.Kelas menjadi sunyi.Semua mata memandang ke arah mereka berempat.
"Aku rasa cikgu dah tersalah masukkan pelajar la sebab kelas ni untuk orang yang smarty dengan ada status je.Oops tercakap kuat la pulak.Nama aku Chloe.Chloe Cove.Anak kepada pengetua sekolah ni dan adalah yang paling terkaya dalam sekolah ni.Keluarga aku tinggal berdekatan dengan Empire Hill.Kawasan paling elit dan hanya orang tertentu sahaja yang mampu beli rumah kat situ." Kata Chloe dengan megahnya.
Jisoo,Jennie,Rosè dan Lisa yang mendengar kata-kata Chloe mula memandang sesama sendiri dan tergelak kecil.Semua yang berada di dalam kelas memandang tajam ke arah mereka berempat
Chloe:Helloooo berani korang gelak! Baru pelajar baru kat sini tapi ada hati nak gelakkan aku
Jisoo:Memang la ada hati sebab aku manusia
Chloe:Bahasa apa kau cakap? Aku tak faham la bahasa alien semua ni
Jennie:Memang la kau tak faham sebab tu bahasa Korea.
Chloe:Berani kau menjawab?!
Jennie:Dah dia tanya kita,kita jawab la balik,kalau jawab marah,kalau tak jawab marah jugak hadohhh
Chloe mula berasa berang.Dia mula berjalan ke arah Jennie dan ingin menenkingnya tetapi terbantut kerana Mr.Bold sudah masuk ke dalam kelas.
MR.Bold:So kita mulakan pop quiz!
YOU ARE READING
Whistle | BLACKPINK [COMPLETE]
Mystery / ThrillerJisoo,Jennie,Rosè dan Lisa baru sahaja berpindah ke Apartment Mount di Seoul.Pelbagai kejadian yang menimpa mereka sejak berpindah ke Seoul.Semakin banyak misteri yang telah terungkai sejak mereka berpindah.Mereka turut diselubungi perasaan curiga. ...