TH-28

606 70 0
                                    

Lisa P.O.V

Dah tiga minggu aku berada kat sini. Dan dalam tiga minggu ni juga la aku dah berjaya membunuh seramai 8 orang. Jadi sekarang ni tinggal dua orang je lagi.

Aku sekarang tengah meronda-ronda di sekitar kawasan sel kerana kebosanan. Sedang aku berjalan aku terdengar satu kumpulan banduan ni bersembang. Aku duduk berdekatan dengan mereka dan cuba mencuri dengar perbualan mereka.

"Wei korang perasan tak tentang kejadian pembunuhan yang asyik berlaku sejak kebelakangan ni?" kata seorang perempuan yang berambut mohawk.

"Perasan kenapa?"
Perempuan yang buta sebelah matanya menjawab.

"Kalau korang perasan setiap kali pembunuhan dilakukan, sebelum tu mesti ada bunyi siulan kan?"

"Haah la! Betul jugak. Aku selalu dengar. Bunyi siulan tu seram betul la. Aku selalu terjaga sebab dengar bunyi tu tapi aku tak berani nak bukak mata"

"Kau ingat tak pembunuhan dua hari lepas?"

"Yang mana?"

"Ala yang mayat dia tu menggelembung"

"Owh yang tiba-tiba badan mayat tu meletup tu kan?"

"Haah"

"Bapak geli siot. Dah la aku ada je dekat situ. Nasib darah mayat tu tak terpercik kat aku. Kalau tak habislah aku. Aku taknak kena badi mayat"

"Siapa je yang nak kena badi mayat"

"Apa kata kita siasat kalau bunyi siulan tu bergema lagi? Kalau siulan tu berbunyi maksudnya akan ada pembunuhan."

"Ok jugak. Tapi aku pelik la apa motif dia nak buat pembunuhan kat dalam ni?"

"Dia berdendam dengan orang kut."

"Takkan la dia berdendam dengan ramai orang.Aku rasa orang ni psiko la."

"Ok tu seram, psiko ni jangan buat main-main. Dia punya berani ni lain macam. Lagi satu aku tak kenal mana-mana psiko kat dalam jail ni. So susah la sikit nak tahu."

"Ke actually orang tu assassin? Dia pura-pura menyamar jadi orang lain lepas tu masuk kat sini nak bunuh orang."

"Kau ingat senang ke nak pecah masuk kat dalam jail ni semata-mata nak bunuh orang"

"Senang la kot dah dia assassin."

"Memandai je kau. Tak penah lagi tau assassin ni masuk penjara. Kalau identiti dia terbongkar habis la."

"Eh ada apa assassin yang pernah masuk penjara"

"Siapa?"

"Budak yang penah berkhidmat dengan Krill tu tapi dia dikhianati oleh Krill"

"Budak tu bukan assassin tapi pembunuh terbaik Krill sebelum dia dikhianati. Krill tu pun salah seorang daripada pembunuh yang paling kejam. Orang kata dia makan jantung mangsanya."

Krill...Mamat tu yang aku perlu hapuskan. Mamat tu boleh dikatakan agak berkuasa jugaklah kat sini selepas Draco. Kenapa la mangsa aku orang putih belaka.

Nasib baik Krill tu negro. Ni yang malas ni. Aduh nak tak nak kena buat jugak. Money is Precious.

Tapi aku kena hati-hati jugak, budak-budak ni nak siasat pulak aku. Takpe aku tau macam mana nak handle. Aku kemudian berlalu pergi dari situ dan masuk ke dalam bilik aku.

Aku mengambil pen yang diberikan oleh Jisoo dan memasukkan ke dalam poket seluar aku. Hmm lepas ni nak kena Gym pulak.

Bagus la aku pun dah lama tak workout .Duduk dalam ni bukannya makin keding makin berisi ada la tapi makanan kat dalam ni tak sedap mana pun. Agaknya sebab aku lapar sangat kut sebab buat kerja khidmat masyarakat.

Whistle | BLACKPINK [COMPLETE]Where stories live. Discover now