TH-40

509 64 2
                                    

Rosè P.O.V

Aku membuka mata dan melihat ada cahaya terang menyinari pandangan aku. Aku tidak dapat melihat dengan baik kerana pandangan aku masih kabur.
Setelah beberapa lama penglihatan aku dah menjadi baik. Aku menoleh ke kiri dan ke kanan. Semuanya putih dan terdapat mesin di sebelah aku.

Oh...aku dekat hospital. Aku melihat kaki aku yang berbalut tebal. Aku tak dapat rasa kaki aku. Aku cuba duduk tapi tak mampu kerana badan aku terasa sakit.
Aku menggagahkan diri dan akhirnya berjaya duduk di atas katil hospital aku. Aku melihat sekeliling dan kelihatan tiada sesiapa di dalam bilik ni. Kemudian pintu bilik aku dikuak. Jennie, Jisoo dan Lisa masuk ke dalam bilik sambil tersenyum melihat aku.

"Dah lama dah bangun?" Tanya Jennie.
"Baru je lagi tak sampai lima minit pun." Jawab aku. "Macam mana kaki, sakit lagi ke?" Tanya Jisoo. "Tak rasa sakit pun cuma tak boleh nak gerak je. " Kata aku sambil tersenyum.

"Doktor kata tisu otot kaki kau terkoyak sebab terhentak kuat sangat. Tapi nasib baik kau selamat." Kata Lisa. "Tapi untungla korang cedera ringan je .Aku huhu." Mereka tergelak kecil kemudian mereka senyap. Aku nampak ada kesedihan di dalam mata mereka.

"Kenapa korang sedih ni? Ada apa-apa berlaku ke?" Aku tanya mereka tetapi mereka tidak menjawab seolah-olah mereka tak mampu nak berkata-kata.
Aku mendesak mereka lagi. Jelas kerisauan terpancar di muka aku.

"Diorang...dah takde.." Kata Lisa.
"Siapa?" Aku bertanya kerana masih keliru.
"Hani, Jimin, Yuna, LE dengan Minzy...diorang dah takde. Mereka terkorban dalam kebakaran semalam." Jelas Jisoo.

Air mata mula bergenang dalam kelopak mata aku. Tak mungkin...Tak mungkin diorang mati. Tak mungkin..
Air mata aku mula jatuh. Mereka bertiga memandang aku dengan riak penuh simpati dan kesedihan.

"LE dengan Minzy terkorban kerana cuba nak selamatkan kita tapi diorang ditimpa siling. Hani, Jimin dengan Yuna tak sempat keluar dari rumah diorang sebab api dah marak sangat." Jelas Jennie. Air mata mereka mula bergenang. Aku dah mula menangis. Kami berempat berpeluk kesedihan.

Aku tak sangka mereka terkorban. Diorang yang paling rapat dengan kitaorang. Dan yang paling aku tak percaya LE. Dia dah mati. Kitaorang berlima rapat sejak di organisasi lagi. Sekarang ni The Specialist tinggal empat orang je. Aku menyeka air mata aku dan cuba untuk menerima kebenaran.

"Petang ni kita pergi melawat diorang di rumah penghormatan.
Mayat mereka semua dah jadi abu jadi kita tak boleh nak kebumikan mereka.
Doktor bagi kebenaran untuk kau keluar hari ni. Dan OFR akan lakukan upacara penghormatan terhadap Minzy dan LE." Kata Lisa.

Aku menganggukkan kepala. Mereka bertiga menolong aku bersiap-siap sebelum upacara penghormatan bermula.
Aku terpaksa duduk atas kerusi roda kerana aku masih tak dapat nak berjalan. Jisoo menolak aku dan memapah aku masuk ke dalam van. Kemudian kami bergerak ke Seoul.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

"Semua warga OFR amat berdukacita di atas kehilangan dua wira kita ini iaitu The Specialist Ahn Hyo Jin dan ahli OFR Gong Minzy...."

Aku mendengar ucapan yang diberikan dengan hati yang masih sedih. Setelah selesai ucapan. Presiden YG memberikan penghormatan kali terakhir kepada mereka.
Kemudian kami The Specialist melakukan penghormatan terakhir. Aku memberikan penghormatan terakhir kepada LE dan mengharapkan supaya dia baik-baik saja di sebelah sana.

Kemudian kami berempat pergi ke bilik sebelah untuk memberi penghormatan yang terakhir kepada tiga orang kawan baik kami. Setelah selesai kitaorang duduk di meja untuk menikmati jamuan.

"Jadi sekarang ni kita nak tinggal kat mana?" Tanya aku."Yang tu jangan risau,aku dah selesaikan perkara tu." Kata Lisa sambil tersenyum kepada aku.

Aku menganggukkan kepala. Banyak perkara yang bermain-main dalam kepala aku sekarang ni. Semuanya mengelirukan aku. Banyak perkara yang dah terjadi kat kitaorang. Pasal dalang yang nak menghapuskan OFR tu aku dah tahu siapa orangnya tapi aku tak ingat muka orang tu.
Ingatan aku jadi kejap ada kejap takde. Mungkin efek lompat bangunan tu.

Malangnya bukti takde sebab dah musnah masa aku lompat tu. Pendrive aku dah hancur berkecai dan tak boleh dibaiki dah. Tiba-tiba bahu aku ditepuk perlahan oleh Jennie. Aku memandang Jennie.

"Kau ok tak? Mengelamun ni kenapa?" Tanya Jennie. "Aku ok je cuma rasa sedih lagi." Aku berkata sambil mengeluh.
"Tapi sekarang ni kita tak payah risau la kan pasal roh jahat tu sebab mayat dia turut terbakar." Tanya Jisoo.

"Ha'ah yang tu dah settle. Kita tak payah fikir dah. Jom lah kita balik, Rosè perlukan rehat nanti kaki dia sakit pulak." Kata Lisa.

Kitaorang pun pulang ke rumah baru kitaorang. Rumah tu besar dan agak mewah. Mulut aku terlopong sekejap melihat kemegahan rumah ni. Macam tak percaya.
"Jangan ternganga sangat mulut tu, masuk lalat kang baru tau." Kata Jisoo. Aku hanya tergelak kecil.

Di dalam rumah tu perhiasannya tersangat lah mewah. Bilik pun banyak. Kitaorang ada bilik satu sorang. Kitaorang masing-masing ada bilik kerja. Ada kolam, gym, bilik bacaan, bilik tayangan dan banyak lagi.
Aku masuk ke dapur. Dapur di rumah ni besar. Aku suka dapur besar senang nak masak ada banyak space.

Ruang tamu pun besar. TV dia besar. Sofa dia besar. Semua lah besar. Aku masuk ke dalam bilik aku dengan pertolongan Jennie dan mula baring. Kepala aku ligat memikirkan siapakah dalang tersebut. Aku kenal orang tu tapi aku tak ingat siapat. Seolah-olah  memori aku ditarik-tarik.

"Daripada aku pening kepala asyik pikir baik aku tidur. Lagi best, katil dah la empuk." Aku kemudian melelapkan mata dan akhirnya tertidur.

END P.O.V

Whistle | BLACKPINK [COMPLETE]Where stories live. Discover now