TH-32

516 65 7
                                    

Balai Polis Besar Geumdo

Someone P.O.V

Penatnya la buat kerja lebih masa ni.Kalau bukan kerana kes besar takde maknanya aku nak overtime.Aku tengok jam dan baru nak dekat pukul 11.30 malam.Shift aku habis pukul 4.00 pagi nanti.Aduh lambatnya.Partner sebelah meja aku ni dah tidur dah.Amboi,bukan main sedap lagi ye.Kalau bos besar tengok ni gerenti kena bebel punya.Naik bernanah telinga aku nanti.

Aku kejutkan Jiwoon sebab kami nak siasat kes pembunuhan dekat Apartment Mount tu.Sampai sekarang kes tu tak ditutup kerana sentiasa ada pembunuhan baru dekat situ sejak sebulan ni.Memang payah betul nak tangkap penjenayah ni.Dasar pembunuh bersiri.Apa la yang best sangat bunuh orang ni.Bukannya boleh dapat duit pun.Bunuh orang pun tak kaya-kaya jugak.Buat bazir tenaga dan masa je.

Tertanya-tanya jugak aku kenapa pembunuhan asyik berlaku kat situ je.Takde tempat lain ke.Tapi aku tak rasa pembunuh tu duduk kat situ.Dia bukannnya bodoh nak tinggal kat situ.Gila ke apa kalau tinggal kat situ.Memang kena tangkap awal-awal la kalau dia tinggal situ.

Tapi aku dan pihak polis yang lain dah siasat kawasan di sekitar situ tapi tak jumpa apa-y tempat persembunyian pun.Memang bijak betul pembunuh ni.Gaya pembunuhan dia pun teratur.Tak ada setitik darah pun.Takkan la dia ni pakar perubatan kot.Tapi aku dah periksa semua maklumat penduduk kat situ.Tak ada sorang pun yang doktor.

Nasib baik la apartment tu ada dua blok je.Lagipun penduduk kat situ tak ramai sebab ramai yang dah berpindah,sebab tu apartment lama.Macam nak runtuh pun ada aku tengok.Aku tinggal berdekatan dengan apartment tu.Boleh kata tiap-tiap malam aku ronda kat kawasan tu tapi satu apa pun tak dapat.Balik je dari meronda,
keesokkan harinya ada kes pembunuhan kat situ.

Sedangkan aku dah meronda dah kat kawasan tu.Nampak sangat pembunuh tu dah memang tau aku selalu meronda kat situ.Nampaknya aku kena guna strategi lain la ni.Lagi satu sejak sebulan ni pun banyak kes pembunuhan dekat penjara lama Seoul.Semua mangsa merupakan orang-orang yang boleh tahan berbahaya jugak.
Maksudnya suspek ni lagi berbahaya daripada mangsa-mangsa pembunuhan.

Memang berat betul kerja aku.Tak pasal-pasal aku pulak yang dapat kes ni,kenapa la aku jadi anggota polis.Kalolau tak kerana ayah aku tak ada maknanya aku nak jadi polis.Dah la kerja aku bertimbun.Baik aku minum kopi ke Nescafe ke,mata pun dah mula nak tutup ni.Jadi aku pergi mengambil air tin yang berada di dalam beg aku dan terus membuka.Serentak dengan itu Jiwoon pun terjaga sambil memandang aku dengan senyuman kerang busuknya itu.

"Aku nak sikit boleh?"
Tanya Jiwoon kepada aku."Kau ni kan pantang aku nak makan ke minum ke mesti kau mintak,ambik la dalam beg aku tu."
Kata aku kepada Jiwoon.

Aku kemudian mencari-cari fail banduan-banduan yang memasuki penjara lama Seoul sebulan yang lalu untuk membuat siasatan yang lebih lanjut tapi malangnya fail tu tak ada dekat atas meja aku.

"Haish ni mesti aku letak balik dekat dalam bilik sulit tu,weh Jiwoon teman aku jap pergi bilik fail,aku tertinggal fail yang aku nak guna dalam bilik tu."

"Tu pun nak aku teman ke?" Soal Jiwoon.

"Aku lupa kod dia la sebab tu aku mintak kau teman." Jawab aku.

"Yekeeee? Ke kau takut ade hantu kat dalam tu?"

"Wei aku ni lelaki sejati tak ada maknanya aku nak takut dengan hantu.Kalau mayat pun aku boleh tengok inikan hantu.Lagi la aku tak takut."

"Yelah Tuan Inspektor Min Yoongi."

Aku dan Jiwoon pergi ke bilik fail yang terletak di tingkat 3.

" Benci betul la aku nak kena kerja lebih masa ni.Tak habis-habis dengan kes bunuh." Kata Jiwoon.

" Tulah kalau cari diorang pun tak guna,tak pernah pun jum- Jap! Bila masa pintu ni aku bukak kod dia?"

"Jangan-jangan ada orang ceroboh tempat ni"

" Keluar sekarang! Aku tau kau ada kat dalam ni.Jangan sampai aku tangkap kau!"

Aku mengeluarkan pistol dan mengacukan di sekeliling bilik.Aku menghampiri almari kerana terdapat ruang di belakangnya.Ketika aku hampir melihat di belakang almari tiba-tiba elektrik terputus.
Kemudian aku terdengar satu tembakan telah dilepaskan.Aku dapat rasa angin yang lalu di sebelah muka aku.

" Woi yang kau gi tembak tu kenapa?! Kau nak aku mati ke?! Sipi-sipi nak kena aku tau tak!" Aku menempik kepada Jiwoon.

Aku kemudian terdengar seperti seseorang baru sahaja keluar daripada belakang almari,kemudian tiba-tiba aku rebah.Ada seseorang menetak leher aku.Tapi yang nasib baiknya aku tak pengsan cuma sekarang ni badan aku lumpuh sekejap.Aku tak mampu nak berkata-kata.

"Aku dah jumpa failnya."

"Ok"

Terkejut aku mendengar suara tu.Rupanya dua orang yang telah menceroboh tempat ni.Dan paling aku tak sangka rupa-rupanya penceroboh ni adalah perempuan.
Kedua-dua penceroboh itu melarikan diri.Aku cuba untuk menggerakkan badan aku dan ianya berjaya.Aku segera membunyikan penggera dan melihat ke arah Jiwoon.

Nampaknya dia dah terbaring pengsan kat situ.Ada dua orang pegawai polis yang lain datang kat aku.Aku mengarahkan mereka untuk memanggil unit-unit yang lain untuk mengejar penceroboh yang melarikan diri.
Aku berlari keluar daripada balai polis bersama-sama dengan anggota polis yang lain.Aku terdengar bunyi deruman motor daripada lorong sebelah.Aku dan seorang lagi anggota polis menaiki motorbike manakala yang lain menaiki kereta.

Aku kemudian memecut motorbike aku dan mengejar superbike yang berwarna hitam itu.Superbike itu memecut dengan laju.
Aku memecut dengan lebih laju dan cuba menyamakan kedudukan aku dengan superbike itu.Aku menyuruh perempuan itu menghentikan superbikenya malangnya perempuan itu memecut superbikenya dengan lebih laju lagi.

Tiba-tiba perempuan itu membuat wheelie dengan superbikenya dan memusingkan superbikenya ke arah yang bertentangan.
Kemudian dia memecut dan melompat melepasi kereta-kereta polis yang berada di belakang aku.Aku cepat-cepat memusingkan motorbike dan mengejar superbike itu.

Aku nampak nombor plat superbike tu.Aku kemudian memaklumkan kepada pegawai polis yang berada di dalam kereta menggunakan radio yang sudah berada di motor.Terdapat banyak kereta di depan.Superbike itu memasuki pusat bandar dan membolosi beberapa kereta.

Nampaknya perempuan ni pakar dalam bolos-bolos ni.Kemudian perempuan tu membelok motornya di lorong sebelah dengan laju.Aku terlajak ke depan kerana perempuan itu membelok dengan laju.
Aku memusingkan motor aku.Alamak superbike tu tak kelihatan langsung.Aku dah kehilangan superbile tu.Keluar je dari lorong tu aku tak nampak langsung superbike hitam tu.Yang aku nampak hanyalah superbike blackpink dan beberapa motor dan kereta yang lain.

Aku terlepas perempuan-perempuan tu.Nasib baik aku dapat tangkap nombor plat superbike tu.Senang kerja aku nanti.

Aku mengarahkan semua anggota polis yang lain balik ke balai.
Aku pulang kembali ke balai dengan perasaan yang sedikit kecewa.Sesampai je di balai,aku terus pergi ke bilik sulit itu.Aku membuka lampu tapi tak terbuka.Lupa pulak kotak fius dah meletup.Aku bukak flashlight dan menyuluh ke arah kotak fius.

Kotak fius itu terbakar dan agak kemik.Aku menyuluh di sekeliling kotak fius dan aku terjumpa satu peluru yang lebih kelihatan seperti manik.Aku memasukkan manik ke dalam plastik dan menyuruh pegawai polis yang lain memeriksa jenis peluru itu.
Aku kemudian memerhatikan keadaan bilik itu.Bilik itu berada dalam keadaan kemas tapi aku tertanya-tanya fail apakah yang mereka ambil?

END P.O.V

Whistle | BLACKPINK [COMPLETE]Where stories live. Discover now