TH-38

494 66 2
                                    

Pangkalan OFR,Busan

Jisoo, Jennie, Rosè dan Lisa serta LE berada di bilik mesyuarat bersama-sama dengan ahli-ahli tertinggi OFR.
Mereka semua menunggu ketibaan pengasas OFR iaitu Presiden Yang Hyun Suk atau lebih dikenali Sebagai YG.

Lebih kurang lima minit menunggu akhirnya ketibaan yang ditunggu-tunggu telah tiba. Semua yang berada di dalam bilik mesyuarat itu memberi tunduk hormat kepada Presiden YG.

P.YG: Nampaknya penjahat ini telah bertindak untuk cuba menghapuskan para The Specialist dahulu sebelum menjatuhkan organisasi. Tapi saya yakin dengan kamu berlima bahawa kamu dapat tumpaskan penjahat tersebut

Ahli.T: Tapi sekarang ni kita masih tak tahu identiti penjahat ni

Ahli.T2: Ini yang menyukarkan kita untuk mencari penjahat tersebut

Lisa: Tuan Presiden, kejadian yang berlaku di bank semalam menyukarkan lagi untuk kita mencari penjahat tersebut kerana segala footage yang berada di bank semuanya telah musnah disebabkan letupan tersebut

P.YG: Bagaimana dengan rakaman CCTV di luar bank?

Rosè: Penjahat tidak dapat dikenal pasti kerana rakaman CCTV di luar bank mempunyai resolusi yang terlalu rendah

P.YG: Adakah kamu semua mengesyaki sesiapa di sekolah yang ada kaitan dengan penjahat tersebut?

Jennie: Ada tiga orang yang kami syak Tuan Presiden

P.YG: Siapa?

Jisoo: Ahn Hani, Seo Yuna dan Shin Jimin. Kami yakin salah seorang daripada mereka adalah penjahat tersebut

P.YG: Apa bukti yang meyakinkan kamu bahawa mereka bertiga adalah salah seorang daripada penjahat tersebut?

Jennie: Seo Yuna merupakan seorang pembunuh bersiri Apartment Mount manakala Ahn Hani pernah dimasukkan ke dalam penjara. Shin Jimin pula mempunyai kemahiran untuk memperdayakan orang

P.YG: Nampaknya kita perlu memerhatikan mereka dengan lebih ketat. Jadi saya mengharapkan kamu berlima untuk menangkap penjahat itu secepat mungkin sebelum dia melakukan sesuatu yang akan meragut nyawa orang yang tidak bersalah. Jika tidak seluruh organisasi ini akan hancur dan kejahatan akan berleluasa. Dengan ini kamu semua boleh bersurai

Mereka semua bangun dan memberikan tunduk hormat kepada Presiden YG sebelum mereka bersurai. Mereka berlima kemudian berkumpul di salah sebuah bilik di bangunan tersebut. Keadaan di dalam bilik itu senyap. Jisoo memecahkan kesunyian dengan cuba membuat lawak hambar.

Jennie: Tak lawak

Jisoo: Okay...

LE: Apa plan kita sekarang ni?

Lisa: Aku tak tau....Penjahat ni betul-betul licik. Macam mana bom tu boleh ada kat jaket aku? Macam mana aku boleh tak perasan?

Rosè: Keadaan sekarang ni betul-betul berbahaya. Penjahat tu memang nak kuasai dunia ni dan dia sanggup bunuh sesiapa je yang menghalang dia. Dan sekarang ni kita semua sasaran dia

LE: Kita kena cari jalan macam mana nak ketahui identiti penjahat tersebut

BANG!

Pintu dibuka dengan kuat sekali, Kelihatan Minzy tercungap-cungap menarik nafas.
"Korang tak apa-apa ke?! Macam mana boleh jadi macam ni?! Korang ada cedera dekat mana-mana tak?!" Minzy berkata dengan sangat laju sehingga tidak cukup nafas

"Rilek, cakap satu-persatu. Laju bebenor kau bercakap, nak rap ke apa?" Seloroh Jisoo. "Kitaorang tak apa-apa, Lisa hanya cedera ringan je," terang Jennie kepada Minzy. "Mujur cedera ringan, risau aku kalau jadi apa-apa dekat korang," ujar Minzy.

Whistle | BLACKPINK [COMPLETE]Where stories live. Discover now