Jisoo P.O.V
Baru dua hari kitaorang duk sini tapi dah banyak masalah.Dahla berlagak aja budak-budak kat sana.Berlagak diorang tu kaya tapi hakikatnya duit mak bapak diorang.Aku lagi rare,aku kaya dengan usaha aku sendiri.
"Hmmm dah nak dekat kul 10 malam,rasa nak minum slushie pulak.Sesiapa nak teman aku gi convenienve store tak?!"
"Taknak! Pegi la sendiri!" Semua menyahut dengan kemalasan.Hampeh tul.Tengok la kalau diorang suh aku teman jangan harap aku nak ikut.
Aku mengambil dompet dan menuju ke kedai 24 jam yang berada di bandar.Aku hanya berjalan kaki kerana berjalan kaki mampu membuatkan badan aku lebih sihat dan cergas serta mempunyai otak yang cerdas.
Waktu malam kat sini boleh tahan gak sunyi dia.Rasanya baru pukul 10 malam.Owh aku lupa,aku bukannya duduk kat New York atau LA.Aku pun lupa aku duk kat mana sekarang ni.Yang aku tau aku dekat US je.Negeri mana aku tak tau.Ni yang nak kena tanya diorang ni.
Setelah 10 minit berjalan,aku akhirnya sampai ke destinasi yang dituju.Aku masuk ke dalam kedai tersebut.Hanya ada seorang cashier yang berambut kembang kurus kering yang tengah duduk sambil menunggu customer bayar.
Lepas tu hanya ada dua orang customer lelaki.Seorang pakai biasa-biasa je,tengah pilih snek.Yang seorang lagi berpakaian all black dengan topi bennie hitam.Tengah mundar mandir cari barang.Macam perompak pun ada aku tengok
Aku menuju ke mesin slushie dan meletakkan bermacam-macam flavour dalam satu cup yang besar.Aku isi sampai penuh sebab nak penuhkan ruang.Lagipun harga still sama even aku isi banyak pun.
Aku kemudian masuk ke lorong coklat dan gula-gula.Aku membeli sebanyak yang mungkin coklat dengan gula-gula yang aku tak pernah nampak dekat Korea jauh nun disana.Habis penuh tangan aku dengan coklat.Aku pun satu,bakul ada taknak gi ambik.Biarla lagipun aku dah duduk depan kaunter dah ni.Masa aku nak hulur duit nak bayar semua yang aku ambik tu tetiba leher aku dirangkul dari belakang.
"Keluarkan semua duit kalau tak aku tembak pompuan ni!!" Seriously! Dalam banyak-banyak orang dalam kedai ni,aku jugak yang jadi mangsa.Ni mesti mamat yang pakai macam perompak yang aku nampak tadi.
"Lepaskan dia,jangan apa-apakan dia!"
Ok,ni memang mengejutkan.Yang acu pistol kat kepala aku bukan mamat all black.Tapi mamat yang pakai biasa-biasa tu .Nampaknya aku dah tersalah anggap.Tulah apa orang kata 'Don't judge the book by its cover'."Kau senyap! Kalau tak aku tembak!!"
Kata perompak tersebut kepada mamat all black.Ketika perompak tersebut sedang bertekak dengan mamat all black tu,aku mengambil peluang dengan menyiku rusuknya.Perompak tersebut jatuh terduduk sambil mengerang kesakitan.Terkejut diperlakukan begitu,dia terus menghalakan muncung pistol ke arah aku dan memetik picu pistol.
Tetapi malangnya,tiada peluru yang ditembak.Aku tersenyum melihat dia menggelabah menggetuk-ngetuk pistolnya dan berulang kali cuba menembak aku.Akibat geram,dia meluru ke arah aku dan cuba memukul aku dengan pistol tersebut.Belum sempat dia menyentuh aku,aku terlebih dahulu memulas tangannya dan mengambil pistol dari tangannya.Aku mengacukan pistol tersebut ke arahnya.
Mula-mula dia hanya kaku,kemudian dia tersengih kerana menyedari bahawa pistolnya tidak berfungsi.Aku kemudian tersengih kembali ke arahnya.Aku menarik picu pistol dan menembak ke arah satu karton tin minuman.Tembakan mengena dengan tepat.Perompak tersebut terkejut.
"Ma-macam mana?"
"Pin keselamatan," kata aku sambil memasang pin keselamatan.Kemudian aku mencabut satu persatu komponen pistol tersebut dan mencampak ke arahnya.
Perompak tersebut bangun dan mengeluarkan sebilah pisau rambo.Nampaknya dia ni masih tak putus asa.Tanpa disedari aku,dia cuba menikam aku tetapi aku ditarik dari belakang oleh mamat all black.Aku terjatuh ke belakang.Mamat all black tu seperti memegang perutnya dan menjerit kesakitan.
Ahh sudah! Perompak ni main tikam-tikam orang pulak.Ni yang buat darah aku naik ni.Aku bangun dan meluru ke arah perompak tersebut.
Perompak tersebut melibas-libas pisau tu ke arah aku.Aku memegang tangannya dan menggenggam tangannya.Dia menjerit kesakitan.Terlepas pisau dari tangannya.Kemudian aku terus menumbuk mukanya.Dengan sekali tumbukan,perompak tersebut terus terbaring.Keluar darah dari hidungnya."Call police sekarang!" Kata aku kepada cashier yang terkaku."Pastu ikat perompak ni ketat-ketat." Cashier tersebut menganggukkan kepalanya dan terus melakukan seperti apa yang aku arahkan.
Aku menuju ke arah mamat all black yang kesakitan itu.Kelihatan banyak darah yang keluar.Mukanya mula pucat kerana kehilangan darah.Aku mencari bandage dan cuba menghentikan pendarahan."Tunggu kejap je lagi,ambulans dah nak sampai," kata aku kepada mamat tu.Mamat tu menganggukkan kepalanya sambil mukanya berkerut menahan kesakitan.
Setelah 10 minit,akhirnya ambulans dan pihak polis tiba.Mamat tu dibawa ke hospital untuk diberikan rawatan segera.Perompak tersebut ditangkap dan dibawa oleh pihak polis ke lokap.Aku duduk di bawah pokok sambil menikmati slushie aku setelah memberi keterangan kepada pihak polis.Aku memikirkan kembali kejadian tadi.Sungguh tak disangka,mamat yang nampak baik tu perompak and mamat yang macam perompak tu orang baik.
Haih senang betul aku buat spekulasi.Lain kali jangan judge orang ikut suka hati je.Aku kemudian bangun dan berjalan pulang sambil menjinjing beg yang penuh dengan coklat.
YOU ARE READING
Whistle | BLACKPINK [COMPLETE]
Mystery / ThrillerJisoo,Jennie,Rosè dan Lisa baru sahaja berpindah ke Apartment Mount di Seoul.Pelbagai kejadian yang menimpa mereka sejak berpindah ke Seoul.Semakin banyak misteri yang telah terungkai sejak mereka berpindah.Mereka turut diselubungi perasaan curiga. ...